<< March 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


Al-Quran -

Search Islamic Directory
Keyword:


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed




Saturday, February 23, 2008
Election 2008: Pas' non-Muslim surprise

JOHOR BARU: Kumutha Raman looked nervous as pressmen, armed with notebooks and recorders, jostled for an interview with her.

Johor Pas commissioner Datuk Mahfodz Mohamed (left) with Kumutha Raman, the first non-Muslim womanfemale to be fielded as a candidate by the party, who will contest the Ulu Tiram state seat. On her right is her brother R. Logeswaran.

The 29-year-old law graduate, who had just been named as the first non-Muslim candidate to be fielded by Pas, listened attentively to the questions hurled at her, when Johor Pas announced its candidates at the headquarters in Batu Pahat.

She is contesting the Tiram state seat. But knowing the realities, perhaps Pas is fielding her under the Parti Keadilan Rakyat symbol, based on the electoral pact the two parties have made.

Still, is she in for a culture shock? Will she be able to speak the language of Pas where Arabic phrases and Quranic verses matter most? Will she have to physically cover herself more than ever?

"I know I won't feel alienated because I believe voters nowadays are open-minded," she said.

"I also know that Muslims and non-Muslims will be able to accept me."

A member of the one-month old Unity Bureau under the Johor non-Muslim Pas Supporters Club, Kumutha may be oblivious to the fact that she had broken the conservative Islamic party's 61-year-old tradition of only fielding Muslims as candidates.

"I joined the club because I see that Pas is not bent on racialism. To me all races, be they Malays, Chinese or Indians, are the same."

Making the announcement about Kumutha was Johor Pas commissioner Datuk Mahfodz Mohamed, who said the move signified Pas' tolerance towards other races.

Pas will be contesting in 34 state seats and nine parliamentary seats.

The party lost all the 37 state seats and 11 parliamentary constituencies it contested in the last general election.

This time around, fresh faces made-up one-third of the candidates and none of them were Pas Women's Wing leaders.

Ostensibly, the Johor Baru lass's candidacy is to woo support for the Islamist party from non-Muslim voters in Tiram, especially the Indian vote which comprises 14.39 per cent of that area's voters.

However, even during the announcement, there were murmurs of uncertainty amidst the applause following Kumutha's nomination.

"She is new, too new. And this is quite a task for her.

"The party leadership may want to introduce someone fresh to the party, but the members fear that too much hope is being placed on her.

"She may not be able to do it," a party member said.

Tebrau MIC division chief M. Soorianarayanan, whose division is in Tiram, was even more caustic.

"What is Pas doing? They are going to humiliate the girl and destroy her future in politics. The Indian community is going to hate her for aligning with the opposition," Soorianarayanan said.

The Tiram constituency is a Barisan Nasional stronghold.

In the 2004 election, BN's Maulizan Bujang beat Pas' Roslani Sharif, by a margin of 15,595 votes and the coalition is expected to repeat the feat.

Perhaps Kumutha's candidancy is to serve a greater goal in Pas' strategy to make it more relevant to Malaysians. - NEW STRAITS TIMES


Posted at 01:36 am by infojiboi
Comment (1)  

Pak Lah Terpaksa Calonkan Orang Dr M Untuk Elak Serangan

 
 

 Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan senarai calon-calon BN yang diumumkan kelmarin yang telah memperlihatkan bahawa Presiden Umno, Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi terpaksa menolak bantahan jentera pilihan raya Umno demi menjaga kepentingan politik peribadi beliau. Apa yang menarik, beberapa calon yang dikekalkan merupakan orang kuat Tun Dr

 

Mahathir yang kini menjadi musuh peribadi Pak Lah kerana bekas Perdana Menteri sering kali mengkritik kelemahan pentadbiran Pak Lah, termasuk dasar-dasar BN yang kini dilihat amat lemah oleh Dr Mahathir.

Dalam senarai calon BN sehingga hari ini, nama orang kuat Dr Mahathir yang dianggap ‘bermasalah’ tetapi dikekalkan untuk bertanding ialah Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin di Shah Alam dan Datuk Johari Baharom di Kubang Pasu. Manakala anak Dr Mahathir, Datuk Mukhriz pula dicalonkan di Jerlun. Seorang lagi orang kuat Dr Mahathir, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim sehingga kini masih belum diputuskan kedudukannya walaupun telah ditolak oleh pemimpin utama Umno negeri.

Dr Mahathir semenjak bersara pada 2003 telah menyerang secara terbuka kelemahan pentadbiran Pak Lah termasuk dalam isu Proton, AP kereta mewah, pembatalan projek Jambatan Bengkok, penjualan pasir kepada Singapura, kelonggaran dasar luar di Wilayah Pembangunan Iskandar dan lain-lain. Lebih menarik lagi apabila Dr Mahathir menggesa rakyat menolak pemimpin BN yang lemah, suka tidur dan tidak mempunyai idea. Dr Mahathir turut menggesa rakyat Kelantan mengekalkan pemerintahan PAS kerana BN tidak berkesan di bawah Pak Lah. Bekas Perdana Menteri turut mendedahkan bahawa Pak Lah pernah berjanji untuk menjadi Perdana Menteri untuk satu penggal sahaja.

Strategi terbaru Pak Lah ini menunjukkan kebimbangan yang amat sangat dalam kepala Presiden Umno sekiranya Dr Mahathir menyerang beliau secara terbuka dalam pilihan raya dan menyeru pengundi supaya menolak BN. Mencalonkan Datuk Mukhriz yang sudah ditolak oleh Umno Langkawi adalah satu langkah untuk menutup mulut Dr Mahathir kerana tidak mungkin beliau akan berkempen untuk mengalahkan anaknnya sendiri. Lebih dahsyat lagi apabila Datuk Aziz Shamsuddin, bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir dicalonkan semula di Shah Alam walaupun Umno Shah Alam secara terbuka telah menolak tokoh veteran itu. Di Kubang Pasu, Datuk Johari yang bermasalah dengan Ketua Polis Negara juga terpaksa dikekalkan memandangkan Dr Mahathir amat berpengaruh sebagai bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu.

Pak Lah juga menyedari bahawa pimpinan Umno Perlis terutama Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Azmi Khalid telah menolak kepemimpinan Shahidan. Radzi secara jelas memberitahu media bahawa Menteri Besar mesti ditukar dan krisis ini telah diketahui umum. Sehingga malam semalam, dilaporkan sudah enam kali Shahidan turun naik JPM untuk berunding dengan Pak Lah. Perdana Menteri nampaknya keliru antara memenuhi kehendak orang kuatnya, Radzi atau mengekalkan status quo untuk mengelakkan serangan Dr Mahathir yang negeri yang PAS berpengaruh itu.

Apa yang jelas, kesanggupan Pak Lah untuk menutupkan mata dan telinganya terhadap kritikan dan bantahan ahli-ahli Umno bawahan semata-mata untuk mengelakkan beliau diserang oleh Dr Mahathir dalam pilihan raya ini. Penolakkan ahli-ahli Umno terhadap orang Dr Mahathir tidak dipedulikan oleh Pak Lah termasuk tidak mencalonkan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Mohd Taib yang disebutkan akan dicalonkan di Shah Alam. Situasi pencalonan ini menunjukkan bahawa pengaruh Dr Mahathir masih kuat dalam Umno dan kebencian ahli-ahli Umno terhadap amalan mengagihkan kekayaan negara kepada kroni dan anak menantu pemimpin tertinggi Umno itu amat kuat. Pak Lah bimbang jika menggugurkan orang Dr Mahathir, berlaku pertembungan pengaruh yang boleh menjejaskan peluang ekonomi kroni dan anak menantunya selepas pilihan raya. Bagi Pak Lah nampaknya, kepentingan poket kroni dan anak menantunya lebih utama daripada perasaan dan kemahuan ahli-ahli Umno sendiri.

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Posted at 01:25 am by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Thursday, October 18, 2007
Kisah pokok semalu dan wanita moden

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Posted at 03:08 am by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Friday, August 10, 2007
Rancangan Realiti Kanak Kanak


CUBA BANDINGKAN KEDUA DUA RANCANGAN REALITI INI.......APA KAH PERBEZAAN NYA......
KEMANAKAH AGAKNYA KITA .....MALAYSIA.....MAHU MEMBAWA ANAK ANAK KITA  10, 20 ATAU 30 TAHUN AKAN DATANG????

Rancangan Realiti Kanak Kanak Bintang Kecil MyStar di Malaysia



Rancangan Realiti Kanak Kanak Pildacil dari Tanah Seberang





Posted at 03:22 am by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Monday, April 23, 2007
Cost of living in Malaysia....Too high?

Cost of living in Malaysia....Too high?

Oleh Dr Zain Azrai, London

The argument in this thread from day one is the cost of living in each country (especially UK and Europe) based on what you earn in the respective country and whether the standards are higher than in Malaysia.

I tried to point out that many Malaysians always convert and that is why they say the UK is expensive. In fact, the cost of living is much cheaper than in Malaysia.

In actual fact, Malaysians are being conned because for such a rich and resource rich country, the pay in Malaysia is way too low compared to the cost of living and inflation.

One good example is Singapore.

Singaporeans (average) earns around S$3000 to S$4000 and nearly everything is half the price of Malaysia, e.g. clothes, computer parts, electronics, etc. But the average Malaysian still earns RM$2000 plus and goods are double the price of Singapore.

This is the same as the UK. If you earn around 2000 pounds, you can liken this to the person earning RM$2000 in Malaysia. I give you some examples below. Maybe you can understand.

1) Good terrace house

It is more or less the same. If you want a house in KL, it would most probably be in Puchong and not Damansara Heights. So your house would be RM$200,000. In UK (London!), you can get a decent new house in Zone 6 (still within the tube) for 200,000 pounds.

If non London, you can get a nice house also for less than 200,000 pounds outside London (Manchester = <100, 000 pounds). The same also applies to buying a house in Seremban, Kajang etc. You can buy a nice house for RM200, 000 below. So buying a house is the same for the local and the Malaysian.

Renting a place is the same too or maybe cheaper than in Malaysia (I am not sure of this). A 2-bedroom flat in London is about 750 pounds (Zone 2). 500 pounds outside Zone 6 but still able to commute to London. A 2-bedroom house in Nottingham is 450 to 500 pounds. A 3-bedroom house in Belfast and Manchester is about 300-350 pounds.

2) A car

A good Wira is RM$55,000. Most Malaysians have to take 7-year loans and be in debt all the time. If you are earning RM$2000 a month, you take nearly 3 years saving the RM$2000 with not eating at all just to buy a Wira.

In UK, the average local earns about 2000 pounds. He saves 3 months, he can buy outright a good Ford Fiesta or a Vauxhall Corsa without being in debt.

If buying a second hand car, even better. A 1990 Mercedes 190E cost 500 pounds. My 1996 Mercedes E220 cost 2000 pounds. My friend just gave me his 1989 Honda Accord (Auto) for free because he said he could only get 30 pounds for it.

I used it for a few months and decided to give it of for free too. That alone speaks for itself.

Even if you are kuli or an office boy, you still can drive a Mercedes or a BM. Yes, kuli's and office boy's get paid quite well.

Average temp/office boy in London can earn about 7 to 10 pounds and hour. Overtime is 1.5 times or double. A brick-layer can earn 20 pounds an hour.

The same Indon who lays bricks in Malaysia earns RM$50 for the whole day.

Before I became a doctor, I used to be an office boy and I earned near 300 pounds a week working about 70 hours a week. My makan was 30 pounds a week. My rent was 70 pounds a week for a room but I still drove a BMW back then. I bought the 10-year old BMW 3 Series car for 200 pounds.

Amazing how an office boy can drive a safe and luxurious car.

3) Petrol

For a UK person earning 2000 pounds, 80 pence (now: 92 pence) a litre/gallon is cheaper than RM$1.52 (now: RM$1.92!) paid in Malaysia. If you don't convert, it is like paying 80 sen a litre in Malaysia

4) Shopping

20 pounds (which is 1% of 2000 pounds) can buy you 1 week's worth of groceries in Tesco. RM$100 (which is 10% of RM$2000) can also buy you 1 week's worth of groceries in Giant or Carrefour.

5) Utility Bills (This is what I pay in UK)

Virtually non-stop heating the whole day only 20 pounds a month (Only 1% of the 2000 pounds earned).
Electricity, I use my electricity maximum only 20 pounds a month.(Only 1% of the 2000 pounds earned)
My water bill also comes to about 20 pounds a month (Only 1% of the 2000 pounds earned)
My internet - I get 2Mbps for about 25 pounds (Bulldog DSL) (Also slightly above 1% of the 2000 pounds earned)
Astro Equivalent (NTL cable or Sky) - 30 pounds per month (Also slightly above 1% of the 2000 pounds earned)

In Malaysia, this is what I used to pay:

Tenaga Bill comes to RM$200 to RM300 a month with 3 air-cons. This is more than 10% of the RM$2000 earned)
Water (Puas) comes to RM$40 (This is about 2% of the RM$2000 earned)
Astro RM$100 (if you take Chinese package) (This is about 5% of the RM$2000 you earn)
Internet Streamyx 512K RM 88 per month (This is about 5% of RM2000 you earn)

6) Books

A good book is about 10 to 15 pounds in the UK. This is less than 1% of the 2000 pounds you earn. In Malaysia, you have to spend RM$75 to RM$100 for a decent book in MPH or Kinokuniya in KLCC. This is about 5% of the RM$2000 ringgit you earn.

7) Education

I think it is about RM$20,000 per year to do a degree in Sunway Monash and about RM$12,000 per year to send your kid to UM, UKM, USM etc. I am not sure about this.

But in UK, it is only 3000 pounds a year to send your kid to a great university. That also, the white man still makes a lot of noise because the grants were taken away. Previously, it was virtually free for the English man to send his kid to university but now, since the grant was taken away, he has to spend 3000 pounds per year to send his kid to university and less money to get drunk in the pub.

Well, if you are earning RM$2000 ringgit, sending your kid to UM to study is quite difficult. If you are earning 2000 pounds per month, you can easily send you kid to university in the UK.

Even worse for the poor non bumi's not given a place in local university.

Even if they can afford, they won't get a place because of the quota system. Unfortunately, the Chinaman and the Indian who gets 5A's in STPM have to be sacrificed and not given a place to let the Malay fellow with 2E's and 3 Fail's to enter the Medical Faculty or Law Faculty.

So the non-bumi's have to save RM100,000 per year to send their kid to the UK. In the UK, at least the white man still can go into university based on results and merit and only pay 3000 pounds per year.

8) Luxuries

Panasonic Plasma TV in Malaysia about RM20,000. If you are earning RM$2000 a month, memang mahal! You have to save 2 years your monthly salary to buy it. In UK, the same Panasonic (ironically, Panasonic plasma is made in Japan and Japan is close to Malaysia, so the plasma should be cheaper in Malaysia) is only 200 pounds. And this is only 10% of the 2000pounds earned.

9) Health

NHS is free. Though the service is slow, quality is still there. You still can get a top quality by-pass for free although you may have to wait many months.

In Malaysia, IJN charges RM$30,000. SJMC charges RM$50,000. GH is free but as many people know, GH and UH have clown doctors.

10) Assessments to local councils

I may pay high council tax but at least my council assures my streets are clean and safe, got no holes (pot holes) on my roads, and they jump and attend to me whenever I call them.

When I stayed in Malaysia, I paid my assessment and quite rent but MPSJ I lived in Subang) told me to "podah" whenever I asked them to come and fill up the pot holes, cut the long lalang, put street lighting etc The councils, especially MPPJ and MPSJ, were more interested in eating nasi lemak and going for 10 teh tariks in a day during office hours and hardly did anything for their residents.

11) Income Tax

My national insurance and income tax also is not wasted. When I was unemployed in 1997, the government, i.e. social security, paid for my 2-bedroom flat for one whole year and I was given about 100 pounds per week for me and my wife to live on. I am happy to know that one day if I lose my job, I can still claim social security and get my apartment paid and food to eat again for free. It is a good security to know.

The list goes on. Here alone you can see, the sterling you earn goes a long way in the UK. So your quality of life is far better in the UK than a Malaysian in Malaysia. It is just that Malaysians are just too content with what they have. But you compare apple for apple.

The British just love to complain. They have it made but still they love to complain. Nothing is good enough for the British. The government gives the citizens so much but they still seem to want more and more.

Posted at 01:20 am by infojiboi
Comments (3)  

Saturday, March 10, 2007
Kes buang bayi berlaku lagi

Ternyata ianya sering berpunca dari hubungan luar nikah antara pasangan-pasangan yang terbabit. Si lelaki telah melepaskan nafsunya, dan si wanita menanggung derita. Lalu untuk mengelakkan malu kedua-dua pihak menanggung risiko dan malu maka bayi yang lahir hasil dari perhubungan haram itu dibuang untuk melepaskan diri masing-masing.

Inilah hakikat yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Nyawa insan sudah tidak berharga lagi, dosa dan pahala sudah tidak diambil kira lagi.

Dalam kemelut bahana sosial ini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengesyorkan agar jangan hukum pihak perempuan sahaja, pihak lelaki yang tidak bertanggungjawab juga perlu dihukum. (Dalam peruntukkan Kanun Kesekasaan yang ada hukuman 20 tahun diekankan atas kesalahan membuang bayi seumpama ini).

Tetapi adakah mengenakan hukuman ke atas si lelaki juga akan menyelesaikan masalah ini?

Apakah punca masalah ini?
Puncanya kerana hubungan seksual luar nikah natara pasangan.

Mengapa ianya mudah berlaku?
Ianya mudah berlaku kerana tidak ada kawalan yang efektif bagi mengelakkannya dari berlaku. Suasana sosial dalam negara begitu longgar dan rapuh. Sistem pendidikan tidak mampu mendidik remaja kita. Aspek agama tidak ditekankan malah ruang-ruang untuk menjauh dan meninggalkan agama semakin luas dalam enviromen yang ada. Akhlak dan moral tidak lagi disokong oleh tiang-tiang agama lalu ia roboh.

Lantas atas kealpaan kita ini, remaja mudah dan malah cenderung utnuk terjerumus dalam aksi zina ini, terlanjur tanpa menanggung risiko tidak bermasalah, tetapi ianya dikira risiko besar hanya apabila si gadis ditakdirkan mengandung hasil dari hubungan haram itu.

Maka jalan keluar yang paling mudah adalah merahsiakan kandungan sehinggalah tiba waktunya. Apabila tiba maka cepat-cepat ianya dibuang.

Bagi mereka yang sedikit cerdik atau mampu maka mereka sanggup mendapatkan khidmat untuk menggugurkan kandungan, tetapi lazimnya ini tidak dilakukan kerana bimbang akan diketahui orang.

Dalam erti kata lain, masalahnya berpunca dari kita. Kita menganggap agama hanya menghalang kemajuan, peraturannya kejam dan tidak lagi sesuai, kembali kepada agama bermakna akan mengasingkan kita dari arus kemodenan dunia.

Lalu kita cipta peraturan dan amalan kita sendiri. Remaja bermasalah perlu dididik dengan pendidikan seks, dengan harapan mereka akan tahu risiko hubungan luar nikah. Risikonya melahirkan anak luar nikah. Kita didik mereka cara SAFE SEX, seks selamat kononnya atas alasan megelakkan dari wabak HIV AIDS. Sedangkan kita sebenarnya mendidik mereka bahawa kalau pun nak melakukan hubungan seks maka gunakanlah kaedah selamat!

(petikan dari laman web MAF: Condoms are the only form of protection which can both help to stop the transmission of sexually transmitted diseases (STDs) such as HIV and prevent pregnancy.)

Kita yang sebenarnya meranapkan masa depan remaja kita samada disedari ataupun tidak.

Kita juga membuka peluang untuk remaja ini berhibur keterlaluan, bersenang-senang tanpa batasan, berpasang-pasangan ikut suka dengan pusat hiburan, konsert maksiat dan berbagai lagi kemudahan untuk merosakkan diri.

Kita tidak mahu didik mereka bahawa agama melarang hubungan bebas antara lelaki dan wanita. Wanita perlu menutup aurat bagi mengelakkan mereka dari menjadi bahan tontonan dna pemuasan nafsu kaum lelaki. Kaum lelaki juga dididik akan tanggungjawab mereka. Mereka mesti memelihara kehormatan kaum wanita dan jangan mengambil kesempatan atas mereka.

Kita tidak didik mereka untuk bertaqwa kepada Allah. Kita tidak didik mereka akan halal dan haram dalam agama dan ganjaran syurga serta azab api neraka.

Ringkasnya kita tidak mahu melihat agama sebagai penyelesaian atas bebrbagai alasan termasuklah kepentingan politik.

Dan hari ini angkanya semakin membimbangkan. Anak-anak bangsa berbondong-bondong lemas dan hanyut dalam gejala maksiat dan kemungkaran yang kita sendiri bina dan pupuk.

Anak luar nikah, bayi dibuang, ada yang mati, ahhh kita hukum sahaja mereka jangan lupa hukum sekali kaum lelaki. (Lain kali kalau terpanggil sangat untuk mengadakan hubungan seksual gunakan kondom)

Sebelum kita berdoa meminta pertolongan Allah, jangan lupa bangkit segeralah bekerja untuk merobah suasana jahiliyah ini, kemudian barulah kita bertawakal kepada Nya.

 

:. Roslan


Posted at 01:42 am by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Tuesday, January 16, 2007
Dana RMK9 - Pandai Abdullah mengurus kewangan Negara

Fakta Pinjaman:

Jumlah Pinjaman:
USD 50,000,000,000

Tujuan:
Pelaburan
dalam Pelbagai Projek Infrastruktur

Jangkamasa:
10 Tahun (Masuk RMK11 baru habis bayar)

Faedah:
2.88% - 3.5%

Transaction Undertake:
B&G Credit International (S'pore) Pte Ltd.

Pemberi Pinjaman:
Gabungan 25 Bank Singapore

Surat dari Pejabat Menteri Kewangan kepada Dato Zamani Abdul Ghani, Timbalan Gabenor BNM.
Surat 1 -  muka 1    muka 2

Surat dari ASASATU Sdn Bhd kepada Menteri Kewangan.
Surat 2 - muka 1    muka 2

Surat dari Project Equity Services Group Kepada Gabenor Bank Negara Malaysia.
Surat 3 - muka 1   
muka 2
 

Syarikat perunding dana untuk RMK9 Malaysia
ASASATU TECHNOLOGY SDN BHD
 
Pengurus Dana
UNION FINANCIAL SERVICES CORPORATION (Project Equity Services Group)
 
Kedua-dua merupakan syarikat yang sudah dalam proses gulung tikar dan 'deregistered' dapat nyawa RMK9

Baca seterusnya untuk lebih mengenali kedua-dua syarikat



Syarikat perunding dana untuk RMK9 Malaysia
ASASATU TECHNOLOGY SDN BHD

 
Mengikut Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Asasatu Technology Sdn Bhd, yang beralamat di Permatang Pauh didalam proses 'penggulungan'. Hebat sebuah syarikat yang akan menjalani proses penggulungan (wound up) mengaturkan pembiayaan USD50 billion bagi pihak Kerajaan Malaysia. Takut nanti negara Malaysia juga akan di 'woud up' oleh negara asing terutama Singapore dimana negara tempat mereka mendapatkan dana tersebut.
 
Memang menarik perhatian, sebuah syarikat yang didalam proses gulung tikar berada dihadapan merundingkan sesuatu yang amat penting untuk negara seperti RMK9 ?
 
Akaun terakhir Asasatu Technology Sdn Bhd pada 31 December 2000. Selepas itu tiada penyata akaun selepas itu. Tahun 2000, asest tetap syarikat bernilai RM542,248.00 dan aset semasa RM1,976,421.00. Liabiliti pula berjumlah RM1,071,641.00 dan liabiliti jangka panjang RM321,756.00.
 
Keuntungan pada tahun tersebut RM39,512.00 dengan keuntungan terkumpul RM125,272.00.
Inikah rupanya syarikat yang digunakan untuk mendapatkan dana bernilai USD50 billion untuk membiayai RMK9.

Kita tidak tahu penyata akaun terkini syarikat tersebut tetapi ianya dalam proses pengulungan, kemungkinan semenjak 2001 syarikat tersebut mengalami masalah.
 
Pada 15 jun 206 syarikat tersebut di kawal oleh Ir. Hj Zubir bin Hj Ahmad memegang 1,980,000 saham sementara seorang lagi pengarah, Rosni binti Rahmat memegang 20,000 saham.
 
 Asasatu Technology Sdn Bhd
 470780-K 
 No.1, Jalan Arowana 4,
 Kawasan Perniagaan Arowana,
 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang
 Tel: 604-3973211, 604-3974211
 Fax: 604-3975211


Syarikat pengurus dana

UNION FINANCIAL SERVICES CORPORATION

ABN: View the ABN extract

Address: RICHARD A BOBB
LVL 7, 155 CASTLEREAGH ST SYDNEY NSW 2000
D-U-N-S: 74-114-3846
ACN: 096 250 654
Type: Foreign Company (Overseas)
Status: Deregistered
Class: NONE
Sub Class: Unknown
______________________________________
13/01 19:07:22

Re: To all victims of Roland Bleyer
By lardie on 10/8/2006 11:40:22 AM
E-mail: jeffer10@hushmail.com

This is a heads up to beware of Roland Frank BLEYER who hides behind several companies, one of which is Project Equity Services Group (PESG), whose address is Level 5, 44 Miller Street, North Sydney 2060 NSW, Australia and whose web site is
http://www.projectequitygroup.com/ The receptionist is Bleyer s niece.

Even though they appear to be a large and financially-strong company, there are only 3 people (Robert Charles POWER, Ian James BARDEN and Ian Charles ROBINSON) who comprise the companies which front for Bleyer.

The names of the other companies Bleyer hides behind are:

Project EquityNominees (PEN)
Project Equity Trustees (PET)
MM Securities Australia Pty, Ltd
B&G Credit International (Singapore) Pte Ltd
Ryneye Pty Limited
Union Capital Pty
Needlegrove Investments Pty Limited

These blokes are claiming to have billions of dollars for project funding and to buy/sell Chinese cattle, Russian oil, Filipino gold, Nigerian refineries, etc.

After conducting due diligence on them over the past 60 days, I have concluded that these blokes have NO SUCH MONEY as they claim, and they have taken well over a million dollars from people as advanced fees for project funding, and have never performed as agreed.

I have names and coordinates of many of the victims, and I have the name and phone number of a Constable with the Queensland police who is aware of Mr. Bleyer's fraudulent schemes and the identities of some people who claim to be victims who have lost money to Bleyer and his band of thieves.

Here is a link to a web site that has been set up by a victim:
http://p101.ezboard.com/fbleyerscamprojectsfrm2


Here is info about Bleyer:
http://p101.ezboard.com/fbleyerscamprojectsfrm2.showMessage?topicID=5.topic


http://www.quatloos.com/Tax-Forums/viewtopic.php?t=1005133


Here is more info about PESG:
http://english.vietnamnet.vn/biz/2006/06/581285


Posted at 01:34 am by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Thursday, December 28, 2006
PROTES KENAIKAN TOL

(Gabungan parti-parti politik, kesatuan sekerja dan badan-badan bukan kerajaan)

27 Disember 2006

Kepada:
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya


Kami, rakyat Malaysia, meluahkan rasa dukacita kami serta membantah keputusan kerajaan meluluskan kenaikan 20% - 60% kadar bayaran tol. Kenaikan tersebut tentu sekali menambahkan beban pada kehidupan rakyat, terutamanya di bahu mereka yang berpendapatan rendah di sekitar Lembah Kiang.

Kami percaya warganegara Malaysia seluruhnya menerima kesan daripada siri-.siri kenaikan harga yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Kerajaan nampaknya gagal membendung tekanan inflasi yang semakin mencengkam.

Adalah membimbangkan apabila pihak kerajaan nampaknya tidak mampu melaksanakan sebarang strategi menangani inflasi. Namun dalam masa yang sama, agensi kerajaan dan badan yang bertanggungjawab semakin rakus melonjakkan inflasi dengan memperkenalkan kadar bayaran baru disamping mengizinkan kenaikan harga.

Pada amatan kami, tindakan kerajaan menunjukkan tiadanya keprihatinan serius pada tanggungan dan kesusahan mereka yang memerlukan. Dengan iklim ekonomi mutakhir ini, kenaikan harga akan terus menghakis kualiti kehidupan warga Lembah Klang. Ditambah pula dengan kelembapan ekonoini, golongan pencari nafkah terpaksa menanggung satu lagi beban besar.

Berikutan tiadanya pengangkutan alternatif yang cekap dan menyeluruh, pengangkutan persendirian, kereta terutamanya, menjadi cara utama penduduk Lembah Klang untuk bergerak. Kenaikan tol sekali lagi mendedahkan kegagalan skim penswastaan kerajaan. Beban kenaikan tol ini bukan sahaja bencana buat pengguna barang dan otomobil, malahan juga menyebabkan kebocoran serius dalam dana awam.

Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Sen Samy Vellu, kerajaan terpaksa membayar gantirugi mencecah RM 2,5 89 juta kepada lima syarikat konsesi lebuhraya di Lembah Klang baru membendung kenaikan kadar tol dan meningkat lebih tinggi daripada 20% - 60% yang dicadangkan berkuatkuasa pada 1 Januani 2007.

Dan dalam perkembangan yang sama, Menteri Kerja Raya mengumumkan bahawa kerajaan telahpun membayar gantirugi sejumlah RM 2,275 juta kepada empat pengusaha Iebuhraya dan lima pengusaha terbabit, tidak termasuk Lebuhraya Guthnie yang merupakan lebuhraya yang baru; dan dibutirkan seperti berikut:

• Gantirugi RM 1,197 juta untuk Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak;
• Gantirugi RM 479.7 juta untuk Lebuhraya Damansara-Puchong;
• Gantirugi RM 371.8 juta untuk Lebuhraya Kesas; serta
• Gantirugi RM 226 juta untuk Lebuhraya Cheras-Kajang.

Demikian itu, jelas sekali jumlah gantirugi yang amat besar dari dana awam mewakili pengurniaan subsidi raksasa kepada syarikat-syanikat besar. Malahan juga, gantirugi tersebut berjumlah jauh lebih besar dan separuh kos keseluruhan pembinaan bernilai RM 4,125 juta itu.

Penganugerahan konsesi-konsesi pungutan tol kepada syarikat besar telah menjadi satu budaya tidak-produktif, cara untuk mengaut keuntungan mudah dan kocek rakyat Malaysia yang setiap hari meredah kesesakan lalulintas dan memerah tenaga siang dan malam untuk mencari rezeki. Tegasnya, kos pembinaan tidak Iangsung mewajarkan kadar tl! dibayar, dan ia dibutirkan seperti berikut:¬

• RM 1.42 bilion Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dengan tempoh konsesi 1996-2030, kadar tolnya meningkat dan RM I ke RM 1.60, kenaikan 60 peratus.
• RM 1.3 bilion Lebuhraya Kesas dengan tempoh konsesi 1993-2024, kadar tolnya meningkat dan RM 1.50 ke RM 2.20, kenaikan 47 peratus.
• RM 336 juta Lebuhraya Cheras-Kajang dengan tempoh konsesi 1995-2026, kadar tolnya meningkat 30 sen — suatu kenaikan diantara 43 peratus hingga 50 peratus.
• RM 568 juta Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dengan tempoh konsesi 1994-2032, kenaikan diantara 20 peratus dan 25 peratus; serta
• RM 501 juta Lebuhraya Guthrie dengan tempoh konsesi 2000-2035, kadar to! meningkat dan RM I ke RM 1.40, kenaikan 40 peratus.

Gantirugi yang dipaksakan oleh syarikat-syarikat konsesi jauh lebih tinggi dan kos pembinaan. Ia membingungkan rakyat Malaysia sekalian apabila didedahkan bahawa syarat dan perjanjian dan penswastaan lebuhraya tidak langsung mempunyai munasabah ekonomi. Rakyat, secara jelas, tidak menenima manfaat danipada skim ini selain dariipada bebanan kewangan yang semakin menimpa-nimpa.

Keadaan ini membangkitkan persoalan wibawa dan cermat. Kerajaan nampaknya tidak berdaya merundingkan perjanjian yang kos-efektif dan bermanafaat dengan syarikat konsesi lebuhraya. Malangnya, kami rakyat Malaysia, meskipun dibebankan dengan cukai yang berat dan tol-tol ini, tidak diberi peluang untuk melihat dan menilai isi-kandung kontrak-kontrak lebuhraya yang terbabit.


Dengan itu, kami seperti yang disebutkan dibawah, menegaskan pendirian tetap kami menuntut:

1. Pendedahan kesemua kontrak-kontrak diantara kerajaan dengan syarikat-syarikat konsesi lebuhraya. Sebagai pembayar cukai dan warganegara negara ini, kami mempunyai hak untuk mengetahui isi ¬kandung rundingan, peijanjian dan persetujuan yang memberi kesan kepada kehidupan kami.

2. Kenaikan kadar tol yang diumumkan untuk I Januari 2007 harus digantung. Kerajaan seharusnya menubuhkan suatu badan bebas untuk penilaian terbuka dan komprehensif keatas kesemua konsesi lebuhraya, dengan tujuan untuk meringankan kesusahan rakyat serta juga mengurangkan pembaziran dana rakyat da!am kontrak-kontrak penswastaan yang tidak adil mi.

3. Pendedahan semua pendapatan yang diaudit, yang telah dipungut oleh setiap syarikat lebuhraya. Jika syarikat-syarikat konsesi telah mendapat pulangan modal keseluruhan kos pembinaan, maka kerajaan
Seharusnya memhentikan-kontrak-kontrak ini seawall mungkin atau membeli semula konsesi tersebut.Ini mungkin lebih menjimalkan kepada kerajaan dan membeni subsidi kepada syarikat besar secara berterusan.

Demi kepentingan rakyat seluruhnya, kami menggesa kerajaan supaya telus dalam menjawab kesemua soalan kami berkenaan kenaikan harga tol. Rakyat mempunyai hak untuk tahu dan memahami proses merangka dasar, terutamanya apabila kita diminta untuk berkongsi beban kewangan kerajaan.

Akhir sekali, kami meminta kerajaan untuk mempertimbangkan secara serius cadangan-cadangan yang dikemukakan untuk kebaikan semua.

Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Bahagian Pemuda (SCAHIYS)

Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA)

Janingan Rakyat Tertindas (JERIT)
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) ,
Parti Islam SeMalaysia (PAS) -
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan)
Parti Sosialis Malaysia (PSM)
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

Youth for Change (Y4C)
Demonstrasi Anti Kenaikan Tot 7 Jan 2007 (Ahad) , 4 petang,
Hadapan Kompleks BeIi-belah Sunway Piramid. Orang ramai dijemput hadir!


Posted at 11:12 am by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Tuesday, November 07, 2006
Apa nasib bahasa Melayu kita?

Sudah lama kita tidak mendengar pemimpin kita bercakap berkenaan nasib dan masa depan bahasa kita. Agenda perjuangan bagi memartabatkan bahasa Melayu, bahasa ibunda kita seolah tidak lagi diberi perhatian dan keutamaan pada hari ini.

Dalam akhbar THE STAR hari ini menjawab desakan Konvensyen Umno Johor, Timbalan Presiden Umno yang juga TPM Najib Tun Razak berkata matapelajaran sains dan matematik di sekolah-sekolah akan terus diajar dalam bahasa Inggeris. Jika tidak kata Najib kita akan jadi jaguh kampungan dalam gelanggang antarabangsa.

Demikianlah sikap pemimpin Melayu terhadap bahasanya sendiri.

Sedangkan pada waktu yang sama bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka DBP, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke VII sedang berjalan dan isu pengajaran matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris ini terus dibangkitkan.

Saya tertarik mendengar ucapan perasmian oleh bekas Naib Presiden Umno, bekas Menteri Kewangan dan kini ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang kebetulan merupakan Pengerusi Kongres Kepentingan Bangsa.

Tidak seperti Najib Ku Li mempertikaikan apakah penguasaan ilmu hanya boleh diperolehi melalui bahasa Inggeris semata-mata? Kata Ku Li bangsa-bangsa lain berbangga dengan bahasa mereka masing-masing dan keunggulan bahasa mereka terus dipertahankan tetapi di negara kita bahasa Inggeris telah dinobatkan konon-kononnya hanya bahasa itu sahaja yang menjamin kemajuan. Kata beliau tidakkah bangsa Korea dan Jepun yang berjaya dan maju itu mampu menceduk ilmu Jerman, Perancis dan Eropah dengan cara mengekalkan keunggulan bahasa mereka.

Ku Li menambah kita sepatutnya mencontohi pejuang-pejuang bahasa Cina dalam negara yang terus berjaya mempertahankan keunggulan bahasa ibunda mereka.

Dan Ku Li yang memang dikenali sebagai tokoh yang berani dan kontroversial itu telah menyebut (dengan diulanginya dua kali dan disambut dengan tepukan gemuruh mereka yang hadir):

Dalam sistem kita berpolitik, kerajaan sepatutunya takut dan akur kepada rakyatnya. Kebiasaannya rakyat digerakkan oleh cerdik pandai, ilmuan dan para cendikiawannya. Lesunya golongan ini lemahlah rakyatnya. Rakyat yang lemah akan melahirkan pemimpin yang leka. Pemimpin yang leka akan menjadikan bahasa dan negara ini tidak berdaya.

Sudah tentu ungkapannya yang tajam itu penuh bermakna dan ditujukan tepat kepada pimpinan negara yang jelas mengabaikan kepentingan bahasa lantas menjadikan negara tidak lagi kelihatan berdaya.

Saya kira sudah tiba masanya untuk kita bergerak mempertahankan keunggulan bahasa kita dalam system pendidikan negara yang penuh bercelaru ini. Mudaj-mudahan kongres ini dapat membuahkan sesuatu yang bermanfaat.

Turut kelihatan hadir dalam kongres ini adalah tokoh-tokoh bahasa, sasterawan, politik dan seni Melayu negara, antaranya Datuk Johan Jaafar, Dr Firdaus, Dr Ismail Hussien, SN Samad Said, Dr Hassan Ahmad, A Rahman Hassan, YB Salahuddin Ayub dan Hj Mahfuz Omar.

(Sementara itu akhbar UTUSAN hari ini sekadar melonggokkan berita berkenaan kongres ini dimuka 7 akhbarnya hari ini, Sukma bebas dari hukum liwat terpapar di muka depan?!)


Posted at 11:07 am by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Thursday, November 02, 2006
Muhammad Ibrahim Ravi peluk Islam selepas puas mengkaji

JURUTERA Sistem Teknikal di Vallent Software System (Malaysia), Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor, Muhammad Ibrahim Ravi bin Gobi, 36, dibesarkan dalam keluarga Hindu yang sederhana. Ayahnya seorang pengurus ladang, manakala ibunya, suri rumah beserta dua adik perempuan.

Akui Muhammad Ibrahim, sejak kecil beliau percaya kewujudan Tuhan dan yakin Tuhan itu Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Adil dan amat menyayangi ciptaan-Nya. Malah beliau juga percaya semua perkara dalam penciptaan-Nya adalah logik (dapat diterima akal) dan rasional (wajar).

Lantaran itu, timbul pelbagai persoalan yang mendesaknya untuk mengkaji tentang agama Hindu, Kristian dan Islam.

Ikuti pengakuan beliau bagaimana hidayah Illahi menerpa sehingga bertapak kukuh dalam hatinya pada pertemuan yang dirancang sebelum Syawal lalu.

“Saya selalu tertanya-tanya, Tuhan dikatakan satu tetapi kenapa ada banyak agama dan amalan yang bercanggah. Apa lagi, dalam agama Hindu banyak amalannya bercanggah sesama sendiri dan ini mengelirukan. Jika ditanya, jawapannya tidak memuaskan.

“Situasi ini membuat saya kurang selesa dan jarang pergi ke kuil. Bila ditanya, saya jawab, Tuhan ada di mana-mana, tak perlu saya pergi ke kuil untuk sembahyang. Selalunya, saya memandang ke langit bila berdoa kepada Tuhan kerana saya percaya Tuhan ada di atas sana,” katanya.

Pada usia 18 tahun, keinginan mengetahui perbezaan agama-agama lain tercetus. Saya mula mencari dan membaca. Bermula dengan Hinduism dengan membaca majalah Hinduism Today (bukan satu punca agama Hindu yang betul), satu usaha yang tanpa arah dan memakan masa kerana saya langsung tidak mengetahui tentang kitab-kitab dalam agama.

Alhamdulillah, peluang mengkaji lebih terbuka apabila saya melanjutkan pengajian ke United Kingdom (UK) dalam bidang Kejuruteraan Electronik di University of Brighton. Semuanya dilakukan menerusi Internet dan buku-buku.

Baru saya sedar agama-agama ini mempunyai kitab mereka sendiri dan mereka mengaku kitab itu adalah wahyu atau khabar yang dinyatakan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa.

Kitab agama Hindu yang terkenal dalam bahasa Sanskrit adalah Veda (Rigveda, Samaveda, Yajurveda dan Atharaveda), Upanishad, Purana, Manusmriti, Ramayana dan Bhagavad Gita manakala kitab Hindu yang terkenal dalam bahasa Tamil adalah Thirumurai (Thevaram), Thirukural dan Thirumantira.

Sementara itu, dengan bantuan paderi gereja Angelican di universiti, beliau mempelajari agama Kristian menggunakan kitab Bible. Begitu juga dengan agama Islam melalui Islamic Propagation Center International (IPCI) di UK serta melalui buku-buku dan video Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat, Dr. Zakir Naik, Gary Miller (Abdullah Ahad Omar) dan Harun Yahya.

Walaupun pada awalnya saya kurang memahami serta agak keliru kerana tidak faham konsep Tuhan sebagai pencipta dan makhluk sebagai ciptaan Tuhan, konsep wahyu (revelation) dan proses penurunan wahyu dan pesuruh atau Nabi Tuhan.

Sekarang, setelah mengkaji kitab pelbagai agama, saya mula memahami bahawa kitab-kitab agama lain juga diwahyukan oleh Tuhan yang Satu cuma tidak semua kitab dipelihara oleh Tuhan dan hanya al-Quran sahaja terpelihara.

Al-Quran juga memberitahu bahawa Tuhan mencipta manusia sebagai khalifah, satu jawatan yang dikhususkan untuk mengawal agama Tuhan dan mentadbir dengannya. Sehubungan itu, saya berpendapat Tuhan asalnya memberi tanggungjawab pemeliharaan kitab kepada manusia tetapi manusia gagal memelihara kitab-kitab kerana nafsu dan godaan syaitan. Oleh itu, al-Quran adalah kitab yang terakhir dan memeliharanya.

Seperkara lagi yang saya keliru pada awalnya ialah tentang Tuhan dan makhluk ciptaan Tuhan. Saya ingatkan setiap agama mempunyai Tuhan masing-masing dan Tuhan mereka mencipta kaum-kaum mereka.

Jawapannya saya temui dalam surah al-Hujurat ayat 13 bermaksud: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada sepasang lelaki dan perempuan, dan menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu saling kenal-mengenal.

Kebenaran ini dapat dilihat melalui kisah Adam di dalam kitab, Thasmad Adama naamaasou Pathnee Havyavathee smritha (Sanskrit) bermaksud: “Manusia bernama Adama (Adam) ingin bertemu dengan isterinya Havyavati (Hava)" [Bhavishya Purana, Prathisarga Parva 4:28]

“Adam menamakan isterinya Hawa, kerana perempuan itu menjadi ibu seluruh umat manusia.” [Bible, Old Testament, Genesis 3:20]

Dan Kami berfirman: Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu di syurga ini. (Al-Baqarah: 35)

Tuhan begitu teliti dalam penyusunan ayat supaya manusia dapat perkhabaran-Nya dan keadilan ditegakkan. Firman Allah, Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah. (Al-Nisa’: 40)

Memang benar kata Tuhan, nama-nama tersebut merujuk kepada Tuhan yang Satu. Perkataan Allah datang dari dua perkataan asas bahasa Arab, iaitu Al dan ilah yang bermaksud satu-satunya dan yang patut disembah. Maka, Allah bermaksud satu-satunya yang patut disembah, Tuhan kepada semua makhluk, manusia (Islam dan bukan Islam), jin (Islam dan bukan Islam), malaikat, binatang dan seluruh alam ini. Nama Allah juga disebut di dalam Allo Upanishad dan Bible.

