<< August 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


Al-Quran -

Search Islamic Directory
Keyword:


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed




Tuesday, August 16, 2005
Demokrasi Umno mundur ke belakang - Presiden PAS

   "Negara-negara Arab sudah reformasikan demokrasi, tetapi demokrasi BN mundur ke belakang termasuk dalam kampus"

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Hrkh) -Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan demokrasi semakin mundur dalam Barisan Nasional (BN) apabila PAS dihalang terus menerus untuk berkomunikasi dengan rakyat.

Yang terakhir adalah tindakan menghalang ceramah PAS oleh polis secara terus menerus di Terengganu sejak kebelakangan ini sehingga menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.

Katanya, penghakisan demokrasi oleh pemerintahan Barisan Nasional semakin ketara, apabila aktiviti parti politik yang berdaftar seperti PAS dihalang seperti tindakan yang digunakan dalam beberapa siri ceramah PAS baru-baru ini.

Bercakap pada wartawan dalam satu sidang media sebaik sahaja selesai mesyuarat Ahli Jawatankuasa Harian di Markas PAS Taman Melewar semalam,
Abdul Hadi berkata, kerajaan Barisan Nasional dan Umno yang kononnya melaungkan demokrasi bagaimanapun proses tersebut semakin dihakis oleh mereka sendiri.

Katanya, aktiviti ceramah yang dianjurkan PAS selalunya dihadiri beratus-ratus penyokongnya dan dalam masa yang sama pihak polis diperintah untuk mengganggu ceramah tersebut.

Jelas beliau, pihak polis akan menggempur ceramah PAS dengan pelbagai cara termasuklah menggunakan gas pemedih mata dan 'water cannon' walaupun aktiviti tersebut diadakan di kawasan parti.

"Ataupun polis ini akan berkumpul di kawasan ceramah PAS untuk menakut-nakutkan orang ramai," katanya.

Tegasnya, keadaan ini menyempitkan lagi ruang demokrasi di dalam negara ini.

Bahkan katanya, semua media pada hari ini diboloti oleh kerajaan, dan yang membimbangkan kerajaan dikatakan demokrasi tetapi bukan demokrasi.

"Di Arab pun sudah ada reformasi ke arah demokrasi, tetapi kerajaan demokrasi kita pula mundur ke belakang, begitu juga dengan demokrasi di kampus turut menjadi mangsa kerajaan," katanya.

Umno tak mahu muzakarah

Abdul Hadi juga berkata, PAS sudah menghantar surat rasmi kepada Setiausaha Agung Umno untuk bermuzakarah mengenai masalah rakyat tetapi sehingga kini masih tidak ada jawapan dari mereka.

Abdul Hadi berkata, di dalam surat berkenaan pelbagai isu untuk kepentingan rakyat cuba dijelaskan untuk dibawa bermuzakarah.

"Kita melihat Umno lebih pentingkan parti daripada menjaga kepentingan rakyat dan negara," katanya.

Isu DEB untuk tenggelam isu lain

Isu DEB adalah satu isu untuk menenggelamkan masalah yang sedang dihadapi Umno daripada diketahui oleh rakyat, kata beliau.

"Sedangkan mereka sendiri gagal menghadapi masalah, kegagalan berpunca daripada mereka sendiri, daripada DEB yang tidak betul tidak adil kepada bukan sahaja kaum lain bahkan orang melayu sendiri.

Beliau berkata, sepatutnya Umno menilai kegagalan dan kelemahan mereka sendiri iaitu dasar yang tidak jelas.

Katanya sudah lebih 15 tahun PAS menegur kelemahan pelaksanaan DEB sebagaimana dalam laporan yang diserahkan kepada MTEN.

"Kita bukan memandang negatif dalam pembangunan ekonomi tetapi tidak yakin dengan umno dan BN untuk menguruskan dasar yang benar-benar memberi kebajikan saksama kepada rakyat," katanya.
-mks/zs

Posted at 09:44 am by infojiboi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry