|
|
Thursday, August 11, 2005
WHAT CAUSES HAZE?
Posted at 03:10 pm by infojiboi
Permalink
Jerebu: Kehendak Allah yang tidak mampu ditolak
Jerebu: Kehendak Allah yang tidak mampu ditolak
Menurut akhbar THE STAR hari ini indeks pencemaran udara ataupun API untuk Kuala Lumpur pada jam 5 petang semalam adalah 276 iaitu tahap tidak sihat. Manakala Shah Alam (349), Putrajaya (337) dan Petaling Jaya (304) semuanya telah mencecah tahap merbahaya iaitu melebihi 300.
Inilah kali pertama kerajaan mengeluarkan bacaan API ini setelah ianya dirahsiakan dizaman Dr Mahathir kononnya atas alasan tidak mahu menjejaskan kemasukan pelancong-pelancong asing.
Pagi ini nampaknya tidak ada banyak perubahan di KL. Saya tidak pasti bacaannya akan tetapi berdasarkan imej-imej berikut, ianya masih ditahap berbahaya rasanya.
Sementara itu di sekitar Subang Jaya semalam, Allah swt menurunkan hujan ribut diikuti dengan hujan air batu ataupun hailstorm. Satu fenomena yang menakjubkan. Setelah diselubungi jerebu yang tebal sehingga beberapa sekolah di kawasan itu di tutup semalam tiba-tiba kira-kira jam 5.30 petang bunyi guruh yang kuat kedenganran diikuti dengan hujan rebut yang kuat sehingga menumbangkan beberapa batang pokok.
Hujan ini kemudiannya turut menaburkan ketulan-ketulan ais, subhanallah!
.Roslan
Posted at 12:11 pm by infojiboi
Permalink
Jerebu: Kerajaan diminta umumkan tahap terkini, rakyat diminta solat Istisqa'
Jerebu: Kerajaan diminta umumkan tahap terkini, rakyat diminta solat Istisqa'
SK Methodist Pantai Dalam, KL ditutup sessi petang manakala seorang pelajar SMK Sri Pantai KL muntah-mutah dikhuatiri kerana jerebu"
 |
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Hrkh) - Kerajaan diminta mengumumkan secara langsung kedudukan indeks pencemaran udara (API) dan kesan kepada menusia manakala rakyat pula dicadangkan oleh PAS agar mengadakan solat sunat Istisqa' untuk memohon menurunkan hujan.
"Saya mencadang dan memohon agar semua masjid dan markas PAS menganjurkan solat sunat Istisqa' untuk memohon kepada Allah agar diturunkan hujan bagi membersihkan jerebu yang sedang menyelubungi negara kita kini |
," kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.
Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, Nasharudin berkata, rakyat perlu diberitahu secara langsung kedudukan API semasa agar mereka boleh bertindak secara yang tepat dan bermaklumat.
"Walaupun Dato' Seri Najib kata tidak perlu, tetapi bagi kita maklumat ini sangat perlu untuk menjadi panduan kepada rakyat bertindak dengan tepat," kata Nasharudin.
Beliau yang baru turun dari kapalterbang yang membawanya dari Kota Bharu ke KLIA dan berkenderaan ke rumahnya di Cheras berkata, jerebu menyelubungi seluruh negara.
"Di Kota Bharu tadi tidak berapa tebal sangat tetapi di KLIA sangat tebal bahkan kini dalam perjalanan ke rumah saya di Cheras ini, KL penuh diselubungi jerebu," kata beliau kepada Harakahdaily.
Menurut Nasharudin, "kita tidak perlu menyalahkan sesiapa sekarang yang penting adalah mengambil langkah untuk menyelesaikannya segera dan memberikan amaran apa yang tidak patut dibuat dalam keadaan sebegini."
"Rakyat perlu tahu tahap semasa dan kerajaan perlu umumkan.
"Bagi saya sekarang, aktiviti di luar sangat tidak sesuai dan perlu dielakkan khasnya bagi kanak-kanak tetapi yang lebih tahu sepatutnya kerajaan," kata beliau lagi.
Menurut Nasharudin, dalam perjalanannya dari KLIA ke Cheras, jarak penglihatan tidak sampai satu KM dan ini sangat bahaya.
Banyak kenderaan yang memasang lampu kenderaan masing-masing.
"Saya pohon supaya semua pihak berhati-hati di jalan raya khasnya kerana keadaan sangat bahaya di luar. Memasang lampu kereta adalah perlu ketika ini," kata beliau kepada Harakah.
Sekolah tutup sessi petang
Wartawan Harakahdaily pula melaporkan, Sekolah Kebangsaan Methodist Jalan Pantai Baru, Kerinchi, Kuala Lumpur menutup sessi petangnya berikut jerebu yang semakin tebal di sekitar kawasan itu.
Seorang pelajar SMK Sri Pantai Kuala Lumpur yang berdekatan pula dibawa ke hospital kerana muntah-muntah yang dibimbangi kerana jerebu.
Kesemua pelajar lain sekolah itu telah diarahkan pulang awal iaitu kira-kira jam 12.30 tengahari.
Anjur solat Istisqa'
Sementara itu, Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan solat sunat Istisqa' (minta hujan)pada 13 Ogos ini.
Menurut Timbalan pengerusi lajnah tersebut, Hj Mohamad Nor Mohamad, solat sunat tersebut akan diadakan pada pukul 10 pagi di Darul Ummah, no 42, Jalan 1, Kg Pandan, Kuala Lumpur.
API dan AP hangatkan Kabinet hari ini
Dalam mesyuarat Kabinet hari ini, dua isu utama iaitu API dan AP dijangka akan dibahaskan oleh pemimpin negara.
Air Polutant Indeks (API) dan Appoved Permit (AP) dikatakan bakal menjadi isu hangat.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Dato' Seri Rafidah Aziz telah diminta oleh Perdana Menteri untuk menerangkan kepada Kabinet tentang isu itu.
"Banyak perkara yang dia perlu jelaskan kepada Kabinet," kata Abdullah kepada media.
-ZS
Posted at 10:05 am by infojiboi
Permalink
Isu AP: Mulut Rafidah kena ‘gam’
Isu AP: Mulut Rafidah kena ‘gam’
 |
|
"Emmmm...emmmm.emmmmm.....ooommm" |
Jawapan yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang samaada betul ke tak betul Datuk Seri Rafidah Aziz memberi penjelasan yang mengelirukan mengenai AP kepada perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini seperti yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad belum diketahui lagi setakat ini.
Satu kenyataan empat perenggan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri lewat Rabu ekoran mesyuarat kabinet dimana Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu telah memberi penjelasan terperinci mengenai isu itu antara lain memberitahu dasar pemberian AP perlu dinilai semula kerana terdapat kelemahan dalam dasar sedia ada.
Kenyataan itu berkata jemaah menteri dalam mesyuaratnya hari Rabu telah membincangkan secara terperinci isu berkaitan AP.
"Hasil daripada penilaian ini akan diambil kira dalam Dasar Automotif Nasional yang akan diumumkan bulan depan," katanya.
Kenyataan itu juga berkata buat masa ini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz tidak perlu membuat kenyataan lanjut kepada pihak media mengenai isu itu sehingga dasar tersebut dikeluarkan.
Sementara itu para wartawan dan jurugambar yang ‘berkampong’ di bangunan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Jalan Duta sejak pagi gagal mendapat apa-apa kenyataan yang lebih jelas dari Rafidah mengenai butir-butir penjelasan yang diberikannya kepada kabinet.
"Saya tak ada apa nak cakap. Tunggu Perdana Menteri keluarkan kenyataan," kata Rafidah yang tersenyum kepada para wartawan yang telah menunggunya di perkarangan MITI selama hampir tujuh jam sebelum kereta yang dinaikinya memecut dari situ.
Beliau telah berjaya mengelak diri dari para wartawan di Putrajaya sebelum pulang ke kementeriannya pada pukul 2.35 petang untuk mesyuarat pasca Kabinet dengan pegawai-pegawai kanannya.
Sekali lagi beliau meloloskan diri daripada pemberita-pemberita yang menunggunya di pintu utama ketika beliau memasuki bangunan MITI di Jalan Duta itu melalui pintu tepi, diiringi oleh seorang pegawai wanita.
Pada kira-kira 4.20 petang, beberapa orang pegawainya dilihat meninggalkan bangunan itu tetapi enggan mengulas mengenai apa yang berlaku pada mesyuarat mereka.
Seorang pemberita yang telah menghantar pertanyaan melalui satu perkhidmatan mesej ringkas (SMS) kepada Rafidah menerima jawapan, dengan menteri itu berkata bahawa tiada sidang akhbar dan akhbar boleh pulang kerana perdana menteri akan mengeluarkan satu kenyataan.
Tetapi pemberita-pemberita itu masih enggan berganjak, kerana mengharapkan untuk melihat beliau sekilas dengan menempatkan diri mereka di pintu-pintu berlainan kompleks kerajaan Jalan Duta itu.
Hampir pukul 6.45 petang, Rafidah berhadapan dengan beberapa orang pemberita yang masih mengintai ketika beliau muncul daripada lif di lobi utama bangunan MITI.
Rafidah kemudian tersenyum tetapi berkata beliau tiada apa untuk dinyatakan.
Pemberita kemudian berebut-rebut menuju beliau tetapi beliau dibawa keluar dengan pantas oleh pegawai-pegawai keselamatan ke kereta Toyota Lexusnya yang menunggu di bawah bumbung.
Beliau terus berkata bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengeluarkan satu kenytaan.
Bila ditanya bila kenyataan itu akan dikeluarkan, beliau menjawab, "Hari ini 'kut."
Rafidah, yang kelihatan tenang kemudian mengucap terima kasih kepada media yang hadir sebelum memasuki keretanya yang memecut pergi.
Posted at 09:41 am by infojiboi
Permalink
Sdr Khairy Jamaluddin, turunlah jengok rakyat di Rembau ni
Sdr Khairy Jamaluddin, turunlah jengok rakyat di Rembau ni
Assalamualaikum Sdr Khairy,
Mungkin saudara tak mengenali saya. Tak tahu apa gelaran nak dipanggil Angah, Abang atau saudara ? Kita ni asal kampung sebelah-sebelah saja di Rembau ni. Saudara di Kg Gadong, saya di Kg Tanjung, mungkin sewaris atau bau-bau bacang. Ayah saudara saya adalah sepupu kepada arwah ayah anda Dato Jamaluddin. Emak saudara saya sering menujungi ibu anda di KL.
Cuma nak beritahu sedikit masalah orang Rembau ni sejak akhir-akhir ini, memandangkan saudara pun orang Rembau, dan parlimen Rembau ni luas, dari Kg Gadong tu sampailah kat Senawang ni.
Datanglah jengok-jengok melihat masalah rakyat kat sini. Janganlah hanya berbincang mengenai dasar DEB, polisi baru dan semuanya. Orang kampung kat Rembau dan pekerja kilang tak faham semua itu. Yang mereka tahu sekarang harga minyak dah naik, beras dah naik, telur ayam sampai dekat 30 sen sebiji, gas masak RM 19. Nak kawal inflasi macam mana lagi kalau barang yang amat diperlukan dah naik dan terpaksa beli ?
Tambah pula masalah air sekarang ni. Kejap ada kejap tak ada. Kalau ada tekanannya rendah, lepas tu bil airnya tinggi.
Pernah tak saudara pergi Terminal One Seremban atau Perhentian Teksi kat Rembau tu berborak dengan pemandu teksi di sana, tanya apa masalah mereka sekarang sejak harga minyak naik. Apakah mereka senang mendapat penumpang sekarang, adakah mereka sering diganggu oleh penguatkuasa, adakah cukup makan mereka anak bini untuk hari tersebut.
Apabila saudara balik Kg Gadong tu bila lalu Pedas tu tutuplah air cond kereta dan buka tingkap. Apa yang saudara bau kalau bukan bau busuk tapak pelupusan sampah satu Seremban yang dihumbankan di Pedas, tepi jalan, dekat kampung.
Apabila saudara lalu Chembong tu masuklah dalam kawasan perindustrian Chembong, tengok berapa banyak kilang-kilang yang telah ditutup dan dibiarkan menjadi sarang segala jenis benda buruk.
Ini hanyalah sedikit sahaja masalah yang dibentangkan untuk tatapan saudara. Dalam sibuk-sibuk membuat perancangan DEB tu, jengok-jengoklah orang Rembau ni.
Wassalam.
Posted at 09:17 am by infojiboi
Permalink
Wednesday, August 10, 2005
Apa salah mereka?
Mahkamah Majistret di sini, petang ini membenarkan lapan orang yang ditahan pada majlis ceramah PAS di Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, malam tadi dikenakan tahanan reman selama tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan polis.
Mereka ditahan oleh pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang menyerbu ke tempat ceramah pada kira-kira jam 11.30 malam dengan menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan para hadirin. Selepas keputusan itu dibuat, seorang tahanan, Alam Shah Abu telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami masalah kesihatan. Kami dimaklumkan beliau mengalami masalah sukar berjalan semasa ditahan di dalam lokap selepas ditangkap malam tadi. Antara penceramah pada majlis yang bermula jam 10 malam itu ialah Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu. Kejadian tersebut berlaku dalam sebuah negara yang dikatakan telah merdeka dan akan menyambut hari kemerdekaan tidak lama lagi.
Posted at 03:25 pm by infojiboi
Permalink
Usaha memeras wang pelajar UUM
Usaha memeras wang pelajar UUM
Semua mahasiswa – mahasiswi yang menetap di kolej-kolej kediaman UUM dihantui perasaan marah dengan tindakan Unit Keselamatan (UK), Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Hal Ehwal Akademik (HEA) yang melaksanakan serbuan atau spot-check dari bilik ke bilik.
Operasi yang telah pun dijalankan bermula minggu lepas meliputi semua blok dalam semua kolej telah menimbulkan kemarahan dan tidak puas hati di kalangan pelajar. Apa yang membingungkan mereka ialah tindakan UK merampas CD yang meliputi pelbagai jenis termasuk CD installer.
“Kami fahamlah kalau nak rampas CD movie ke, mp3 ke, tak pelah, ni takkan installer pun nak dirampas? Kami kan budak IT, of course nak kena guna benda-benda camni… bangang betul!”,kata Maheran, salah seorang mangsa di kolej Laluan C. Pelajar-pelajar lelaki di sebuah kolej kediaman telah berpakat membaling pihak UK yang membuat spot-check dengan sampah dan botol-botol sambil melaung-laungkan rasa tidak puas hati. Tindakan ini membuatkan pihak UK terpaksa pulang setelah hanya berjaya membuat serbuan pada 4 buah bilik.
Selain dari itu, yang paling dikesalkan adalah tindakan pihak UK merampas buku-buku pelajaran yang difotostat. Sememangnya diketahui umum oleh golongan pelajar bahawa tindakan memfotokopi buku adalah salah di sisi undang-undang, tapi mereka mengharapkan agar pihak pentadbiran memahami keadaan kewangan pelajar yang tidak mampu membeli buku teks yang rata-rata berharga RM60 hingga RM100. Tambahan pula ianya membebankan bagi pelajar yang membuat penambahan semester pengajian yang tidak mempunyai pinjaman pelajaran lagi.
Yang paling dikesalkan, apabila setiap barang yang dirampas dan hendak dituntut semula, perlu dibayar RM50 setiap satu CD atau buku fotostat yang diambil. Selain dari itu, pihak berkuasa UK semakin menguatkuasakan saman di semua kawasan kampus terutamanya kawasan-kawasan parking pelajar dan pintu pagar utama. Saman yang dikenakan adalah kesalahan ketiadaan sticker yang memang manjadi undang-undang membebankan. Beberapa kolej kediaman melaksanakan undang-undang merantai motor-motor pelajar yang tidak mempunyai sticker dan mengeluarkan notis agar pelajar yang tidak mempunyai sticker supaya membawa pulang motor masing-masing.
Adalah dipercayai tindakan mengutip wang secara paksa ini dilakukan untuk menampung pembinaan litar go-kart yang mana pembinaannnya dilakukan ketika di bawah pemerintahan arwah Prof. Dato’ Dr. Ahmad Fawzi Basri. Buat masa ini, pembinaan litar go-kart yang menjejaskan alam sekitar Sintok yang hijau ini telah dihentikan kerana masalah kewangan.
Sehingga berita ini ditulis, NC UUM yang baru sedang mengarahkan pihak UK menguatkuasakan undang-undang baru bagi kenderaan persendirian dan ekoran dengan itu, banyak saman dikeluarkan bagi mengutip duit dipercayai bagi menampung projek litar go-kart yang ditinggalkan oleh bekas NC yang lepas. Selain meninggalkan projek litar go-kart yang tidak mendatangkan manfaat secara keseluruhan pelajar, Uniutama Management Sdn. Bhd. (UMSB) yang merupakan syarikat UUM yang menguruskan pengangkutan pelajar juga mengalami masalah sehingga terpaksa bertukar pengurusan.
Posted at 10:18 am by infojiboi
Permalink
Apa akan jadi pada pesawah padi...
Apa akan jadi pada pesawah padi...
Ramai pihak, terutama pihak berkuasa yang berkaitan dengan pembangunan padi negara, telah mengesahkan tentang harga padi bakal menjunam ke tahap yang akan membebankan lagi nasib beratus ribu keluarga pesawah padi di seluruh negara.
Bahkan, dikatakan kerajaan ‘mesra rakyat’ akan mengumumkan penurunan harga padi tersebut dalam pembentangan bajet tahunan yang dijangka September ini.
Selepas ini, hujah dan alasan yang akan diserap ke pelusuk minda pesawah padi ialah keperluan kerajaan bagi menurunkan harga padi kerana mematuhi Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Asean (Afta).
Sebelum meraih hadiah besar daripada kerajaan dengan penurunan harga padi ini, pesawah padi telah dihadiahkan dengan kenaikan kos racun rumpai dan baja tambahan serta barang keperluan harian yang tinggi.
Bayangkan betapa kerajaan hari ini yang sanggup menurunkan harga padi di saat semua harga barang keperluan naik mencanak termasuk petrol dan diesel. Ada lelucon yang popular yang mengaitkan BN sebagai ‘barang naik’.
Penulis ingin membawa para pembaca meneliti dengan serius senario tragis yang bakal dihadapi beratus ribu keluarga pesawah padi di seluruh negara akibat penurunan harga padi yang menjadi lubuk rezeki mereka.
Harga padi akan diturunkan melalui pengurangan subsidi padi oleh kerajaan. Harga semasa bagi setan padi ialah RM550 manakala subsidi padi adalah sebanyak RM250 bagi setan padi yang menjadikan jumlahnya sebanyak RM800.
Jumlah ini bukan merupakan jumlah yang mutlak kerana ianya belum dipotong kadar padi basah dan hampas padi. Biasanya para pesawah padi akan memperolehi sebanyak RM760 bagi setan padi.
