|
|
Tuesday, August 02, 2005
Kenaikan harga minyak: Kerajaan gagal guna hasil bumi untuk negara dan rakyat
Kenaikan harga minyak: Kerajaan gagal guna hasil bumi untuk negara dan rakyat
Untung Petronas bertambah RM25 bilion tahun ini kerana kenaikan harga minyak, tetapi rakyat sudah dua kali dibebankan
 |
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) – Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dengan alasan untuk mengekang kenaikan harga minyak membayangkan kegagalan kerajaan menggunakan sumber minyak negara untuk kepentingan rakyat dan negara.
Ini kerana, kenaikan harga minyak telah menyebabkan Petronas menambahkan keuntungan sebanyak RM25 bilion berbanding tahun lepas.
Demikian kata Husam Musa, Naib Presiden PAS dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini. |
Menurut Husam, Petronas telah untung sebanyak RM24.32 billion pada tahun 2003, RM35.5 billion pada tahun 2004 dan melonjak kepada pendapatan kasar RM58.03 billion tahun ini seperti yang diumumkan baru-baru ini.
”Mengapakah keuntungan ini tidak dapat disalurkan bagi faedah ekonomi dan rakyat negara ini?” soal Husam.
Selama ini wang petronas boleh dilaborkan dalam projek-projek mewah seperti pembinaan PUTRAJAYA dan Menara Berkembar KLCC.
Kerajaan misalnya boleh mengenakan cukai ke atas Petronas bagi membolehkan kerajaan membiayai RM 1 billion subsidi tersebut tanpa menaikan harga petrol dan diesel, tambah beliau.
Berikut adalah kenyataan penuh Husam.
KENYATAAN AKHBAR
KENAIKAN HARGA PETROL DAN DIESEL
Dalam masa 4 bulan sepanjang tahun ini, sudah tiga kali kerajaan mengumumkan kenaikan harga diesel dan petrol. Kenaikan harga pada bulan Mac, Mei dan Julai telah mengakibatkan rakyat di negara ini dibebankan dengan kenaikan sebanyak 20sen untuk petrol dan 45sen bagi diesel. Antara alasan yang diberikan oleh kerajaan juga berubah-ubah :
· Untuk perangi penyeludupan diesel, ·
kerana kenaikan minyak dunia ·
mengurangkan jumlah subsidi petrol dan diesel untuk capai belanjawan negara yang seimbang.
2. Apapun alasan kenaikan ini, ianya memberi kesan kepada ekonomi negara dan membebankan penghidupan rakyat. Harga barangan umpamanya, telah naik begitu juga kos hidup yang lain.
3. Dengan kenaikan yang baru diumumkan kerajaan dikatakan berjaya menjimatkan RM 1 billion ringgit. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mustapha Mohamad berhujah bahawa RM1 billion boleh dijgunakan untuk tujuan pembangunan. Kerajaan harus sedar, jika rakyat tidak di bebankan dengan RM 1 billion tersebut, ia tetap boleh menjanakan ekonomi negara melalui perbelanjaan rakyat dalam pelbagai cara.
4. Hujah bahawa kenaikan harga minyak dunia telah memaksa kerajaan mengurangkan subsidi tersebut hanya menggambarkan ketidakpekaan dan ketidakkemampuan kerajaan menguruskan lebihan pendapatan yang diterima oleh Petronas hasil daripada peningkatan harga minyak diseluruh dunia seperti digambarkan oleh pendapatan hasil Petronas sebanyak RM 24.32 billion pada tahun 2003, kepada RM35.5 billion pada tahun 2004 dan melonjak kepada pendapatan kasar RM58.03 billion tahun ini seperti yang diumumkan baru-baru ini. Ternyata sekali Petronas memperolehi keuntungan sebesar itu hasil kenaikan harga minyak dunia.
5. Mengapakah keuntungan ini tidak dapat disalurkan bagi faedah ekonomi dan rakyat negara ini?. Selama ini wang petronas boleh dilaborkan dalam projek-projek mewah seperti pembinaan PUTRAJAYA dan Menara Berkembar KLCC.
Kerajaan misalnya boleh mengenakan cukai ke atas Petronas bagi membolehkan kerajaan membiayai RM 1 billion subsidi tersebut tanpa menaikan harga petrol dan diesel.
5. Semua kenaikan ini dibuat selepas BN mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya 2004. Kami ingatkan BN, jangan menggunakan mandat itu sewenang-wenangnya tanpa mengambilkira bebanan dan penderitaan rakyat terutama yang berpendapatan rendah.
6. Khazanah minyak dan gas ini cukup untuk mengapungkan kedudukan ekonomi negara. Apabila harga minyak naik, hasilpun naik kerana kita mempunyai khazanah minyak dan gas. Kita tidak boleh bandingkan dengan kedudukan harga minyak kita dengan negara serantau seperti Indonesia dan Thailand. Ini kerana purata pengeluaran minyak berbanding penduduk, kedudukan kita adalah jauh lebih besar . Tambahan lagi di Thailand, cukai jalan adalah percuma dan lebuhrayanya tidak dikenakan tol. Ini bermakna kos pengangkutan di negara tersebut adalah jauh lebih rendah. Juga buat kali pertama, harga diesel di negara ini telah mengatasi harga diesel di Indonesia.
7. Kenyataan pemimpin kerajaan untuk menurunkan subsidi petrol dan diesel bagi membolehkan kita mempunyai wang yang lebih untuk pembangunan menggambarkan seolah-olah negara kita telah kehabisan wang, sekali lagi ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam pengurusan kewangan negara sekarang ini atau sebelum ini.
8. Kenyataan seperti ini juga menunjukkan kerajaan akan bertindak menaikkan harga minyak pada masa akan datang bagi menampung kekurangan pendapatan berbanding tanggungan perbelanjaan.
Kami ingin menyeru kerajaan mengkaji satu mekanisma dimana keuntungan besar yang diperolehi daripada minyak akibat kenaikan harga minyak dunia, dapat disalurkan untuk rakyat terutama sekali dalam penentuan harga petrol dan diesel.
- ZS
Posted at 05:07 pm by infojiboi
Permalink
Nasib penduduk Muslim di London
Nasib penduduk Muslim di London
|
Kalungan bunga kenang di stesen Kings Cross |
|
Ini bukanlah waktu selesa bagi umat Islam di negara Eropah, khususnya di UK dan lebih tepat sekali kalau Kak Zah katakan, London - tempat berlakunya beberapa letupan bom yang meragut nyawa lebih 50 orang dan mencederai ramai lagi pada awal bulan Julai lalu.
Mangsa sudah dikebumikan, yang cedera sudah dirawati, yang dikatakan bersalah atau yang dituduh bersalah, ditangkap dan disiasat, namun bagi kebanyakan kami, yang pada waktu itu jauh dari api letupan, terutama kami yang bertudung, berjubah, berjambang, berserban dan berjanggut - simbol yang dikaitkan dengan Islam - habanya masih dirasai. Kepanasan dek perasaan marah yang meluap-luap terhadap agama dan umatnya yang dikatakan melakukan perbuatan perbuatan terkutuk ini, kami rasai. |
Semasa Kak Zah menulis ini, sembilan masjid telah diserang, garaj dibakar, beberapa buah rumah dipecahkan tingkapnya dan seorang lelaki Islam Pakistan dipukul hingga mati di tepi jalan. Masya-Allah.
Biar Kak Zah kembali ke hari yang akan sentiasa tercatat dalam diari Kak Zah sebagai titik hitam - 7 Julai...
Pagi itu Kak Zah bersiap ke universiti apabila diberitahu oleh suami bahawa semua stesen keretapi bawah tanah ditutup, kemungkinannya gangguan elektrik. Kak Zah berazam untuk menaiki bas kerana hati itu ada diskusi dengan Profesor dipetangnya. Sampai saja ke perhentian bas, Kak Zah mendapat panggilan telefon, yang anehnya dari Malaysia, yang mengatakan bahawa keretapi telah meletup.
Pada waktu yang sama Kak Zah terlihat sekeluarga orang Melayu berjalan tanpa tujuan di kawasan itu. Seperti biasa Kak Zah memberi salam dan berkenalan. Rupa-rupanya mereka sesat. Dan rupa-rupanya juga, takdir telah menjauhkan mereka daripada bahaya yang menunggu di dalam terowong keretapi bawah tanah. Sekiranya mereka terawal beberapa minit, mereka akan mengambil keretapi yang akan membawa mereka melalui stesen King's Cross yang meletup itu! |
|
 |
Jadi, tanpa mengetahui betapa seriusnya kejadian ini, Kak Zah dan kawan-kawan baru ini menaiki bas untuk terus ke pusat Bandar, tetapi diberitahu bahawa pusat Bandar ditutup. Anak Kak Zah menelefon dan merayu supaya Kak Zah turun daripada bas, sebab sebuah bas telah meletup di Russel Square - kawasan universiti Kak Zah. Kak Zah tabahkan hati, dan sebenarnya semangat wartawan pada diri Kak Zah melonjak-melonjak untuk pergi ke kawasan terlibat. Bas hanya mampu membawa kami separuh jalan dan kami terpaksa berjalan di dalam hujan sampai ke Paddington. Orang ramai penuh di jalanraya, tiada pengangkutan dan siren polis, ambulans, bomba seperti yang biasa kita lihat di televisyen. Cuma ini betul-betul berlaku. |
Sebenarnya, kami yang berada di jalanraya tidak tahu sangat apa yang berlaku, tidak seperti mereka yang duduk di rumah menonton siaran langsung kejadian ngeri di kaca TV.
Esoknya Kak Zah ditugaskan membuat liputan dan bersama seorang juru kamera bangsa Itali, Kak Zah ke hulu ke hilir ke tempat-tempat terbabit. Sememangnya, ini satu tragedi sangat menyedihkan di mana kesemua kita adalah mangsa. Kak Zah pada mulanya ke Masjid Regent's Park di mana Kak Zah menemubual Timbalan Pengarah di situ yang menyuarakan kebimbangannya akan tindakan negatif yang akan dialami oleh msyarakat Islam pada ketika jari menuding ke arah puak Islam. Kebimbangannya menjadi nyata apabila tidak lama kemudian beberapa masjid diserang dan terdapat laporan tentang kata-kata kesat yang dilemparkan kepada masyarakat Islam. Kak Zah sendiri semasa membuat liputan tragedi ini, agak gentar juga apabila pulang ke kereta bersama juru kamera. Kereta kami dilontar dengan tin arak.
