|
|
Friday, August 05, 2005
Tarif elektrik naik: Kerajaan digesa jangan layan TNB
Tarif elektrik naik: Kerajaan digesa jangan layan TNB
PULAU PINANG, 5 Ogos (Hrkh) - Kerajaan disaran jangan melayan cadangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan tarif baru elektrik kerana rakyat telah dibebani dengan pelbagai kenaikan dalam masa terdekat, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar.
Katanya lagi, kenaikan itu secara langsung akan menekan rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah.
"Usah layan cadangan TNB itu kerana rakyat baru sahaja menerima kenaikan harga minyak, barangan keperluan, tol dan sebagainya. Ini satu penyeksaan, " jelas beliau.
Menurutnya, semakan tarif 10 tahun sekali tidak boleh dijadikan alasan untuk menerima cadangan itu.
Menyentuh mengenai janji TNB tidak membebankan rakyat dilihat sementara sahaja kerana selepas beberapa bulan rakyat akan menerima kesan seperti juga terhadap isu minyak dan tol.
"Janji sekadar hiasan bibir selepas beberapa bulan barulah keadaan akan terasa, " jelasnya.
Memandangkan TNB ada hubung kait dengan kerajaan maka PAS berpendapat cadangan tersebut haruslah dilupakan. Jika tidak bermakna kerajaan tidak prihatin terhadap masalah rakyat.
Lagipun sambungnya, deposit yang diambil oleh TNB tidak pun dirasai oleh pengguna sebaliknya digunakan oleh TNB sepenuhnya untuk mengaut keuntungan.
"Contoh deposit pengguna TNB, rakyat tidak merasai apa-apa keuntungan sebaliknya dibebankan dengan kenaikan demi kenaikan. Sepatutnya keuntungan deposit diagihkan supaya pengguna dapat menikmati faedah bersama, " ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat.
Kata beliau, kerajaan wajar menguruskan ekonomi negara dengan bijak menerusi berbagai cukai seperti keuntungan Petronas yang dianggarkan RM32 bilion, Telekom, TNB dan seumpamanya.
Tapi malangnya, cukai yang boleh digunakan untuk menambah subsidi harga minyak untuk kepentingan rakyat tidak dilaksanakan.
"Apa yang kita lihat keuntungan Petronas dibangunkan dengan Litar Formula 1, Telekom dengan Le Tour Langkawi di mana rakyat hanya lihat manakala orang luar memperolehi keuntungan, " jelas beliau.
Tambahnya lagi, kesan kenaikan harga minyak petrol sebanyak 10 sen sebelum ini telah menyebabkan harga tepung meningkat sebanyak 40 sen dan baru-baru ini dengan kenaikan 20 sen tidak mustahil harga tepung akan meningkat kepada 80 sen di pasaran.
"Hasilnya nanti, kuasa pembeli akan kurang sekaligus wujudnya tekanan inflasi kepada rakyat,"katanya. - mks.
Posted at 02:16 pm by infojiboi
Permalink
Poligami: Nasihat Tok Guru
Poligami: Nasihat Tok Guru
Akhbar NST hari ini memuatkan kunjungan MB Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat ke Hospital Kota Bharu bagi menziarahi beberapa orang pesakit termasuklah seorang Lans Kopral dari Kem Pengkalan Chepa yang telah disiram dengan asid kerana dikatakan berhasrat berkahwin seorang lagi.
Semasa ditemui pemberita Tok Guru menyatakan sebagaimana dilaporkan oleh NST:
Those who wanted to practise polygamy must first obtain their wives permission before taking another spouse, he said. A wife cannot be likened to a domestic helper whom he can just leave in the lurch,
Mereka yang mahu mengamalkan poligami seharusnya mendapatkan keizinan dari isteri masing-masing terlebih dahulu. Seorang isteri tidak boleh diumpamakan bagai pembantu rumah yang boleh ditinggalkan sewenang-wenangnya.
A man who wants to take a second wife for whatever reason must be sensitive to his first wifes feelings about his decision. Nik Aziz also said men who wanted to lead a polygamous life must be fair to their wives. They must also be financially able.
He said, more importantly, they must understand that women could be emotional on certain matters. A womans heart is like a glass, very fragile and easily shattered. Husbands must learn how to take care of them.
 |
| Tok Guru, Husam & Ustaz Hassan di Hospital KB |
Seseorang suami untuk apa sahaja sebab, yang inginkan isteri kedua perlulah sensitif terhadap perasaan isteri pertama tadi. Kata Nik Aziz lagi seseorang yang mahukan hidup berpoligami wajib berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Dan mereka perlulah mampu dari segi kewangan.
Dan yang lebih penting lagi kata beliau, mereka mestilah memahami yang seorang wanita itu pasti emosional dalam hal-hal tertentu. Hati seorang wanita ibarat kaca, perlu berhati-hati dan mudah berkecai. Suamilah yang perlu belajar bagaimana memeliharanya.
Demikianlah pandangan ikhlas dan jujur dari seorang ulamak dan pemimpin. Ulasan yang sungguh padat dan penuh pengajaran ini perlulah mendapat perhatian semua pihak termasuklah badan-badan NGO wanita.
Inilah Tok Guru Nik Aziz yang dikatakan sering prejudis dan merendahkan martabat wanita itu. Berdasarkan kenyataan di atas jelaslah bagaimana pendirian dan sikap sebenar beliau yang sering dipandang negatif oleh banyak pihak.
Dalam erti kata lain sungguhpun Islam membenarkan poligami namun syarat-syarat yang perlu dipatuhi serta kelayakan yang perlu dipenuhi adalah berat dan bukan mudah. Dan yang lebih penting lagi sebagaimana disarankan oleh Tok Guru lebih baiklah pihak suami memahami dan menyelami terlebih dahulu perasaan isterinya sebelum bertindak membuat sesuatu keputusan yang melibatkan amalan berpoligami.
:.Roslan
Posted at 02:11 pm by infojiboi
Permalink
Thursday, August 04, 2005
Sejarah orang melayu islam di Malaysia
Sejarah orang melayu islam di Malaysia
Bila disebut perkataan orang Melayu ia bermakna kelompok manusia yang menghuni tanah Nusantara dari Aceh , Tanah Melayu , Borneo , Mindanoa hingga ke Sulawesi.Kulit manusia melayu berwarna sawo matang dan bahasa lingua franca ialah Bahasa Melayu. Yang penting nya ugama mereka ialah ugama Islam. Kalau di Malysia , ciri orang Melayu ialah berugama Islam.Islam nya orang Melayu adalah secara keseluruhan bermula dari Aceh atau Perlak , berkembang ke Melaka , Pattani dan Johor.Dari sumatra orang Melayu mencapak ugama hindu mereka , membuang patung hindu nenek moyang mereka dan sujud kepada Allah.
Orang Melayu mencapai zaman kegemilangan nya di Aceh , Melaka dan Johor. Mereka menjadi saudagar , pelayar dan perwira islam yang kental.Nama Melayu sinonim dengan Orang islam berkulit sawo matang . Penjajah ada memanggil mereka jungle arab kerana mereka taat pada Islam macam orang Arab tapi duduk di kawasan pokok menghijau.Setiap bangsa lain yang berugama bukan Islam , terpaksa senyum rendah diri bila melihat orang Melayu di pasar Melaka , di bandar Johor atau di pelabuhan Aceh.
Masa berlalu . Kita dijajah oleh Portugis , Belanda , Inggeris , Jepun dan Siam.Sungguh sedih sekali. Portugis menggali batu nesan orang melayu untuk membuat kubu A formosa. Belanda memerintah dengan kejam di Indonesia. Inggeris bekerja keras memurtadkan mereka. Jepun menempeleng mereka dan Siam membakar bandar mereka. Dalam kekalutan ini ulama' mengembeling orang melayu menentang penjajah di indonesia , makasar , tanah melayu dan aceh. Kalah menang silih berganti namun penjajah masih tetap berkuasa.
Apabila British sudah penat berperang dengan german dan jepun , mereka mahu melepaskan tanah jajahan. Orang melayu Tanah Melayu mahu kembali kepada pemerintahan Islam namun UMNO mahu meneruskan sistem secular british.Sudah tentu British melepaskan tapak kuasa politik kepada golongan secular melayu dibawah Tengku Abdul Rahman putra al haj , anak melayu secular yang mengambil undang british sebagai the law of the land . Disinilah UMNO mula bertapak di dalam masyarakat melayu dengan menggunakan polisi gadai , gadai untuk terus memerintah. Tanpa mengindahkan sifat asli orang melayu yang kuat Islam , UMNO dibawah slogan Melayu Modern terus mengsekularkan orang melayu. Sekolah melayu adalah sekolah sekular dan undang undang orang melayu disekularkan. Filem dan hiburan dihidangkan.Atas nama musuh politik semua yang berwajah Islam dimusuhi sehingga sebahagian orang melayu menjadi benci pada Islam.
UMNO terus menang pilihan raya dengan menggunakan tactic , deislamisation of malay. Melayu yang lemah kefahaman islam akan terus menyokong parti secular UMNO. Surat Khabar di monopoli , media di monopoli , sekolah di monopoli dan semua jawatan penting kerajaan berada di tangan melayu sekular.UMNO kukuh diatas air mata orang melayu. Menghisap habis kesabaran orang melayu , memutuskan urat gagah orang melayu dengan hiburan dan anggan angan. Merosakkan aklak pemuda melayu dengan budaya jahiliyah melayu yang diberi nafas ala budaya barat.
Semakin UMNO memerintah semakin mahir sekular melayu ini menyalahgunakan kuasa.Kemuncak kebiadaban melayu berlaku apabila seorang melayu perpendidikan socialist memasuki UMNO bernama Mahathir.Mahathir adalah Melayu sekular yang berani menentang arus.Bagi Mahathir , melayu mundur kerana terlalu taasub kepada islam.Melayu mundur kerana terlalu careful dengan halal dan haram. Mahathir menggunakan duit petroleum untuk membuat projek besar untuk menaikkan imejnya sebagai the father of modern malay.Orang melayu menentang arus secular mahathir tetapi mahathir menggunakan segala kuasa untuk menyekat kebangkitan semula islam dikalangan orang melayu. Apabila mahathir sudah tua , beliau tidak lagi digemari oleh orang umno sendiri yang turut mahu menjadi menteri. Mahathir mengundur diri dengan tangisan tetapi masih memegang petronas dan campur tangan dalam urusan kerajaan.
Dollah Badawi adalah pemimpin UMNO yang dipilih oleh mahathir untuk menggantinya walaupun ia tidak sehebat mana dimata mahathir. Dollah Badawi masih berada dibawah bayangan kuku Mahathir sehinggan kes AP rafidah meletup. Jelas Mahathir lebih pentingkan dirinya dari segalanya. Pertempuran Rafidah dan mahathir meruntuhkan krediblity mahathir dan membuka korupsi rafidah dalam MITI. Dollah Badawi adalah melayu secular yang bertopeng dibawah slogan Islam . Nama Islam hadhari di laungkan untuk memberi ketenangan kepada orang melayu bahawa menolak syariah adalah OK . Dalam masa era Islam Hadhari inilah , Dollah mengarah Masjid Bujal di buang dalam tong sampah. Orang bukan Islam yang melihat kelemahan orang melayu islam mula bangkit dari kerusi dan naik atas kerusi mendesak perkara yang sensitif berkaitan islam , shariah dan hak menjaga ugama anak anak . Dua pengkianat melayu , Nazri dan Shahrizat adalah diantara mereka yang paling jahat yang pernah wujud. Mereka menandatangani usul Interfaith Commision yang akan meranapkan Islam dari hidup orang melayu. Semuga mereka berdua dilaknat Allah.
Kemana arah orang melayu dengan belianya menghisap dadah , menggangur , meminum arak , memakan duit kerajaaan , salah guna kuasa , menjadi proxy orang bukan islam dan menjadi musuh kepada orang melayu sendiri. Apa kah ada sebab lagi kah UMNO menjadi terus pemegang amanah orang melayu di Tanah Melayu yang dicintai ini apabila sudah jelas mereka mengkhianati mereka. .Hanya Allah Maha mengetahui.
Posted at 04:27 pm by infojiboi
Permalink
Rahim Noor minta maaf kepada Anwar
Rahim Noor minta maaf kepada Anwar
 |
KUALA LUMPUR, 3 Ogos - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor meminta maaf secara terbuka dari bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Permohonan maaf itu dibacakan oleh peguamnya di Mahkamah hari ini dan menyebabkan kes itu diselesaikan di luar mahkamah | Kami difahamkan ia diselesaikan dengan permohonan maaf dari Rahim Noor itu dan Anwar akan menerima sejumlah bayaran ganti rugi tetapi tidak diketahui jumlahnya dan pihak mana yang akan membayarnya.
Menurut peguam Anwar, Gobind Singh Deo, Peguam Rahim membacakan permohonan maaf itu di mahkamah terbuka hari ini.
Anwar menyaman Kerajaan Malaysia dan Ketua Polis Negara ekoran tragedi 'Mata Lebam' yang dialami Anwar ketika di tahan oleh polis selepas beliau dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri 1998 lalu.
Suruhanjaya Bebas yang dibentuk selepas itu mengesahkan Rahim yang memukul Anwar dalam lokap di Bukit Aman sehingga matanya lebam.
| Rahim juga telah dijatuhkan hukuman penjara sebelum ini.
"Kami hanya boleh menyebut sejumlah wang akan dibayar kepada Anwar manakala Rahim akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Anwar dan keluarganya," kata Gobind.
Anwar dikatakan menerima kedua-duanya dan telah menarik balik samannya itu dan bersedia melupakan segala yang telah berlaku ke atas dirinya itu.
Gobind juga mengesahkan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan kerajaan tidak akan memohon maaf tetapi hanya Rahim sahaja.
"Nampaknya Anwar melihat permohonan maaf dari Rahim itu jujur dan gembira dengannya," kata Gobind lagi.
Bagaimanapun, Gobind menegaskan, kliennya membuat saman ini bukan kerana wang tetapi ingin memberitahu pasukan polis tindakan (Rahim) itu tidak wajar dan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. |
 |
Posted at 12:19 pm by infojiboi
Permalink
Persoalan yang hanya mampu dijawab oleh rakyat Malaysia sendiri
Persoalan yang hanya mampu dijawab oleh rakyat Malaysia sendiri
Fikirkan persoalan dibawah ini
1. Kenapa bila ditanya oleh wartawan asing mengenai kesan kenaikan harga minyak ke atas ekonomi negara, jawab pemimpin Malaysia adalah "Kita tidak akan mengalami masalah kerana Malaysia ialah sebuah negara pengeluar untuk petroleum (hasil eksport melebihi kos import untuk minyak)".
2. TETAPI bila rakyat tanya pemimpin kenapa harga petroleum dinaikkan, jawap pemimpin, "Adalah tidak adil untuk kerajaan menanggung subsidi untuk harga minyak yang diimport untuk kegunaan rakyat. Lebih baik kita channel wang tersebut kepada pembangunan negara seperti membuat jalanraya,hospital dll.".
 |
3. Kenapa nasib rakyat Malaysia tidak senasib dengan rakyat Brunei yang sama-sama dianugerahkan dengan minyak tetapi tidak dapat manfaat walau sedikit pun dari hasil tersebut. Adakah keuntungan dari ekspot Petroleum tadi menjadi kurang apabila diambil sedikit hasilnya untuk manfaat rakyat seperti memberi sedikit subsidi untuk harga petrol?
4.SEBALIKnya adakah adil kiranya penggunaan wang hasil dari export Petroleum digunakan untuk menyuntik dana ke dalam bank yang rugi akibat 'mismanagement'? Bukan itu sahaja malah rakyat Malaysia juga terpaksa menanggung beban bagi menampung "national pride" seperti Proton. |
5. Sedarkah kita bahawa separuh dari gaji bulanan rakyat Malaysia digunakan untuk membayar installment bulanan kereta nasional. Itu belum lagi dikira dengan bebanan hutang lain seperti pendidikan, rumah, tambang dan tol yang tak ada rasional dan jawapan munasabah atas kenaikannya.