Hasil pengeluaran padi yang biasa diraih oleh pesawah bagi satu ekar ialah empat tan padi. Jadi, seorang pesawah padi yang mempunyai seekar sawah padi akan mendapat hasil pendapatan RM3,240 untuk enam bulan (kebanyakan sawah padi diusahakan dua kali setahun).
Jumlah sebanyak itu hanyalah merupakan pendapatan kasar pesawah padi kerana kos mesin padi, traktor membajak, racun rumpai dan baja tambahan masih belum lagi ditolak.
Kebiasaannya, kos pelbagai itu adalah sebanyak RM1,300. Justeru, pendapatan bersih bagi seorang pesawah padi hanyalah RM1,900 bagi menanggung kehidupan keluarganya selama enam bulan (RM330 sebulan).
Apa yang hendak dinyatakan di sini, bayangkan jika kerajaan terus bertegas untuk menarik balik subsidi padi. Berapakah jumlah pendapatan yang bakal hilang dari saku pesawah padi... hampir RM1,000!
Sekiranya keadaan sebegini berlaku, maka jalan pintas untuk pesawah padi hanyalah dengan memajakkan sawahnya kepada orang lain ataupun menjual tanah sawahnya dan kemudiannya membawa diri ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai jaga di bank.
Posted at 10:05 am by infojiboi
Permalink
Jerebu : peningkatan mendadak kes-kes kesihatan - Asma, Jangkitan Bahagian Atas Saluran Pernafasan (URTI) dan Conjungtivitis di kawasan Lembah Klang, Seremban dan Nilai.
Jerebu : peningkatan mendadak kes-kes kesihatan - Asma, Jangkitan Bahagian Atas Saluran Pernafasan (URTI) dan Conjungtivitis di kawasan Lembah Klang, Seremban dan Nilai.
Kementerian Kesihatan telah sudah mengeluarkan arahan kepada semua jabatan kesihatan negeri untuk memantau kes-kes berkaitan jerebu.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Dr Abd Latiff Ahmads berkata arahan juga telah dikeluarkan bagi memastikan bekalan ubat mencukupi, selain klinik-klinik kesihatan diminta mempergiatkan aktiviti pendidikan dan promosi berhubung situasi jerebu dan kesannya kepada kesihatan kepada golongan berisiko tinggi |
 |
Beliau memberitahu kualiti udara yang merosot akibat jerebu, menjadi punca kepada peningkatan mendadak kes-kes kesihatan terutama membabitkan penyakit Asma, Jangkitan Bahagian Atas Saluran Pernafasan (URTI) dan Conjungtivitis di kawasan Lembah Klang, Seremban dan Nilai.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata bilangan pesakit yang mendapat rawatan di klinik kesihatan dan hospital di ketiga-tiga kawasan itu meningkat sejak kes jerebu berlaku awal bulan ini.
"Seremban dan Nilai mencatatkan kenaikan yang tinggi terutama penyakit Asma dari 8.3 peratus kepada 150 peratus, URTI pula mencatatkan nilai 0.94 peratus kepada 57 peratus dan Conjungtivitis dari 19.6 peratus kepada 66.6 peratus," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen bagi Pusat Latihan Pengamal Perubatan Tradisional (TCM) di Kuala Lumpur Selasa.
"Bagi Lembah Klang pula, daripada lapan klinik yang dipantau, peningkatan bilangan pesakit adalah antara 0.4 peratus dan 10.7 peratus," tambahnya.
Beliau berkata kementeriannya sentiasa memantau penyakit Asma, URTI dan conjungtivitis di seluruh negara, dan sudah mengeluarkan arahan kepada semua jabatan kesihatan negeri untuk memantau kes-kes berkaitan jerebu.
Sementara itu Lapan kawasan iaitu Ipoh, Seri Manjung, Tanjung Malim, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Nilai dan Seremban mencatatkan status kualiti udara pada tahap tidak sihat hari Selasa.