Tuhan (Allah) juga menjelaskan bahawa Dialah juga telah menghantar nabi-nabi-Nya kepada semua kaum, menyeru mereka menyembah Tuhan yang satu. Firman Allah: Dan bagi tiap-tiap kaum (yang lalu) ada Nabi yang memberi petunjuk ke jalan yang benar. (Al-Ra’d: 7)

Dan tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya seorang Nabi pemberi ingatan dan amaran. (Fatir: 24)

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyeru): Sembah Allah (sahaja) dan jauhilah Taghut (yang disembah selain dari Allah). (Al-Nahl: 36)

Allah memberi pengakuan Rasul (Nabi) yang dihantar oleh-Nya akan menyeru menyembah Tuhan yang satu, itulah kriteria untuk mengenal Nabi Allah.

Bukti kebenaran kenyataan Tuhan di dalam al-Quran boleh ditemui di dalam kitab Hindu dan Bible seperti berikut; “Ekam evad vitiyam” (Sanskrit) dan “Dia hanya Satu dan bukan dua.” [Chandogya Upanishad 6:2:1]. Nabi Musa berkata: “Saudara-saudara, ingatlah! Hanya TUHAN, dan TUHAN saja Allah kita!” [Bible, Old Testament, Deuteronomy 6:4]

Akulah TUHAN, tak ada lainnya, Aku Allah Yang Maha Esa (Satu). [Bible, Old Testament, Isaiah 45:5]

Dan al-Quran mengulangi kebenaran, Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa (Satu). (Al-Ikhlas: 1) dan Dan Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Esa (Satu), tidak ada Tuhan melainkan Dia. (Al-Baqarah: 163)

Selepas menghayati kebenaran Allah, saya tertanya, mungkinkah Krishna, Rama, Buddha adalah Nabi-nabi Allah dan kenapa nama-nama mereka tidak disebut di dalam al-Quran. Sekali lagi, saya temui jawapannya: Dan (Kami telah mengutuskan) Rasul-rasul yang telah Kami ceritakan tentang mereka kepadamu dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan tentang mereka kepadamu. (Al-Nisa’: 164)

Dan sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada yang tidak Kami ceritakan kepadamu. (Ghafir: 78)

Allah juga mengaku bahawa Dia mengelar pengikut nabi-nabi dahulu sebagai Muslim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang Islam (Muslim) dari dahulu. (Al-Hajj: 78)

Maha suci Allah tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada manusia. Walaupun jarak di antara kitab-kitab ini beratus dan beribu tahun bezanya tetapi Tuhan mengulangi kebenaran supaya manusia terselamat. Saya sedar betapa sayangnya Tuhan kepada kita.

Bila dikaji sejarah, kuil Hindu pertama dibina 2000 tahun selepas wahyu diturunkan. Sama juga dengan Buddha, patung pertama dibuat selepas 500 tahun pemergian Buddha. Konsep Tuhan 3 dalam satu di dalam Bible wujud selepas 325 pemergian Nabi Isa (Jesus). Maka dalam tempoh sebelum penyelewengan, manusia memang beribadat dengan cara yang betul.

Terlalu banyak persamaan antara agama dari segi hukum seperti pengharaman arak, tidak boleh makan babi, wanita kena pakai penutup kepala, puasa, zakat dan sebagainya tetapi kenapa amalan mereka terpesong?

Setelah mengkaji, saya dapati punca utamanya adalah tidak faham proses wahyu. Saya ketahui melalui kajian saya bahawa Allah menurunkan wahyu melalui nabi-nabi-Nya. Pada waktu itu, bukan nabi yang berkata tetapi Tuhan yang Maha Esa yang berkata. Manusia pada masa tersebut faham perkara ini, sebab itulah mereka tidak menyembah nabi dan tidak membuat patung berhala untuk nabi.

Selepas beberapa waktu, apabila mereka membaca kitab dengan tiada ilmu mengenai proses penurunan wahyu, mereka menyalah anggap dan menyangka Nabi itu mengaku Tuhan.

Sebenarnya ada ayat-ayat yang lain di dalam kitab yang menerangkan bahawa nabi itu bukan Tuhan, tetapi sebab mereka keliru tentang ayat yang bercanggah ini, maka mereka meninggalkannya.

Beginilah proses wahyu diturunkan, ada ayat-ayat yang menjelaskan satu sama lain. Bila dikaji, jelas semua mereka adalah manusia, utusan Tuhan yang Maha Tinggi.

Benarlah kitab-kitab lain tidak terpelihara sebagaimana al-Quran. Maka wajarlah untuk kita mengikutinya.

Allah juga memberi jaminan bahawa al-Quran adalah petunjuk, dan Dia tidak memaksa sesiapa tetapi menggalakkan manusia mengkaji kitab-Nya. Dia juga sediakan banyak fakta sains yang boleh kita kaji dan pastikan kebenarannya, supaya boleh kita percaya kepada wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Ini terbukti dalam firman Allah bermaksud: Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa. (Al-Baqarah: 2)

Hal ini diperkukuhkan lagi dengan firman Allah yang bermaksud: Tidak ada paksaan dalam agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. [Al-Baqarah: 256]

Proses mencari kebenaran ini mengambil masa sekitar sembilan tahun sehingga saya tidak ada lagi timbul keraguan. Sekembali dari UK, saya teruskan kehidupan dengan agama asal sehinggalah pada 23 September 2003 saya melafazkan syahadah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Itupun selepas mendalami Islam dari segi amal ibadat kira-kira enam bulan sebelum pengislaman.

Pada waktu itu kegembiraannya sukar digambarkan dengan kata-kata dan semacam perasaan terselamat. Keyakinan saya bertambah kuat apabila sesuatu yang mustahil berlaku itu dimakbulkan Allah. Namun, sebagai manusia kita perlu sentiasa beringat dan menerima setiap ujian-Nya kerana kejayaan mengharunginya, menjadi kemanisan Islam.

Saya mengambil masa dua tahun untuk memberitahu keluarga dan apabila semuanya terlerai, ia menjadi kejutan besar buat mereka.

Saya melihat kini tidak ramai daripada kalangan mualaf yang menjadi pendakwah. Oleh itu, ruang inilah perlu diisi dan ada keperluannya.


Posted at 09:00 am by infojiboi
Comment (1)  

Previous Page Next Page