|
|
Friday, August 12, 2005
Pengetahuan mengenai bahaya jerebu
Pengetahuan mengenai bahaya jerebu
 |
Ramai tidak faham apa dia jerebu dan kesannya kepada kepada kesihatan. Tulisan ini cuba menjelaskannya" Disusun oleh Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali
Jerebu adalah satu keadaan di mana mutu udara persekitaran sudah tercemar. Udara yang dihirup dipenuhi dengan pelbagai debu, habuk,gas dan juga bahan-bahan kimia. Antara gas-gas yang ada dalam jerebu adalah CO, O3, PM10, SOx dan NOx.
Apa kaitan jerebu dengan manusia? Segala debu,habuk dan gas-gas dalam jerebu membentuk sebatian kimia yang membahayakan kesihatan manusia, juga kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan |
Apa yang menyumbang kepada jerebu?
1. Pembakaran secara terbuka
2. Penggunaan bahan bakar yang 'kotor'
3. Penggunaan minyak mengandungi plumbum untuk kenderaan
4. Kawalan pencemaran yang tidak berkesan
5. Pelbagai semburan atau aerosol
6. Pelbagai pembakaran yang menyumbang kepada penghasilan asap
7. Mungkin juga pembakaran rokok !!!
Alam sekitar adalah merupakan salah satu 'amanah' yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia untuk diurus tadbir dengan jujur dan baik. Alam sekitar tidak boleh dibiarkan saja, apalagi dicemari kerana ini bukan saja menodai `amanah' yang diberikan, tetapi akan menyebabkan berbagai kesulitan kepada kehidupan seharian serta semua makhluk.
Golongan yang berisiko tinggi -menurut Bahagian Kawalan Penyakit (1998):
· Kanak-kanak dan bayi
· Orang tua
· Golongan berpenyakit seperti:
+ Asma
+ Bronkitis
+ Radang paru-paru
+ Penyakit paru-paru yang kronik
+ Penyakit jantung
+ Alahan
· Perokok
· Mereka yang sentiasa berkerja di luar rumah
Apakah kesan kesihatan kepada manusia
1 Gangguan saluran pernafasan dan paru-paru seperti asma atau lelah, sesak nafas dan radang paru-paru
2 Mata terasa pedih-pedih,berair dan rengsa serta menyebabkan konjuntivitisbr> 3 Kepala berasa berat dan sakit
4 Dada ketat dan terasa sesak
5 Letih yang berlebihan dari biasa
6 Ketidak stabilan emosi
7 Gangguan kepada hormone terutama wanita
8 Kesan kepada ibu yang mengandung dan juga kepada janin
9 Mungkin menyebabkan maut jika gangguan pernafasan menyebabkan serangan asma atau bronchitis yang teruk
*partikel terampai ini boleh menyebabkan kesan kepada:
· Kematian bayi dalam kandungan
· Masalah pernafasan
· Asma yang kritikel
· Bronkitis yang kronik
· Kerosakan paru-paru
* Menurut EPA ( Unit Pencemaran Udara USA ) (1992)
Indeks Pencemar Udara (IPU) di Malaysia
0-50 -----Sihat
51-100 ----sederhana
101-200 -------tidak sihat
201-300 ------sangat tidak sihat
> 300 --------Berbahaya
Sumber: JAS 1997
Apa yang perlu anda lakukan
· Menutup hidung dan mulut semasa berada di luar
· Memakai kaca mata yang boleh melindungi mata
· Meminum air yang banyak untuk melegakan rongga pernafasan, khususnya tekak
· Memasukkan air dalam hidung bagi membersihkan saluran hidung yang menapis kotoran
· Kerap mencuci muka dan badan bagi menghilangkan kotoran
Selain itu, anda boleh lakukan perkara berikut
Kerap mengambil wuduk bagi orang Islam
· Ambil makan seimbang yang berkhasiat terutama sayuran dan buah-buahan
· Kurangkan masa berada diluar rumah atau bangunan
· Mungkin pengambilan vitamin serta makanan kesihatan dapat meningkatkan imuniti dan tahap kesihatan
· Mungkin juga penggunaan alat pembersih udara dalam tempat tertutup boleh membantu mengekalkan udara dalaman yang bersih
· Kurangkan aktiviti yang menggunakan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti: menyembur, mengecat
· Menggunakan air semburan untuk menggurangkan habuk
· Mengurangkan penggunaan alat yang boleh menghasilkan bahan pencemaran
· Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor
· Mengalakkan penggunaan kenderaan awam
· Menasihati orang awan menjauhi tempat berjerebu
· Pengharaman pembakaran secara terbuka
· Kawalan lebih ketat kepada industri.
· Mengurangkan waktu persekolahan .
· Mengurangkan masa bekerja
· Penggunaan kenderaan awam secara percuma atau diskaun
· Pesakit mengidapi penyakit pernafasan dinasihati meninggalkan kawasan yang terlibat
· Mengurangkan aktiviti kemungkaran dan kemaksiatan kerana setiap yang berlaku didunia ini pasti ada kaitannya dengan dosa, kerosakan dan kezaliman yang dibuat manusia itu sendiri
· Bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan agar diturunkan hujan bagi membersihkan kembali udara
---------------------
Penulis adalah Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hal Ehwal Luar Dewan Muslimat PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat. Beliau boleh dihubungi melalui email docpearl@doctor.com, docpearl@hotmail.com dan Tel: 0341068466, Fax: 0341068469 , Tel/fax: 0342565548
Posted at 12:17 pm by infojiboi
Permalink
Banyak Menteri Bakal Digugurkan?
Banyak Menteri Bakal Digugurkan?
"MENGIKUT laporan agensi Reuters 1 Ogos lalu, rombakan Kabinet kali ini yang dijangka berlaku bulan Oktober ini merupakan “biggest cabinet reshuffle in two decades.” Baik berita Reuters mahupun berita lain dalam dunia internet meramalkan rombakan kali ini merupakan tsunami baru untuk memperlihatkan barisan sebenar Kabinet Pak Lah.
Sesungguhnya, khabar angin sudah bertiup sejak April tahun ini tetapi nampaknya ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu yang tentunya mengikut kebijaksanaan Perdana Menteri.
Apakah beliau menunggu sehingga selesai isu Tan Sri Isa Samad yang dijatuhi hukuman enam tahun (tertakluk kepada rayuan yang keputusannya dijangka beberapa hari lagi) atau menunggu sehingga selesai pemilihan parti komponen Barisan Nasional, iaitu MCA pada 20 Ogos dan Gerakan pada 28 Ogos ini?
Setakat ini nampaknya tiada orang yang menjangkakan Isa boleh diselamatkan lagi. Tiga Menteri Kabinet lain yang kalah Majlis Tertinggi juga dijangka dalam keadaan "telur dihujung tanduk" apa lagi bagi Menteri yang tidak "perform" atau menyumbang kepada masalah kepada Perdana Menteri (baca: negara).
Datuk Seri Rafidah Aziz iaitu anggota Kabinet paling lama yang ada sekarang juga seperti berada di ambang senja. Hak prerogatif Perdana Menteri turut merangkumi Menteri Besar atau Ketua Menteri, dan apakah beliau juga mahukan melakukan perubahan yang sama? Mungkinkah rakyat Kedah, Johor dan Selangor akan dapat menikmati Menteri Besar yang baru?
Selain Isa yang dikenakan tindakan disiplin parti kerana terbabit dalam politik wang yang mempunyai saksi, tentunya Pak Lah mempunyai maklumat yang sahih walaupun tidak boleh didakwa oleh Lembaga Disiplin. Sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri, beliau tentunya dapat akses maklumat "sianu-sianu" yang berada dalam Kabinet sekarang ini yang terbabit dalam politik wang.
Ramai berpendapat rasuah politik baru-baru ini bukan sahaja dilakukan oleh Naib Presiden tetapi anggota yang memenangi Majlis Tertinggi juga banyak yang mengeluarkan wang. Tentu ada 'jin-jin’ Pak Lah yang menyiasat perkara ini dan melihat ada sesetengah calon menjalakan currency Singapore sehingga 1,000 dolar bagi perwakilan.
Jika Badan Disiplin tidak mampu mendakwa mereka, apakah Pak Lah akan membiarkan sahaja mereka bersama dengan `dosa’ berkenaan, walhal amaran keras sudah diberikan.
Malangnya, laporan Reuters tidak menyatakan rasional mengapa rombakan perlu berlaku Oktober! Apakah semata-mata nak menjadikan "tragedi Oktober"! Dari segi bulan, ada juga berpendapat perkara besar wajar berlaku pada September seperti krisis kewangan dulu yang dikenali sebagai Black September.
Tetapi, Negarawan membuat keputusan menjangkaui ramalan-ramalan seperti ini dan jika berlaku, ialah hanya kebetulan. Rasionalnya berbeza dengan rasional seorang peramal.
Saya pula menjangkakan rombakan Kabinet, jika berlaku, akan berlaku pada penghujung Ogos ini atau awal September. Negarawan selalunya melihat prinsip-prinsip yang lebih tinggi, sebelum membuat keputusan-keputusan besar. Apakah prinsip yang dipakai Pak Lah dalam membuat keputusan?
Soalan ini hanya mampu dijawab oleh Pak Lah dan orang ramai hanya boleh `meneka’ prinsip itu dan cuba meramalkan `paten’ pemikirannya. Misalnya, dalam pemilihan ahli majlis tertinggi baru-baru ini, Pak Lah menggunakan prinsip. Calon yang kalah dalam mertebut jawatan Naib Presiden dan nampak ada sokongan akar umbi, dilantik sebagai ahli majlis tertinggi.
Inilah sebabnya Datuk Shahrir Samad terus dilantik, Muhammad Taib turut dibawa ke dalam majlis tertinggi.
Prinsip lain – Menteri yang tak bertanding MT akan dilantik menjadi ahli MT tetapi Menteri yang kalah MT tidak akan dilantik. Maka, dari prinsip ini, Datuk Rais Yatim dibawa masuk, manakala ketika-tiga Menteri yang Kalah Datuk Kadir Sheikh Fadhir, Datuk Azmi dan Datuk Dr Shafie Mohd Salleh tidak dilantik.
Kita seakan boleh menjangkakan bahawa ketiga-tiga Menteri ini akan digugurkan dalam Barisan Kabinet Pak Lah, kecuali mereka memperlihatkan prestasi sebagai seorang Menteri yang bagus, bijak dan membantu kepada pembangunan negara.
Meminjam sedikit ilmu nujum untuk meramalkan perubahan baru ini, saya menjangkakan (berasaskan prinsip seperti dinyatakan dalam kurungan): 1. Rafidah akan digantikan olehTimbalannya, Datuk Husni Hanazlah (kebetulan kedua-dua dari Perak, jadi memenuhi kuota Perak)
2. Kadir Sheikh Fadhir akan digantikan oleh timbalannya Datuk Zam atau Zainuddin Maidin (sekali lagi memenuhi kuota Kedah)
3. Datuk Azmi Khalid akan digantikan oleh Noh Omar (untuk meletakkan seorang Menteri dari Selangor)
4. Datuk Dr Shafie Mohd Salleh digantikan Datuk Dr Rais Yatim atau calon standby Datuk Dr Awang Adek kerana Awang Adek kini Setiausaha Biro Pendidikan UMNO serta ada sedikit pengalaman bersama akademia (Ini penting untuk merapatkan kembali hubungan akademia dengan kerajaan kerana dikatakan Menteri berkenaan bergaduh dengan akademia seperti VC UPM dan VC UTM).
5. Senator Datuk Nor Mohamed Yaakob digantikan oleh Datuk Mustapa Mohamad. MTEN dan EPU boleh diserapkan kembali dalam Kementerian Kewangan.
Dengan perubahan-perubahan terhadap Menteri, tidak boleh tidak jawatan Timbalan Menteri dan Setiausaha Partlimen akan menyaksikan perubahan yang agak besar. Apa lagi dengan perubahan kerana beberapa Timbalan Menteri terpaksa digugurkan atau sebab-sebab kesihatan seperti Datuk Mahathir Mohd Khir yang dikatakan masih lagi dalam proses rawatan.
Begitupun Pak Lah sahaja yang mengerti untuk menyusun Barisan Kabinetnya kerana beliau bertanggungjawab terhadap susunan baru ini.
Posted at 11:05 am by infojiboi
Permalink
Serangan Polis : Gas pemedih mata: Penduduk buat laporan polis
Serangan Polis : Gas pemedih mata: Penduduk buat laporan polis
KUALA TERENGGANU, 11 Ogos (Hrkh) – Seorang penduduk Kampung Tanjung, Batu Rakit, Rosmawati Mohamad Yasin telah membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu, di sini petang semalam berhubung dengan kejadian serangan polis terhadap perhimpunan yang diadakan di surau kampung itu pada 8 Ogos lalu
“Saya sesungguhnya percaya bahawa serangan tersebut adalah menyalahi undang-undang kerana ianya dibuat secara membabi buta dan penuh kekerasan di mana berpuluh-puluh gas pemedih mata telah dilepaskan dan sebahagian daripada gas itu telah masuk ke dalam rumah-rumah penduduk yang berdekatan,” katanya dalam laporan itu.
 |
Turut berada di balai polis semasa laporan itu dibuat ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Abu Bakar Chik, ketua penerangan, Haji Muhyiddin Abdul Rashid dan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat negeri, Ng Chai Hing.
(Rosmawati menunjukkan laporan polis yang beliau buat berikutan tindakan polis menyemburkan gas pemedih mata kepada satu perhimpunan di surau kampungnya)
Menurutnya, pihak polis juga telah gagal memberikan masa yang secukup kepada orang ramai untuk bersurai bahkan terus melepaskan tembakan gas tanpa mematuhi Akta Polis yang menghendaki amaran hendaklah diberi terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan.
Beliau menambah, akibat daripada gas yang masuk ke dalam rumah-rumah penduduk, terdapat penghuninya yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah telah sesak nafas dan mengalami kepanasan anggota badan. |
“Saya juga percaya pihak polis telah tidak menunjuk sifat menahan diri restraint dalam mengambil tindakan terhadap orang ramai yang kononnya telah melakukan kesalahan,” ujarnya lagi.
Ini, katanya telah menimbulkan cakap-cakap bahawa itu adalah satu lagi contoh keganasan polis terhadap masyarakat yang perlu secara segera diperjelaskan dan disiasat oleh pihak polis.
Beliau juga mempunyai kekhuatiran tentang kemungkinan kejadian yang berlaku itu didorong oleh sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan bahkan cuba juga melaga-lagakan orang awam dengan pihak polis.
“Oleh kerana itu, kami dengan rendah diri meminta supaya pihak polis dapat menyiasat perkara ini dengan secara terperinci tanpa mengira kedudukan atau status mereka dalam kerajaan atau perkhidmatan polis itu sendiri,” katanya.
Minta polis siasat laporan
Sementara itu, Jawatankuasa Bertindak Prihatin Masyarakat Batu Rakit (JBPMBR) menggesa supaya laporan yang dibuat oleh penduduk kampung yang terlibat dalam kejadian itu dapat membantu pihak polis untuk memulakan siasatan terhadap kejadian serangan terhadap penduduk kampung itu.
JBPMBR dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, petang semalam percaya bahawa serangan tersebut adalah bertentangan dengan undang-undang dan juga hak asasi manusia kerana perhimpunan tersebut yang telah diminta kebenaran daripada pihak polis dengan mematuhi syarat-syarat sebagaimana yang terkandung di dalam Akta Polis.
 |
Walau bagaimanapun, pihak polis dengan rakusnya tidak membenarkan majlis tersebut dengan memberi notis pada saat-saat akhir pada petang 8 Ogos 2005 atas alasan keselamatan.
(Abu Bakar Chik dan lain-lain turut berada di balai polis ketika laporan dibuat)
Notis tersebut tidak memberikan butiran lanjut apakah yang dikatakan merbahaya kepada keselamatan. Kerakusan ini lebih terserlah apabila hak-hak pengajur merayu dalam tempoh 48 jam tidak diberikan. |
Apabila majlis itu diadakan pada malamnya, pihak polis telah datang menggempur dengan full force seperti lori penyembur air kimia, trak tunda, trak pengangkut anggota, bas dan lain-lain, bahkan ada anggota Unit Simpanan Pesekutuan (FRU) yang bersenjatakan rifel M16.
Apabila polis sampai di Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, mereka langsung tidak memberikan masa untuk majlis itu bersurai, bahkan terus menembak gas pemedih mata di mana berpuluh-puluh gas pemedih mata yang masuk ke dalam rumah yang berdekatan sehingga ada menyebabkan wanita dan kanak-kanak lemas dan sesak nafas.
Kejadian pada itu menunjukkan dengan jelas sikap pihak polis yang menggunakan taktik high handed approach ketika mengendalikan kes berkait dengan penduduk yang langsung tidak bersenjata.
Pihak polis juga langsung tidak menunjukkan sifat menahan diri restraint bahkan bertindak membabi buta terhadap kononnya ancaman yang mungkin mereka hadapi.
Soalnya, adakah risiko ancaman itu munasabah dengan tindakan pihak polis? Adakah mereka yang berhimpun itu mempunyai senjata? Ataupun mereka penjenayah yang lepas lari?
Kami meminta pihak polis dapat menunjukkan sikap profesionalisme dalam menyiasat unsur-unsur jenayah yang mungkin ada dan menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka adalah pelindung kepada rakyat dan bukannya ancaman kepada masyarakat.
Sebagaimana Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia, persepsi masyarakat terhadap polis adalah rendah.
Sehubungan itu, jawatankuasa itu melahirkan kebimbangan sekiranya perkara itu tidak ditangani sebaik-baiknya, persepsi masyarakat terhadap polis akan terus menjunam dan tidak boleh ditingkat balik.
– KAM/ayu
Posted at 10:56 am by infojiboi
Permalink
NAZA MOTOR di perintah mahkamah membayar gantu rugi jual kereta CURI
NAZA MOTOR di perintah mahkamah membayar gantu rugi jual kereta CURI
 |
"NAZA MOTOR TRADING SDN BHD telah di perintah oleh mahkamah membayar ganti rugi, kepada pembeli yang tertipu.
Mr S. Lokanathan dari sitiawan semalam telah mendapat satu kemenangan setelah tertipu membeli se buah kereta mercedes dari NAZA MOTOR pada 1991.
Kad pendaftaran kereta ketika beliau membeli kereta menunjukkan sebagai | kereta mercedes 230E, walau pun sebenar nya kereta tersebut ialah dari model 200E. Ini jelas satu penipuan. Alasan sebagai ignorant telah di tolak oleh mahkamah.
Lebeh memburukkan keadaan kereta itu sebenar nya adalah sebuah kereta yang telah di curi dari London dan di seludup masuk ke Malaysia, sebagai kereta impot menggunakan AP. Lagi2 AP.
Persoalan nya sekarang, bagaimana AP boleh di salah guna membawa masok kereta curi. Dan agak nya berapa banyak kereta di atas jalan sekarang yang di impot menggunakan AP, berkemungkinan merupakan kereta curi?"
Posted at 10:00 am by infojiboi
Permalink
Isu AP : Kabinet gam Rafidah, Naza jual kereta curi
Isu AP : Kabinet gam Rafidah, Naza jual kereta curi
Sepanjang pengetahuan saya tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia merdeka seorang anggota kabinet tidak dibenarkan bercakap atau mengeluarkan kenyataan kepada media berkenaan hal ehwal kementeriannya.
Semalam sebagaimana dilaporkan oleh BULETIN UTAMA TV3 kabinet telah mengarahkan agar Rafidah Aziz Menteri Perdagangan Antarabangsa tidak lagi membuat sebarang ulasan ataupun kenyataan berhubung isu AP. Menurut maklumat mesyuarat kabinet semalam tegang apabila Rafidah para menteri kabinet tidak berpuas hati dengan penjelasan Rafidah.
 |
Menurut THE STAR ramai anggota telah mempertikaikan penjelasan Rafidah, yang tidak banyak berbeza dari penjelasannya sebelum ini khusus semasa Persidangan Agung Umno yang lalu. Akhbar tersebut melaporkan:
She appeared to be combative and defensive. At some points during the meeting, there were exchange of words between her and some cabinet ministers.
Beliau kelihatan begitu bengis dan banyak bertahan. Dibeberapa ketika ketika semasa mesyuarat, berlaku pertikaman lidah antara beliau dan beberapa menteri kabinet.
Menurut NST beberapa anggota kabinet merakamkan kekesalan di atas sikap Rafidah. Selama 2 jam kabinet menumpukan perhatian atas isu ini semata-mata. Akhbar tersebut melaporkan seorang anggota kabinet sebagai berkata:
| We were just not convinced by her explanation. And the worst thing was, she didnt seem to care whether we were convinced or not. It is as though she was right and all of us were wrong. That none of us know anything. This is sad.