Kini hampir tiga minggu kejadian berlaku, dan sememangnya tahap keselamatan di kota ini dipertingkatkan. Tetapi apakah implikasinya kepada kita umat Islam?
Sebagai ibu dan isteri
Identiti dan maklumat orang-orang yang disyaki pengebom sudahpun ditunjukkan kepada ramai. Mereka dikatakan pemuda Islam dalam lingkungan 20 ke atas, berketurunan Pakistan. Dan bahan letupan yang dibawa dikatakan dimuatkan ke dalam rucksack. Nampaknya imej pengganas bukan lagi berjanggut panjang, berserban dan berjubah
Sejak kejadian ini berlaku, di mana-mana saja kita akan nampak anak-anak muda ditahan dan disoal, terutama sekali mereka yang Islam dan asal usul dari Pakistan atau Timur Tengah. Dan yang membawa beg galas. Memang polis melakukan tugas mereka dan tidak mampu membiarkan berulangnya kejadian 7 Julai lalu. Tapi sebagi ibu dan isteri, Kak Zah tidak rela anak dan suami Kak Zah dibuat sebegitu. Setiap hari sebelum keluar rumah, doa dan pesan mengiringi mereka - jangan bawa apa-apa yang mungkin menimbulkan syak wasangka, jangan lari kalau didekati polis. Jangan takut kalau kita tak bersalah. Tengok saja apa yang berlaku kepada anak muda dari Brazil yang ditembak mati - tujuh kali di kepala - kerana dia tidak berhenti semasa di tahan polis. Sia-sia nyawa diragut begitu saja.
Bersimpati dengan anak muda yang tidak bersalah sebegitu, hati Kak Zah turut remuk redam melihat ibu yang menangis kehilangan anak mereka dalam kejadian baru-baru ini. Yang paling menyayat hati ialah Marie Fatayi Williams, ibu Anthony, 26 tahun. Dia berada di atas bas yang meletup di Russel Square. Marie yang tinggal di Nigeria bergegas untuk merayu kepada sesiapa yang mungkin terlihat Anthony (yang pada masa itu masih hilang). Semua orang menangis mendengar rayuannya menerusi tv.
Dan Kak Zah teringat juga Maryam McLeod, ibu kepada Germain, pemuda yang dikatakan meletupkan bom dalam kereta api bawah tanah di stesen King's Cross. Dan kini ketika mayat anak muda Brazil, yang rupa dan kulitnya dikatakan seakan-akan orang Asia, tiba di kampongnya, Kak Zah dapat bayangkan betapa hancurnya hati seorang ibu menyambut pulang mayat anak yang tidak bernyawa lagi.
Sebagai umat Islam
Kak Zah tidak tahu berapa lama fobia dan kebencian terhadap Islam dan juga umatnya akan berterusan. Sebenarnya segelintir sahaja jumlah masyarakat yang bersikap sedemikian, yang lainnya tahu dan faham ini bukannya melambangkan agama Islam. Namun, kita terpaksa menghadapinya dengan tabah. Baru-baru ini Kak Zah menyertai sekumpulan keluarga Islam, yang berkumpul di Marble Arch di pusat London. Kami memegang sepanduk yang meneriakkan Islam tidak menggalakkan pengganasan. Anak-anak muda yang dilahirkan di sini, yang mengaku diri mereka Islam British, juga melaung-laung dan tidak mahu di samakan dengan mereka yang melakukan perbuatan ini. Manalah tahu satu hari mereka juga akan terjerat. Mereka adalah anak-anak muda berketurunan Pakistan, yang memang pulang ke Pakistan menziarahi datuk nenek dan saudara mara. Kini maklumat sedemikian, bukan lagi sesuatu yang dianggap positif, dan mungkin mempunyai kesan sebaliknya.Ibu-ibu yang Kak Zah temui juga menyuarakan kebimbangan mereka akan keselamatan anak mereka. Mereka sayangkan tanah air yang sudah menjadi tempat mereka bermastautin, namun buat masa ini sikap permusuhan terhadap Islam dan umatnya terus membara.
 |
Banyak pemandu-pemandu dan orang ramai yang membunyikan hon kereta mereka sebagai sokongan. Namun banyak juga yang masih bersikap jahil. Ada juga laporan bahawa seorang lelaki separuh umur ditahan kerana membaca al-Quran dalam keretapi. Kak Zah sendiri kini tidak berani membaca syair yang sedang Kak Zah kaji untuk pengajian sebab ia dalam tulisan Jawi. Bagi mereka yang tidak tahu, tentu membuat tuduhan. Dan seorang wanita yang berjubah dan bertutup litup tidak dibenarkan menaiki bas. Aduh banyak lagi sebenarnya!
Bagaimanapun, Kak Zah ingin menyudahi cerita yang panjang lebar kali ini dengan suatu cerita yang nescaya akan mengukuhkan lagi iman kita pada masa yang penuh ujian ini. |
Bagaimanapun, Kak Zah ingin menyudahi cerita yang panjang lebar kali ini dengan suatu cerita yang nescaya akan mengukuhkan lagi iman kita pada masa yang penuh ujian ini.
|
 |
|
Pak Agus Warcoko dan isteri, Tanti Warcoko.Membaca akhbar tentang berita letupan |
Salah seorang yang terselamat daripada letupan bom di atas bas nombor 30 di Tavistock Square ialah Pak Agus Warcoko. Walaupun semua orang terhumban turun dan banyak yang mati dan cedera parah, Pak Agus sedikit pun tidak ada luka, cuma pendengarannya sedikit terjejas akibat bunyi yang amat kuat itu. Apa agaknya yang telah menyelamatkannya, tanya Kak Zah? Tenang dia menjawab: "Dengan setiap langkah yang saya ambil semasa keluar dari rumah, saya berzikir. Selalu juga saya berada dalam keadaan berwuduk."
Kepada semua yang membaca tulisan Kak Zah kali ini, berdoalah bagi keselamatan kami semua di sini.
Posted at 01:50 pm by infojiboi
Permalink
Volkswagen dan Hyundai 'buru Proton'
Volkswagen dan Hyundai 'buru Proton'
Syarikat gergasi pembuat kereta Jerman, Volkswagen, berhasrat untuk memiliki saham dalam syarikat pembuat kereta nasional Malaysia, Proton, manakala Hyundai, badan daripada Korea Selatan, juga dikatakan berminat untuk menjalin kerjasama dengan Proton, ujar satu laporan semalam.
Akhbar kewangan The Edge memetik sebuah sumber rahsia berkata, Volkswagen bercadang untuk membeli 50 peratus dan seunit saham dalam Proton.
“Ia agak memeranjatkan,” sumber itu dipetik berkata, sambil merujuk kepada jumlah saham tersebut.
Sumber itu juga melaporkan bahawa Volkswagen berhasrat untuk mengambilalih pengurusan Proton.
Syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional merupakan pemegang saham terbesar Proton.
Laporan awal yang mengatakan bahawa Volkswagen mahu membeli 30 peratus saham telah membuatkan Khazanah pada Jumaat lalu menolak spekulasi tentang rancangannya untuk melepaskan pegangan majoritinya.
“Sebagai pemegang 42.7 peratus saham dalam Proton, Khazanah Nasional ingin menyatakan bahawa pada masa ini ia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk melepaskan semua mahu pun sebahagian daripada pegangannya dalam Proton,” katanya dalam sebuah kenyataan.
Khazanah juga menambah bahawa ia kekal komited dalam ‘usaha untuk meningkatkan operasi serta kedudukan strategik syarikat tersebut, termasuk perbincangan berterusan mengenai rancangan kerjasama dengan Volkswagen’.
Oktober lepas, Khazanah telah mengumumkan yang ia akan memasang dan menjual kereta Volkswagen di pasaran tempatan dan juga luar negara. Ini merupakan sebahagian daripada ‘perkongsian strategik jangka panjang’ yang akan membawa kepada perkongsian teknologi serta pembangunan model-model baru secara bersama.
Hyundai juga sedang merancang untuk mengadakan kerjasama strategik dengan platform dan kilang pemasangan Proton, The Edge melaporkan tanpa mengulas dengan lebih lanjut.
Proton satu masa dahulu pernah menjual enam daripada setiap 10 kereta di Malaysia, pasaran kereta terbesar di rantau ini.
Bagaimanapun persaingan daripada syarikat asing telah menjejaskan penguasaan pasarannya kepada 44 peratus pada tahun lepas berbanding 48 peratus pada tahun 2003.
Menurut statistik, Proton telah menjual 75,983 buah kenderaan pada setengah tahun pertama dalam tahun ini, iaitu 40 peratus daripada pasaran kereta di Malaysia. - AFP
Posted at 10:54 am by infojiboi
Permalink
Presiden PAS hantar ucapan takziah kepada kerajaan Saudi
Presiden PAS hantar ucapan takziah kepada kerajaan Saudi
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menghantar ucapan takziah kepada Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia atas kembali kerahmatullahnya Raja Fahd Ibn Abdul Aziz hari ini.
Surat ucapan takziah itu telah diserahkan kepada Duta Besar Saudi ke Malaysia, H.E. Hamed Mohammed Ali Yahya tengahari tadi.
"Kami dengan ini merakamkan ucapan takziah yang tidak terhingga kepada keluarga diraja Saudi, kerajaan serta rakyat Saudi atas perginya raja mereka.
"Kami berdoa agar roph Baginda diterima Allah dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman," kata Abdul Hadi dalam suratnya yang salinannya diserahkan kepada Harakahdaily petang ini.
King Fahd telah meninggal di hospital pagi tadi ketika berusia 84 tahun selepas 23 tahun memerintah negara yang terletaknya tanah suci umat Islam itu.
-ZS
Posted at 10:36 am by infojiboi
Permalink
Monday, August 01, 2005
October cabinet reshuffle? Malaysia PM makes his mark; cabinet revamp looms
October cabinet reshuffle? Malaysia PM makes his mark; cabinet revamp looms
(Reuters) - Malaysia may be headed for its biggest cabinet reshuffle in two decades as its unassuming prime minister pulls slowly but decisively away from the policies of his predecessor, Mahathir Mohamad, political analysts said.
Abdullah Ahmad Badawi took office in late 2003 but analysts and government insiders say he has only recently gained the political strength needed to shake up an entrenched cabinet that includes several ministers of more than 20 years' standing.
He could reshuffle his team perhaps in October, analysts say.
"He's now in a stronger position," said veteran political writer Zainon Ahmad. "He can't go on with the baggage of the past and I think the circle around him is growing impatient."
Abdullah started out in the deep political shadows of his predecessor, having been hand-picked as successor by Mahathir, who dominated politics for 22 years with his highly personalised brand of big-spending economics and quirky foreign policy.
Even after leading the ruling coalition to a record election win in March 2004 on a pledge to fight graft, Abdullah has only begun to stamp his authority on government and the ruling party, with both still bearing the seemingly indelible mark of "Dr M".
Ironically it is Mahathir who has finally given Abdullah his best chance to shape his own cabinet.
In recent weeks, Mahathir and one of his former proteges, Trade Minister Rafidah Aziz, have had a public falling-out over the national car maker, one of the most sensitive legacies of the former premier's drive to make Malaysia a rich country by 2020.
Rafidah, dubbed the "Iron Lady" of Malaysian politics and reputedly the world's longest-serving trade minister, burst into tears after Mahathir accused her of standing by while her ministry undermined the state-controlled car-maker, Proton Holdings Bhd , and allowed too many foreign car imports.
Mahathir had recently turned up the pressure on Rafidah by calling on Abdullah to reveal how many import permits had been handed out and to whom -- a request the latter quickly granted in what analysts called a political master-stroke.
The previously secret list, which showed that about a fifth of permits for this year went to firms owned by a few former government officials, wounded Rafidah politically but cemented Abdullah's reputation for transparency, analysts said.
LOOKING GOOD
"The only guy coming out smelling like a rose from all this is Pak Lah," said political analyst Abdul Razak Baginda, executive director of the Malaysian Strategic Research Centre.
"He seems to be very transparent and he is seen to be responsive ... Pak Lah is coming up very nicely on this one," he added, using the affectionate term by which Malaysians refer to the prime minister.
Rafidah is not the only senior minister seen to be fighting for her political life. Federal Territories Minister Mohd Isa Samad also faces possible exit after his suspension from the main ruling party, the United Malays National Organisation (UMNO), for vote-buying in internal party polls last year.
He denies the charge and is appealing against the suspension.
Three other cabinet ministers could also become casualties if an exit by Rafidah or Isa prompts a reshuffle, analysts said. The ministers for home affairs, information and higher education all lost out on top UMNO posts last year, weakening their positions.
In the event Rafidah, Isa and two or three other cabinet ministers are replaced, the reshuffle would amount to the biggest changing of the guard since 1987, when Mahathir dumped five senior ministers after a tumultuous power struggle within UMNO.
But the prime minister's biggest challenge will not be to mould his own cabinet team, analysts and a Western diplomat said. His defining political moment may come over the same issue that threatens Rafidah's career -- a row with Mahathir over Proton.
Abdullah has been dispassionate about Proton, listening to the previous chief executive's pleas for state assistance but not allowing them to dictate overall auto policy. When the CEO's contract was not renewed by the board last month, Abdullah did not intervene, despite public backing for the CEO by Mahathir.
Mahathir remains an adviser to the company and is passionate about its role as pillar of industrial policy, a way of building an indigenous engineering and manufacturing base, one that belongs to Malaysians rather than multinational car companies.
If Abdullah allowed a foreign car-maker, such as Proton's existing partner Volkswagen of Germany, to buy a major stake and gain management control over Proton, it could amount to a challenge to the heart of Mahathir's legacy, analysts said.
One of the premier's close supporters said the test could be a decisive political battle for Abdullah. "The prime minister is doing the right thing so it depends on how far Dr Mahathir wants to go in pushing this line (in defence of Proton)."
Posted at 05:01 pm by infojiboi
Permalink
Isu minyak: Rakyat perlu berani nilai persembahan BN
Isu minyak: Rakyat perlu berani nilai persembahan BN
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - Keputusan kerajaan menaikkan harga diesel 20 sen seliter dan petrol 10 sen amat tidak wajar memandangkan dalam masa yang sama pemimpin Umno mahukan agenda bangsa Melayu dan dasar ekonomi Melayu (DEB) dikembalikan semula.
Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata, tindakan itu membuktikan bahawa kerajaan BN tidak komited dalam usaha untuk membangunkan kepentingan bangsa Melayu sebagaimana yang dijanjikan dalam perhimpunan Umno, baru-baru ini.
Menurut beliau, tindakan menaikkan harga minyak itu merupakan satu musibah yang sangat besar, justru rakyat mesti berani membuat penilaian terhadap kerajaan BN.
Beliau menyeru supaya rakyat keluar daripada lingkaran pemikiran lama yang hanya memikirkan soal kepentingan diri sendiri sebaliknya mereka perlu melihat Malaysia dalam bentuk kepentingan bersama.
"Jangan sampai kerajaan sesuka hati mengambil tindakan atau kesempatan daripada kebaikan atau kemurahan hati rakyat," katanya.
Mengulas kenaikan minyak itu, Mahfuz yakin, harga barang-barang keperluan harian akan turut melambung sekaligus kos hidup rakyat akan meningkat.
Katanya, alasan kerajaan BN menaikkan harga minyak adalah disebabkan kesan kenaikan harga minyak antarabangsa, tetapi bukankah syarikat Petrolium telah memperolehi keuntungan yang besar.