6. Bila isu AP tersebar, tahukah kita betapa harga kereta import terlalu murah jika dibandingkan dengan harga kereta nasional dan adakah adakah kita patut merasa bangga kerana negara kita "mampu" membuat kereta? Adakah negara seperti Austria, Norway, Finland, Kanada, Denmark, Switzerland, Taiwan dan bayak lagi negara maju lain tidak "mampu" membuat kereta yang menyebabkan mereka tidak mempunyai projek kereta "nasional"?
7. Adakah anda berpendapat bahawa rakyat dan kerajaan Britain "tidak mampu" menanggung beban kewangan syarikat Jaguar, Bentley, MG, Rover, RollsRoyce, Lotus dll. sehingga mereka "menggadaikan maruah" negara dengan membenarkan syarikat asing memiliki stake dalam syarikat-syarikat tersebut? Adakah negara Malaysia meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan yang lain? Kalau tidak masakan rakyat terpaksa menanggung harga kereta nasioanal yang mahal berbanding dengan kerata import lain.
8. Tahukah kita bahawa hasil mengamalkan dasar polisi terbuka untuk industri automotif telah menyebabkan kerajaan Thailand telah berjaya menarik syarikat asing seperti Honda, GM,Ford, BMW dan sebagainya ke negara tersebut untuk membuka kilang dan pusat R&D masing-masing. Jika projection (jangkaan) Proton diambil kira, menjelang tahun 2010, Proton akan berjaya mengekspot 45,000 buah kereta. Sedangkan Thailand pula akan berjaya mengekspot 250,000 buah kereta. Walaupun kereta yang diekspot dari Thailand adalah berjenama Honda, Chevrolet, Toyota, Ford dll., kandungan bahan tempatan (Thai contents) di dalam kereta tersebut mencapai sehingga 85%. Sedangkan kereta yang diekspot oleh Proton pula, walaupun berjenama dan logo tempatan(kepala harimau disembelih), kandungan tempatan (local contents) belum tentu boleh mencapai figure setinggi tersebut.
9. Adakah anda tahu bahawa di Britain, harga kereta Waja sekitar 8 ribu pound sterling. Dan gaji purata seorang eksekutif yang berumur 30-an tahun di Britain ialah sekitar 5 ribu pounds. Waja untuk edisi ekspot mempunyai 4 airbags, ABS dan pelbagai ciri keselamatan. Full warranty (body,engine, gearbox and everything) untuk kereta Proton di Britain ialah tiga tahun. Dalam masa tiga tahun ini, setiap komponen kereta yang rosak (kecil atau besar) akan ditanggung oleh Proton. Warranty untuk enjin dan gearbox pula ialah enam tahun (sepanjang hayat kereta). Bertapa untungnya jika saudara-mara Tony Blair, Michael Howard, Jack Straw atau sesiapa jua mat saleh di UK memiliki Waja berusia 5 tahun, kemudian enjin atau gearbox tidak berfungsi, Proton akan menggantikan komponen terbabit secara FREE. Menurut majalah "car review" di UK, tiada pembuat kereta lain di dunia ini yang memberi warranty sebegitu komrehensif dan menarik kepada pembeli. Tidakkkah kita fikir siapakah sebenarnya "hamba abdi" yang menanggung kos terbabit? Rakyat Negara manakah sebenarnya yang menanggung beban kewangan (dan bebanan mental) untuk mambayar harga bagi memberi keselamatan dan keselesaankepada pembeli kereta Proton di UK?
10. Tidakkah kita terfikir bahawa keselamatan rakyat Malaysia terabai hanya kerana hendak menanggung kos "kebanggaan negara" sehinggakan akibat dari tekanan kewangan rakyat Malaysia terpaksa menggunakan scrap metal (kereta potong) `half cut' yang dibawa masuk ke Malaysia dan juga besi buruk yang dibuang oleh pengguna di Jepun, Singapura dan Eropah dibawa masuk ke Malaysia untuk diguna pakai oleh rakyat Malaysia.
11. Tahukah kita bahawa Di Malaysia, syarikat asing hanya membuka assembly plant (tempat pemasangan) untuk kenderaan mereka dengan mempunyai satu tujuan sahaja,iaitu menjadikan keluaran mereka status CKD (complete knockdown) supaya cukai boleh dikurangkan. Sedangkan kesemua mould dan expertise telah siap di-developed di Thailand atau Jepun. Sebagai contoh kereta Honda City ialah contoh product Thailand. Ia dibina dari scratch di Rayong, Thailand. Komponen-komponen kemudian dibawa ke Malaysia, Filipina, Indonesia untuk pemasangan. Kereta yang siap dipasang di Thailand diekspot ke seluruh dunia termasuk Jepun! Tiada satu Honda City yang dipasang di Jepun. Honda City di Jepun ialah sebuah kereta CBU dari Thailand. Kita boleh bayangkan bilangan pekerjaan (job creation) untuk rakyat yang terhasil dari dasar automotif Thailand berlipat-lipat kali ganda jika dibandingkan dengan Malaysia. Malah Thailand telah dikenali sebagai "Detroit of Asia" and soon will join the league of Japan and South Korea as world-class car producers.
12. Tahukah kita bahawa hanya rakyat Malaysia (terutamanya Melayu) sahaja yang menjadi seperti"vulture" atau gagak yang merobek-robek longgokan sampah besi buruk yang dilusuh (scrap) oleh penduduk negara lain. Di dalam longgokan sampah sarap besi buruk inilah rakyat Malaysia menjumpa alternator, pulley, pump dan sebagainya. Itu pun harganya bukanlah semurah yang disangka. Jika alternator yang baru kosnya RM1000, Ah Leong atau Chong di kedai potong(half cut) tadi akan menjual kepada kita barangan buangan tadi pada harga sekitar RM550. Jika selepas seminggu menggunakan barang buruk dan terbuang tadi, ia menjadi rosak, kita sendiri yang menanggung kerugian. Ini kemudiannya akan menyumbang pula kepada statistik pesakit mental.
13.Adakah kita sedar bahawa betapa besarnya sungguh pengorbanan rakyat Malaysia untuk memuaskan nafsu dan menampung kesilapan pemimpin negara.
14. Adakah ini balasan yang patut kita terima setelah kita memilih pemimpin yang sepatutnya membela rakyat sendiri tetapi sebaliknya dilayan sebegitu hina dan reckless sekali, seolah-olah mereka semua ini adalah kambing atau lembu di ladang. In other countries, their people have dignity and are treated with honour. Negara Komunis yang selalu di- demonised oleh rakyat negara ini (akibat propaganda) melancarkan projek kereta nasional untuk membantu rakyat dengan kereta tesebut simple dan murah, tetapi bertujuan supaya petani, nelayan juga boleh memiliki kereta, bukan untuk memuaskan nafsu ego sesiapa.
15. Akhir sekali berfikiran terbukalah dan sentiasa peka dengan isu-isu macam ini. Cubalah kita bersikap selalu bertanya kenapa, bagaimana, bukannya sekadar menjadi macam 'pok angguk' yang hanya tau angguk sahaja padahal diri sendiri kena tindas.
'TEPUK DADA TANYA IMAN'.
Posted at 10:14 am by infojiboi
Permalink
Sisters in Islam = Ayah Pin
Sisters in Islam = Ayah Pin
Pada 14 Julai yang lalu saya menulis berkenaan artikel Marina Mahathir dalam ruangan minggunannya dalam akhbar THE STAR yang telah mempertahankan hak Ayah Pin dan para pengikutnya untk mengamalkan amalan dan kepercayaan mereka.
Dalam artikelnya itu Marina menulis:
Terdapat kecenderungan banyak pihak untuk mendakwa sesiapa yang berfikiran berbeza dari mereka, lebih dari sebelum ini. Yang anehnya mereka ini lebih minat memberkas dari kalangan sesama akidah. Ianya umpama menyertai sebuah kelab, dan kemudian anda tidak dibenarkan sekali-kali meninggalkannya walaupun anda sudah tidak menyenangi peraturan-peraturannya.
Marina sesungguhnya terkapar-kapar dan lemas apabila membicarakan bab murtad seolah beranggapan dalam Islam seseorang Muslim mempunyai pilihan untuk keluar agama sesuka hati. Bab kufur setelah beriman ini adalah satu kesalahan yang serius dalam Islam sebagaimana difirmankan Allah swt dalam Surah an Nahl:106 (maksudnya)
Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.
Dan seperti yang saya jangkakan aliran fikiran yang berbahaya (bagi Islam) seperti Marina ini akan pasti ada pengikut dan penyokongnya. Terbukti dalam akhbar THE SUN hari ini fikiran seumpama Marina ini dalam zaman Islam Hadhari yang penuh fitnah memang ada pun peyokongnya.
Masjaliza Hamzah dari Sisters in Islam telah sebagaimana Marina turut menyokong dan mempertahankan hak Ayah Pin dan para pengikutnya. Beliau mempertikaikan mengapa orang yang telah Islam tidak boleh diberi hak untuk menggugurkan aqidahnya, beliau menulis:
How can religious authorities and Muslims demand that those wishing to convert to Islam should have all the freedom to do so, and at the same time, deny this freedom to Muslims who wish to leave their faith or believe otherwise?
Bagaimana boleh pihak berkuasa agama dan umat Islam menuntut agar sesiapa yang berhasrat memeluk Islam diberikan kebebasan berbuat deminian, akan tetapi dalam waktu yang sama menafikan hak ini kepada orang Islam yang berhasrat meninggalkan agamaya atau menganut kepercayaan lain?
Tulisan di atas pasti memual dan menjijikkan untuk dibaca, malah lebih biadap lagi apabila penulis ini mewakili sebuah NGO Muslim! Penulis yang sungguh keliru dan serabut ini terus menulis:
Freedom of religion must recognise the right to practise one's religion, however unorthodox the beliefs may be. This right includes the freedom to change one's religion or belief, either alone or in community with others, in public or private.
Kebebasan agama perlulah mengiktiraf kebebasan seseorang untuk mengamalkan kepercayaannya, walau bagaimana pelik sekalipun amalannya. Hak ini perlulah termasuk hak mengubah kepercayaan atau agama seseorang, samada secara individu maupun satu-satu masyarakat di dalamnya, samada secara terbuka ataupun sebaliknya.
Sampai bilakah pihak berkuasa agama akan membenarkan Sisters in Islam ini berterusan mengeluarkan kenyataan dan pendirian yang sesat dan menyesatkan ini? Ianya bukan kali pertama mereka berbuat demikian.
Kita berada dalam satu zaman dimana Islam diserang hebat oleh pihak luar dari berbagai penjuru. Umat Islam sendiri pula terlalu lesu, semakin jauh meminggirkan agama, dan tiba-tiba dalam keadaan tenat ini kita mengizinkan pula malapetaka besar seumapama Sisters in Islam ini untuk bebas mengeluarkan pandangan kononnya sebagai sebuah NGO Muslim.
Segala hujah dan logik yang dikemukakan oleh SIS melalui tulisan Masjaliza ini sungguh kabur, songsang dan dengan sewenang-wenangnya telah memutarkan ayat-ayat Allah.
Kalau sayang dan cintakan sangat SIS ini kepada Ayah Pin (dan mereka yang seumpamanya) maka SIS sepatutnya ikut saja jejak langkah beliau menguasai kerajaan langit. Tukar saja akronim SIS kepada SIAP iaitu Sisters in Ayah Pin, kan jelas dan cantik bunyinya itu. Jangan lupa lantik Marina Mahathir sebagai penaungnya.
:.Roslan
Posted at 09:20 am by infojiboi
Permalink
Wednesday, August 03, 2005
Kongsi keuntungan Petronas dengan rakyat Malaysia
Kongsi keuntungan Petronas dengan rakyat Malaysia
Kenyataan Media
 |
Parti Keadilan Rakyat mempersoalkan tindakan kerajaan menaikkan harga bahan bakar termasuk petrol dan diesel. Walaupun menyedari kenaikan tersebut adalah kenaikan global namun kami berpendapat kerajaan tidak sepatutnya membebankan rakyat.
Mengikut Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, jika kerajaan tidak menaikan harga minyak jumlah subsidi yang perlu ditanggung adalah melebihi RM6 bilion.
|
KeADILan mempersoalkan dengan keuntungan besar Petronas berjumlah RM58.03 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac tahun lalu dan jumlah cukai dan dividen yang perlu dibayar kepada kerajaan adalah sebanyak RM31.2 billion.
KeADILan berpendapat bahawa keuntungan Petronas perlu dikongsi bersama 25 juta rakyat Malaysia. Apakah rakyat Malaysia keseluruhannya tidak layak untuk menikmati keuntungan Petronas melalui subsidi minyak.
Salah satu matlamat penubuhan Petronas adalah untuk mengurus sumber minyak negara dan menangani krisis kenaikan harga minyak dunia di negara ini.
Petronas seharusnya tidak menjadi badan tunggal menikmati keuntungan besar daripada kenaikan harga minyak dunia, malah keuntungan itu perlu digunakan sebagai pengimbal untuk menstabilkan harga bahan bakar di pasaran tempatan.
KeADILan juga mempersoalkan kenapa syarikat milik negara seperti Petronas tidak pernah mengeluarkan audit awam supaya rakyat dapat menilai prestasi syarikat sejak ditubuhkan pada 1973.
KeADILan mendesak kerajaan memberitahu jumlah pendapatan keseluruhan Petronas dari tarikh ditubuhkan dan ke mana wang tersebut dibelanjakan. KeADILan juga mendesak kerajaan memastikan Petronas bertanggungjawab kepada Dewan Rakyat bukannya kepada Perdana Menteri seperti amalannya selama ini.
Datuk Kamarul Baharin Abbas
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat
Posted at 05:45 pm by infojiboi
Permalink
Amalan bijak berbelanja di Malaysia
Amalan bijak berbelanja di Malaysia
Mengeluh lagi kita tahun ini. Entah berapa kali mengeluh sudah tahun ini, saya pun tak pasti. Petrol naik lagi, yang pasti ianya akan mengakibatkan rantaian kenaikan harga barangan. Tarif elektrik sudah diberi perkhabaran akan naik.
Mungkin bagi kami sekeluarga bolehlah menyahut seruan Pak Menteri agak bijak berbelanja. Jika dahulu mungkin sebulan sekali bawa keluarga makan di restoran, mungkin sekarang setahun sekali makan di restoran. Jika dahulu pergi surau naik kereta mungkin sekarang pergi surau naik basikal atau jalan kaki, badanpun akan sihat. Itu bagi kami sekeluarga, yang Alhamdulillah, walaupun tidak mewah tapi masih boleh bijak berbelanja. Kalau dahulu dihantar anak ke tuisyen , mungkin sekarang mengajar anak sendiri di rumah pada waktu malam.
Tapi bagaimana ungkapan bijak berbelanja ini hendak saya terangkan pada teman-teman saya, orang-orang bawahan saya yang gajinya kurang RM 700 sebulan mempunyai isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga 6 orang anaknya. Bagaimana formula yang harus saya berikan pada rakan saya ini dengan gaji RM 700 sebulan belum ditolak dengan KWSP dan SOCSO supaya bijak berbelanja dalam menggunakan air yang sentiasa dicatu di Seremban ini, bijak berbelanja supaya tidak menggunakan motosikal buruknya ke tempat kerja, bijak berbelanja supaya dapat membayar yuran persekolahan, buku-buku dan pakaian sekolah anaknya apabila masuk sesi baru 2006 nanti yang mencecah ribuan ringgit. Kalau dahulu bolehlah disuruh anak-anak bijak berbelanja dengan menurunkan buku-buku teks yang bertahun-tahun digunakan kakak dan abang kepada adik-adiknya. Tapi sekarang bagaimana hendak bijak berbelanja jika setiap tahun walaupun rakan saya yang gaji RM 700 tadi dapat bantuan buku teks tapi buku latihan dan praktikalnya begitu banyak dan perlu dibeli setiap tahun. Bagaimana dia harus bijak berbelanja sedangkan nak bayar bil air dan bil elektrik pada kadar lama pun masih berhutang keliling pinggang ?
Setiap minggu kedengaran sahaja keluhan kesusahan rakan atau jiran. Ada jiran yang daif baru kematian tempat bergantung, telah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun masih belum ada jawapan, barangkali sekarang terlalu banyak permohonan untuk diproses sejak akhir-akhir ini. Begitu juga ada yang memohon bantuan Baitul Mal, ada yang sudah dapat ada yang sedang dalam proses. Ada yang dibantu oleh jiran sekeliling dan orang ramai. Namun jumlah yang meminta bantuan ini makin lama makin ramai apabila harga petrol dan barangan terus naik. Nak disalahkan Pegawai Kebajikan Masyarakat, mereka sudah memberi khidmat sekadar termampu. Nak disalahkan Pegawai Baitul Mal, mereka juga dihujani timbunan permohonan saban hari. Nak disalahkan jiran-jiran, mereka juga hanya dapat membantu sekadar yang boleh, kerana mereka semua sekarang sedang bijak berbelanja.
Terfikir juga sekiranya ini berterusan akan berlaku kegawatan sosial yang begitu serius di Malaysia ini. Apakah mungkin kadar rasuah di jalanan dan di tempat awam akan bertambah dalam menyahut seruan bijak berbelanja ini , kerana majikan juga bijak berbelanja dengan mengurangkan kadar elaun dan menghentikan kerja lebih masa ? Apakah mungkin makin ramai anak-anak tidak akan ke sekolah kerana mereka harus bijak berbelanja, daripada menghabiskan wang membeli buku-buku sekolah , lebih baik mereka bijak berbelanja membeli beras yang amat diperlukan untuk meneruskan kehidupan mereka ? Apakah mungkin selepas ini kadar-kadar jenayah akan bertambah kerana mereka yang tidak menamatkan pelajaran ini tidak mempunyai kelayakan untuk mendapat tawaran kerja setaraf siswazah menganggur ? Apakah mungkin lebih banyak kabel-kabel elektrik akan dicuri untuk dijual sebagai besi buruk, dan akibatnya kos kerugian kabel-kabel elektrik ini akan melebihi daripada kos kadar tarif elektrik yang akan dinaikkan ?
Mungkin bagi kami sekeluarga kami boleh lagi bijak berbelanja, tetapi sejauh mana dapat bertahan apabila ramai disekeliling kita yang datang mengadu setiap hari. Sekiranya semua rakyat Malaysia ini bijak berbelanja dengan tidak lagi mengunjungi restoran-restoran mewah, restoran makanan segera, mungkin mereka dapat mengurangkan kos perbelanjaan bulanan mereka tapi dalam masa yang sama akan menyebabkan semua pengusaha hotel, pengusaha restoran akan gulung tikar.
Jadi apakah jalan penyelesaian yang dapat diberikan dalam kita menangani kenaikan harga petrol dan harga barangan ini selain daripada menyuruh rakyat bijak berbelanja ? Bijak berbelanja dengan menghentikan atau mengurangkan penajaan program yang tidak membawa faedah kepada rakyat ? Bijak berbelanja dengan menghentikan atau mengurangkan pembelian persenjataan canggih ? Bijak berbelanja dengan menghentikan atau mengurangkan kursus-kursus pegawai kerajaan di hotel-hotel ? Bijak berbelanja dengan menghentikan atau mengurangkan perbelanjaan sambutan Hari Kemerdekaan, sambutan Idil Fitri, sambutan Rumah Terbuka Malaysia ? Bijak berbelanja dengan menghentikan atau mengurangkan rumah-rumah terbuka sempena perayaan ? Mengecualikan cukai pintu, cukai tanah, insuran kenderaan kepada mereka yang berpendapatan kurang RM 100O dan mengikut ratio bilangan anak ? Mengecualikan yuran sekolah untuk mereka yang berpendapatan kurang RM 1000 dalam mempastikan tidak seorangpun anak di Malaysia ini tanpa mengira bangsa dan agama keciciran daripada pelajaran ?
Semoga amalan bijak berbelanja ini dapat diamalkan oleh semua pihak serta dikecualikan kepada mereka yang tidak mampu untuk bijak berbelanja untuk mempastikan keseimbangan sosio ekonomi masyarakat Malaysia yang boleh membawa kepada pelbagai gejala sosial dan jenayah.
:.Rozmal
Posted at 05:11 pm by infojiboi
Permalink
Rakyat diperbodohkan dengan istilah subsidi petrol
Rakyat diperbodohkan dengan istilah subsidi petrol
Harga minyak naik kerana kerajaan BN tak sanggup lagi membayar subsidi petrol untuk mengekalkan harga rendah petrol. Itulah yang kita baca dan dengar dari media pembohong sekarang. Ramai orang umno mengganguk tapi apakah mereka menganguk kerana faham atau mengagguk tak faham kerana mereka sememangnya jenis mengangguk. Insya Allah saya cuba huraikan bagaimana kerajaan menipu rakyat dengan istilah subsidi petrol.
Kalaulah yang bercakap itu adalah Menteri perdagangan Vietnam yang tak ada minyak dalam negaranya, Itu mungkin betul. Vietnam tak ada minyak diperut buminya maka setiap titik minyak mentah atau petrol mesti dibeli dari negara lain. Yang peliknya, yang bercakap itu adalah menteri perdagangan UMNO malaysia yang mengeksport minyak. Saya tak tahu samada kenaikan harga minyak ini diarah oleh Mahathir yang menguasai Petronas atau tidak.
Kita perlu mengetahui beberapa fakta penting untuk berbincang tentang harga minyak ini.
1. Hendaklah diketahui bahawa separuh dari harga yang kita bayar untuk satu liter petrol yang kita curah dalam kereta kita adalah bayaran cukai kepada kerajaan malaysia BN. Ianya sudah dikira dalam harga petrol itu tanpa disedari.