Jabatan Alam Sekitar menjangkakan bahawa keadaan cuaca yang bejerebu akan berterusan untuk beberapa hari akan datang.
Sehingga pukul 11 pagi Selasa, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) mencatatkan jarak penglihatan sejauh satu kilometer, bagaimanapun jurucakap Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd ketika dihubungi berkata, keadaan itu bagaimanapun tidak menjejaskan jadual penerbangan.
Beberapa kawasan seperti Sitiawan, Ipoh, Lubok Merbau, Temerloh serta Kuala Terengganu mencatatkan jarak penglihatan antara dua hingga empat kilometer manakala Petaling Jaya, Subang, Bandar Muadzam Shah dan Kuching mencatatkan jarak penglihatan antara enam hingga tujuh kilometer
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Adenan Satem berkata cuaca yang kering dengan hujan sementara di beberapa tempat di kawasan Pantai barat Semenanjung Malaysia juga tidak banyak membantu mengurangkan jerebu sekarang.
"Keadaan kualiti udara yang terus menerus tidak sihat ini adalah berpunca daripada beban pencemaran yang dibawa merentasi sempadan berikutan pergerakan angin monsun barat daya yang bertiup dari kawasan kebakaran di Sumatera ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia seperti yang dikesan melalui imej satelit terkini," katanya.
Adenan yang bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kawalan Asap Kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn Bhd (Puspakom) di Kuala Lumpur Selasa berkata, jika keadaan menjadi bertambah buruk, kerajaan akan mengambil langkah drastik termasuk memberi cuti kepada pelajar sekolah dan memendekkan waktu kerja.
"Saya rasa adalah adil untuk mengatakan bahawa sekiranya keadaan bertambah buruk, mungkin perlu untuk diambil langkah-langkah drastik. Saya akan beri taklimat kepada kabinet berhubung keadaan ini Rabu," katanya.
Menteri itu berkata, kualiti udara di beberapa kawasan yang terlibat dengan jerebu sejak beberapa hari lepas adalah daripada tahap sederhana kepada tahap tidak sihat.
"Keadaan jerebu bertambah sedikit dari keadaan biasa. Keadaan biasa adalah sederhana, tapi kita masih lagi berada dalam 'comfort zone'," katanya.
"Pada masa ini kita masih belum mencapai tahap di mana keadaannya tidak sihat dan berbahaya sehingga kita perlu mengambil langkah drastik seperti penutupan sekolah-sekolah. Kita masih belum capai tahap itu," katanya.
Adenan berkata daripada 50 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara, 36 kawasan mencatatkan tahap kualiti udara sederhana, manakala enam kawasan berada pada tahap baik.
Sehubungan perkembangan terbaru ini, beberapa kawasan seperti Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya diisytiharkan sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka kecuali pembakaran mayat bagi tujuan keagamaan dan barbeku, berkuatkuasa serta merta sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Mereka yang sabit kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.
Diminta mengulas mengenai desakan beberapa pihak supaya kementerian mengumumkan bacaan Index Pencemaran Udara (IPU) kepada umum, Adenan berkata perkara itu perlu dibincangkan Kabinet.
Posted at 09:45 am by infojiboi
Permalink
Jabatan Mufti Perak dedahkan surat fatwa Tugu Peringatan Negara
Jabatan Mufti Perak dedahkan surat fatwa Tugu Peringatan Negara
 |
Sila buka laman web dibawah ini, keputusan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa kali ke 19, dimana kertas kerja
dibentangkan oleh Brig Jen (B) Haji Abdul Hamid Zainal
Abidin (ketika itu berpangkat Kolonel). Fatwanya ialah
Haram Letak Kalungan Bunga Di Tugu Peringatan Negara
http://mufti.perak.gov.my/isu/tugu_kenangan.pdf |
Posted at 09:33 am by infojiboi
Permalink
|
|
|