Tambah beliau, keuntungan Petronas pada akhir Mac lalu sebanyak 58.03 bilion merupakan keuntungan tertinggi dengan lonjokan 55 peratus dan telah membawa pulangan yang besar kepada kerajaan.
Mahfuz kesal dengan alasan pemimpin BN yang mengatakan, jika harga minyak tidak dinaikkan harga minyak di Malaysia akan menjadi lebih rendah daripada negara jiran dan akan berlaku penyeludupan.
"Saya melihat kenaikan harga minyak disebabkan ketidak upayaan pengurusan kewangan kerajaan. Pengurusan kewangan negara tidak cekap," katanya.
Beliau menjelaskan, misi Petronas adalah untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat tetapi kerajaan sebaliknya telah menyalahgunakan kuasa dengan menekan kehidupan rakyat.
Katanya, Petronas telah melakukan yang terbaik tetapi kerajaan BN yang tidak cekap hingga ada unsur-unsur penyelewengan serta rasuah, telah menyebabkan keuntungan Petronas tidak dapat dimanfaatkan untuk rakyat. - mns
Posted at 03:57 pm by infojiboi
Permalink
Rafidah serang Mahathir dalam mesyuarat MITI - Ezam
Rafidah serang Mahathir dalam mesyuarat MITI - Ezam
 |
KULIM - 30 Julai: Datuk Seri Rafidah Aziz dikatakan menyerang bekas mentornya, Tun Mahathir Mohamed berkaitan isu AP dalam mesyuarat pos-kabinet antara beliau dengan kakitangannya baru-baru ini.
Menurut Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd Noor, maklumat itu diperolehinya daripada sumber MITI sendiri.
Dalam mesyuarat tersebut Rafidah dikatakan mendedahkan penglibatan Mahathir dalam pengagihan saham bumiputera kepada parti Gerakan.
Orang kata saya tidak kenang jasa Perdana Menteri (Mahathir).
|
Mereka kata sepatutnya saya telah didakwa berdasarkan pendedahan Ezam dahulu, tetapi Mahathir pertahankan saya. Sekarang saya lawan Dr. Mahathir, orang kata saya tidak kenang jasa Dr. Mahathir,” jelas Rafidah.
“Saya hendak beritahu tuan-tuan, yang Mahathir pertahankan bukan saya tetapi yang dipertahankan dirinya sendiri.”
“Tuan-tuan tahu, bukan menantu saya sahaja yang dapat, sepatutnya menantu saya dapat RM7 – RM8 juta, tetapi Mahathir telefon suruh saya berikan (saham bumiputera ) kepada parti Gerakan.”
Menurut Rafidah, perkara itu hanya diketahui oleh beliau, Lim Keng Yaik dan Mahathir.
“Sebab itu apabila Ezam dan Anwar buat pendedahan itu, (rasuah Rafidah) Mahathir cepat-cepat mengarahkan kes itu ditutup,” katanya.
Menurut Rafidah, Mahathir bukannya mahu mempertahankan dirinya tetapi mahu mempertahankan apa yang bekas Perdana Menteri telah lakukan.
Ezam mendedahkan perkara itu ketika berceramah di Kampung Sungai Badak di sini, Sabtu.
Sehubungan itu, Ezam mencabar Perdana Menteri, Abdullah Badawi menyiasat perkara berkenaan.
“Kalau Abdullah benar-benar mahu bersih, mahu menentang rasuah, mahu kononnya mengangkat martabat dan agenda Melayu, kita cabar beliau untuk siasat semua ini,” katanya.
Ezam menggesa Abdullah melakukan perubahan dengan menubuhkan suruhjaya bebas dan meminda akta rasuah, memberikan kuasa sepenuhnya kepada BPR untuk menyiasat dan mendakwa mana-mana menteri yang rasuah seperti mana di Indonesia atau Thailand.
“Tetapi mengapa kuasa ini tidak boleh diberikan kepada BPR di Malaysia? tanya Ezam.
Ezam turut mencabar Datuk Seri Rafidah Aziz mempelawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) atau meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat dirinya bagi membersihkan namanya.
“Tetapi saya yakin beliau tidak akan berbuat demikian kerana beliau tidak ada kekuatan moral. Beliau memang terpalit dengan cukup banyak persoalan penyalahgunaan kuasa dan rasuah,” kata Ezam.
Penyalahgunaan kuasa Rafidah menurut Ezam, bukan sekadar persoalan AP tetapi termasuk persoalan peruntukan saham bumiputera.
Ezam turut merujuk kembali kertas siasatan BPR yang pernah didedahkannya tentang penyalahgunaan kuasa Rafidah.
Beliau juga menggesa Umno untuk menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat semua pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru semenjak ianya dilaksanakan.
“Persoalannya sekarang bukannya masalah tiada semangat DEB, tetapi persoalan pelaksanaan yang tidak telus dan bertanggungjawab. Jika Umno mahu mewujudkan agenda baru, mereka perlu selesaikan dahulu agenda lama.”
Katanya suruhanjaya bebas itu perlu menyiasat semua kuasa yang diberikan melalui kementerian yang menjurus kononnya untuk mengangkat martabat bangsa Melayu.
“Saham di MITI, AP, kementerian kewangan, kontrak, semuanya harus disiasat suruhanjaya bebas secara telus dan terbuka dan diwartakan kepada rakyat sebelum apa-apa agenda baru dibuat.”