2. Harga memproses dari minyak mentah ke minyak petrol ialah 20 percent dari harga minyak petrol refined. Semuanya berlandaskan harga minyak mentah dengan harga refined petrol dari singapore (yahudi timur). Beza atau marginnya di panggil 'Singapore Petrol refiner margin'.
3. Hendaklah juga diketahui bahawa peratus keuntungan retail dan wholeseller petrol adalah stable maknanya jangan kita marah orang jual minyak.
Sekarang mari kita fikir perlahan-lahan bagaimana kerajaan BN menipu kita dengan istilah subsidi petrol. Ramai mengangap subsidi petrol semacam dengan subsidi harga petrol kepada nelayan iaitu kerajaan beli minyak dari stesyen minyak berdekatan dan jual dengan harga murah pada nelayan... seolah-olah kerajaan guna duit pembendaharaan... keluar cek... bayar stesyen minyak dan rugi. Jawab nya NO.. bukan itu yang berlaku.
Istilah Subsidi petrol yang digunakan untuk menipu rakyat itu ialah sebenarnya JUMLAH CUKAI ATAU PENDAPATAN YANG TIDAK DAPAT DIPUNGGUT OLEH KERAJAAN BN AKIBAT MENJUAL HARGA PETROL lebih rendah DARI INTERNATIONAL PRICE'.
Ia adalah SUBSIDI ATAS KERTAS dalam bentuk tax melepas' yang tidak dapat dipunggut oleh kerajaan Umno.
Apa yang sebenarnya berlaku pada minyak orang Terengganu yang sudah dizalimi ..sudahlah kena tarik royalti oleh Umno penkhianat dan sekarang terpaksa beli barangan mahal pula untuk sara hidup anak bini.
Minyak dibumi Terengganu dimiliki oleh orang Terengganu. Akibat terengganu duduk bawah federal , maka Petronas ( sekarang bawah Mahathir) diberi kuasa untuk mengali dan mengepam minyak. Mengepam minyak ni bukan kerja susah, pasang switch pam sedut dengan enjin rolls royse dan masuk ke dalam kapal minyak atau refinery di Kerteh. Dahlah ambil minyak orang Terengganu, tak bayar royalty pula...Tidakkah itu zalim.
Minyak yang dipam ini bila dijual ke America, ditolak royalti pada kerajaan pusat dan royalty curi ... semuanya masuk dalam poket Petronas (poket Mahathir). Sebenarnya, Petronas mempunyai dua pilihan samada hendak jual minyak mentah ke USA dan Singapore atau memproses sendiri di Kerteh jadi petrol kereta. Apa yang dibuat oleh PETRONAS pemalas ini ialah ..mereka lebih suka jual pada Singapore atau USA. Lebih kurang Ali baba jugalah tapi Bush-baba. Bila berlaku kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia ..Petronas mendapat manfaat lebih tinggi berbanding dengan royalti.
Sekarang kita perlu faham bahawa minyak adalah bukan milik mak bapak Mahathir atau mak bapak Petronas. Ia adalah milik rakyat. Sekarang masalahnya, rakyat terpaksa bayar lebih atas benda yang menjadi miliknya sendiri, ia itu minyak mentah. Kenapa rakyat perlu bayar mahal pada barang miliknya.(Untuk air..janganlah bagi swasta ..mampus rakyat jawabnya ditipu oleh malaun ni).
Sekarang kita kaji pula dimanakah yang dikatakan subsidi oleh Najib, Safie Afdal atau Abdullah Badawi. Subsidi yang dimaksudkan ialah, tax yang diabaikan atas harga petrol. Adakah itu subsidi namanya. Itu sebenarnya, merendahkan tax pada bahan petroelum. Satu lagi perkara.. mengapa Petronas masih lagi mengeksport minyak mentah keluar negara dalam keaadaan rakyat tak ada minyak? Sepatutnya Petronas yang menjaga harta rakyat tidak mengeksport minyak tetapi memproses didalam negeri dengan harga refinery yang hanya menambah kos 20 percent dari harga minyak mentah. Kalaulah minyak mentah dianggap percuma maka sepatutnya harga yang kita bayar hanya lah 20 percent dari harga yang dijual sekarang.
Maka timbullah soalan dari menteri Umno yang tak pandai tadbir dan makan gaji buta ni..bagaimana mahu perintah negara? Saya mahu beritahu menteri Umno ni ... yang hang tak bagi royalti pada kerajaan PAS Terengganu dulu dan lambatkan duit grant tahunan tu..apa tak tanya, macamamana kerajaan PAS Terengganu mahu perintah.
Saya tak tahulah apa jadi pada Malaysia di bawah BN ni apabila minyak habis..he ..kedarah pitis rakyat sungguh puak ni. Muka tebal hati hitam.Orang politik macam ini ramai yang pemalas lebih malas dari rakyat jelata. Kerja siang malam ..macammana nak songlap duit rakyat.
Posted at 10:37 am by infojiboi
Permalink
Kenaikan Harga Minyak Sepanjang 15 tahun
Kenaikan Harga Minyak Sepanjang 15 tahun
Minyak sumber tenaga penting. Kenaikan minyak mempengaruhi kenaikan harga barangan lain. Nak angkut beras guna minyak. Nak pakai lampu guna minyak. Nak makan roti canai pun guna minyak. Berikut Harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 15 tahun - sejak 1990)
sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
Nota : (ayat2 standard)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan (banggang punya statement....kalau dah naik tu memang la beban kan rakyat)
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. ..lain2 ayat2 Menteri aku tak ingat dah!
Posted at 10:03 am by infojiboi
Permalink
|
|
|