Menurut Ezam, jika perkara sepenting itu kerajaan tidak dapat lakukan tidak mungkin akan berlaku perubahan dalam pentadbiran negara.
“Itu semua hanya retorik pemuda Umno, khususnya Khairy Jamaluddin yang hanya untuk mendapat tempat di kalangan orang-orang Melayu, tidak lebih daripada itu,” katanya.
Zulkifli Mohamed
Posted at 02:59 pm by infojiboi
Permalink
Sunday, July 31, 2005
Bilakah Rafidah Akan Siapkan Teks Ucapannya Utk Tipu Media Ttg AP ?
Bilakah Rafidah Akan Siapkan Teks Ucapannya Utk Tipu Media Ttg AP ?
"Saya sedang meneliti semua laporan,laporan akhbar dan saya akan menjawabnya, saya berada diluar negara,baiklah terima kasih" (Buletin Utama,TV3, 29 Julai 2005)
Begitulah keadaan Rafidah Aziz menjawab soalan para pemberita tentang AP. Ketika jawapan itu dilafazkan, Rafidah sedang kelam-kabut memicit dan mencari pintu lif bagi melepaskan dirinya dari para pemberita,sedangkan pintu penyelesaian masalah yang menghantui dirinya masih belum lagi ditemui !
Apa yang menjadi tanda tanya disini adalah buat apa Rafidah meneliti laporan terlebih dahulu sebelum menjawab persoalan AP yang sedang hebat diperkatakan seantero Malaysia mutakhir ini ? Sebelum ini, Rafidah dengan 'yakin'nya bersumpah dengan al-quran bahawa dia berada di pihak yang benar.Kini setelah Dr M mengeluarkan kenyataan bahawa Rafidah Berbohong, tiba-tiba sahaja dia mati akal untuk menafikannya.
Pak Lah yang sebelum ini menyokong serta 'berpuas hati' dengan penjelasan Rafidah semasa Perhimpunan Angguk-Angguk sebelum ini juga senyap seribu bahasa! Saya percaya Rafidah kini sedang 'bermesyuarat' dengan semua konco-konconya bagi menulis 'teks ucapan' yang paling jitu bagi menjawab tuduhan Dr M itu. Logikkah Rafidah mendakwa dia berada diluar negara ketika Dr M memberi penjelasan tentang penyelewangan ucapan Rafidah mengenai AP, seolah-olah dunia IT sekarang ini belum wujud. Paling tidak pun, selaku YB Menteri, pasti setiausaha sulitnya akan memberitahu segala perkembangan yang berlaku di Malaysia terutama isu-isu yang berkait dengan dirinya !
Berapa harikah lagi Rafidah boleh menyiapkan teks ucapan menipunya untuk dipaparkan kepada pihak media ? Sama-samalah kita tunggu. Realitinya Pak Lah masih 'berlagak' kepada warga Malaysia bahawa iklim pemerintahannya setelah diambil alih dari Dr M masih lagi berdaya maju, sedangkan pelbagai isu menunjukkan bahawa ekonomi negara sedang mengalami masalah mutakhir ini. Raut wajah Dr M ketika mengadakan sidang akhbar tempoh hari telah menerangkan segala-galanya. Sedar atau tidak ketika sidang akhbar itu berlangsung Dr M ada memberitahu kekesalannya tentang kewangan negara yang teruk sejak kebelakangan ini.
Sampai bilakah warga Malaysia yang sanggup menerima 'habuan' beratus ringgit dari pihak BN ketika PRU sedang berlangsung mahu terus dengan perangainya? Nampaknya inilah perangai melayu yang masih susah dikikis hingga kini. Perangai melayu yang mahu cepat kaya serta maju kononnya dibawah Pak Lah telah terjawab kini setelah Malaysia mengalami kenaikan harga minyak sebanyak 3 kali dalam masa setahun dan bakal naik sekali lagi di dalam masa yang terdekat. Akibatnya para penyokong BA juga terpaksa menanggung akibat yang sama.
"Penyokong BN ni memang menyusahkan orang, kalau dia orang sahaja yang tanggung kesengsaraan ini, tak apalah jugak".
"Cuba bagi pemimpin BA pulak yang perintah Malaysia, Ini belum apa-apa dah takut".
Sekian.
Posted at 02:39 pm by infojiboi
Permalink
Harga Minyak Naik Sekali Lagi Serta-merta!
Harga Minyak Naik Sekali Lagi Serta-merta!
Selepas satu, satu krisis yang timbul di bawah pemerintahan Malaysia
mutakhir ini. Setelah isu AP yang langsung membuatkan Rafidah dan
Pak Lah kelu seribu bahasa, kini satu lagi igauan buruk menghantui
Malaysia. Sudahlah harga barangan yang wujud di Malaysia baru
sahaja 'kebah' dari 'demam' kenaikan harga, sekarang ini demam naik
harga akan melanda Malaysia sekali lagi.
Ini memandangkan hari ini(Sabtu, 30 Julai 2005) kerajaan mengumumkan
kenaikan harga minyak yang mana menurut kenaikan terbaru itu, harga
runcit petrol premium (RON 97) di Semenanjung ialah RM1.62 seliter,
petrol regular (RON 92) RM1.58 seliter, diesel RM1.281 seliter dan
LPG RM1.45 se kg.
Manakala di Sabah dan Sarawak harga runcit baru RON 97 ialah masing-
masing RM1.60 dan RM1.61 seliter, RON 92 RM1.58 di kedua-dua negeri,
manakala diesel RM1.284 dan RM1.278 seliter manakala LPG RM1.53 sen
se kg di kedua-dua negeri.
Sesungguhnya ketahuilah wahai warga Malaysia sekalian bahawa
kenaikan harga runcit minyak pada kali ini adalah harga runcit
diesel= 20 sen, petrol=10 sen dan gas petroleum cecair (LPG)=5 sen
dan kenaikan ini berkuatkuasa mulai Ahad. Saya percaya sambil-sambil
warga Malaysia yang asyik melihat siapakah yang tersingkir di dalam
AF di Astro tadi akan tercengang tidak terkata dengan kenaikan ini.
Sebab musabab kenaikan ini masih menggunakan 'modal' yang sama
dengan yang sebelumnya iaitu ketidakmampuan kerajaan untuk
menanggung bebanan subsidi petroleum yang makin meningkat kepada
angka RM6.63 bilion pada akhir tahun ini.
Namun sedikit kelegaan berlaku pada harga ikan selepas ini kerana
kerajaan telah mengumumkan kenaikan paras subsidi kepada nelayan
dari 44.1 sen kepada 64.1 sen iaitu pertambahan sebanyak 20 sen
seliter. Melalui tindakan itu nelayan akan dapat membeli diesel
subsidi dengan harga lingkungan RM1.20.
Nampaknya keuntungan dari pelbagai sumber pendapatan negara yang
digembar-gemburkan sebelum ini masih tidak mampu untuk menyelamatkan
kita pada kali ini. Pak Lah pada suatu ketika dahulu dengan nada
lantangnya menerangkan kepada rakyat seantero Malaysia bahawa
keuntungan yang didapati dari keuntungan negara adalah untuk
pembangunan dan pelaburan semata-mata. Kononnya daya pergerakan daya
saing negara akan terbantut sekiranya kerajaan berterusan memberi
subsidi minyak kepada rakyat!
Maka, tunggulah pesta kenaikan harga yang akan melanda Malaysia
selepas tarikh 31 Julai 2005 ini !
Posted at 01:23 pm by infojiboi
Permalink
Najib perlu bertanggungjawab kegagalan projek RM5.4 billion
Najib perlu bertanggungjawab kegagalan projek RM5.4 billion
SEBERANG JAYA: Persidangan Agung Umno lalu disifatkan pentas menipu rakyat khususnya Melayu. Umno dikatakan berselindung di sebalik isu AP dan semangat DEB untuk menonjolkan mereka sebagai pembela bangsa.
Menurut Pengerusi Perhubungan Keadilan Pulau Pinang, Dato’ Zahrain Mohamed Hashim, selain isu AP ada isu besar lain yang sengaja diabaikan perwakilan Umno.
“Mengapa isu kegagalan projek pembinaan limbungan dan kapal peronda Generasi baru (NGPV) tidak menjadi isu dalam persidangan Umno?”
“Sepatutnya kegagalan projek RM5.4 billion itu perlu diperjelaskan oleh Datuk Seri Najib selaku Menteri Pertahanan.”
“Tetapi apa yang berlaku, tidak ada seorang pun perwakilan Umno yang berani membangkitkan isu besar ini,” katanya.
Pada sidang media 15 Julai lalu, Pengerusi Jawatankusa Kira-kira Awam (PAC) Datuk Shahrir Abdul Samad, mendedahkan projek seliaan Kementerian Pertahanan yang bernilai RM5.4 billion, di Lumut, Perak itu gagal dan mencadangkan kerajaan membatalkan projek berkenaan.
Projek yang bermula pada 2001 sepatutnya menyiapkan dua daripada enam kapal peronda pada 2004 dan menyerahkannya kepada TLDM.
Namun, kapal itu bukan sahaja gagal disiapkan malah mengalami pelbagai masalah pengurusan termasuk tuntutan hutang daripada 40 syarikat yang menjadi vendor dan kontraktor pembinaan berjumlah RM80 juta.
“Projek itu juga kononnya diberikan kepada kontraktor yang berkemampuan dan berwibawa, tetapi apa berlaku akhirnya?” soal Zahrain.
Menurutnya lagi, isu perkauman yang dimainkan dalam persidangan Umno itu hanyalah permainan wayang Umno sejak dulu.
“Umno mendakwa mereka mempertahankan hak Melayu, semua ini pembohongan besar. Yang hendak Umno pertahankan hanyalah kepentingan individu-individu tertentu.”
Katanya Umno membangkitkan isu AP atau soal pengagihan kontrak tertentu dengan berselindung di sebalik semangat DEB.
Umno menurut Zahrain, menyalahgunakan hasrat murni DEB mengagihkan kontrak-kontrak tertentu termasuklah pemberian AP secara tidak betul.
“Mereka mendakwa kononnya kontrak hanya diberikan kepada kontraktor bumiputera berwibawa, padahal realitinya semua itu hanya untuk memperkayakan pemimpin-pemimpin tertentu.”
“Rakyat usah tertipu dengan omongan kosong pemimpin Umno,” jelas bekas Pengerusi Eksekutif Pelabuhan Pulau Pinang.
Posted at 01:10 pm by infojiboi
Permalink
|
|
|