Kami tidak yakin dengan penjelasan beliau. Dan yang paling malang sekali, beliau tidak peduli samada kami yakin ataupun tidak. Ianya seolah-olah beliau sahaja yang betul dan kami yang lain semua salah. Kami semua seolah-olah tak tahu apa-apa. Ini sungguh memilukan.
Solanya disini mengapa kabinet perlu menutup mulut Rafidah? Apakah bimbang barangkali mulut Rafidah akan memuntahkan banyak lagi isu-isu lain, laksana seorang yang hampir lemas, maka akan digagau apa sahaja disekelilingnya yang boleh dicapai untuk selamat. Akhirnya semua yang menggagau dan digagau akan turut lemas.
Sementara itu akhbar THE SUN hari ini melaporkan mahkamah sesyen Kuala Lumpur telah memerintahkan agar syarikat Raja AP, Naza Motor membayar balik (refund) seorang pembeli sebanyak RM165,000 kerana Naza telah menjual kepada beliau sebuah kereta Mercedes yang dilaporkan dicuri di England!
Semasa pembicaraan peguam Naza mengatakan mereka tidak tahu-menahu yang kereta tersebut dicuri.
Banyak lagi yang perlu diperjelaskan oleh Rafidah nampaknya.
:.Roslan
Posted at 09:55 am by infojiboi
Permalink
Thursday, August 11, 2005
WHAT CAUSES HAZE?
Posted at 03:10 pm by infojiboi
Permalink
Jerebu: Kehendak Allah yang tidak mampu ditolak
Jerebu: Kehendak Allah yang tidak mampu ditolak
Menurut akhbar THE STAR hari ini indeks pencemaran udara ataupun API untuk Kuala Lumpur pada jam 5 petang semalam adalah 276 iaitu tahap tidak sihat. Manakala Shah Alam (349), Putrajaya (337) dan Petaling Jaya (304) semuanya telah mencecah tahap merbahaya iaitu melebihi 300.
Inilah kali pertama kerajaan mengeluarkan bacaan API ini setelah ianya dirahsiakan dizaman Dr Mahathir kononnya atas alasan tidak mahu menjejaskan kemasukan pelancong-pelancong asing.
Pagi ini nampaknya tidak ada banyak perubahan di KL. Saya tidak pasti bacaannya akan tetapi berdasarkan imej-imej berikut, ianya masih ditahap berbahaya rasanya.
Sementara itu di sekitar Subang Jaya semalam, Allah swt menurunkan hujan ribut diikuti dengan hujan air batu ataupun hailstorm. Satu fenomena yang menakjubkan. Setelah diselubungi jerebu yang tebal sehingga beberapa sekolah di kawasan itu di tutup semalam tiba-tiba kira-kira jam 5.30 petang bunyi guruh yang kuat kedenganran diikuti dengan hujan rebut yang kuat sehingga menumbangkan beberapa batang pokok.
Hujan ini kemudiannya turut menaburkan ketulan-ketulan ais, subhanallah!
.Roslan
Posted at 12:11 pm by infojiboi
Permalink
Jerebu: Kerajaan diminta umumkan tahap terkini, rakyat diminta solat Istisqa'
Jerebu: Kerajaan diminta umumkan tahap terkini, rakyat diminta solat Istisqa'
SK Methodist Pantai Dalam, KL ditutup sessi petang manakala seorang pelajar SMK Sri Pantai KL muntah-mutah dikhuatiri kerana jerebu"
 |
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Hrkh) - Kerajaan diminta mengumumkan secara langsung kedudukan indeks pencemaran udara (API) dan kesan kepada menusia manakala rakyat pula dicadangkan oleh PAS agar mengadakan solat sunat Istisqa' untuk memohon menurunkan hujan.
"Saya mencadang dan memohon agar semua masjid dan markas PAS menganjurkan solat sunat Istisqa' untuk memohon kepada Allah agar diturunkan hujan bagi membersihkan jerebu yang sedang menyelubungi negara kita kini |
," kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.
Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, Nasharudin berkata, rakyat perlu diberitahu secara langsung kedudukan API semasa agar mereka boleh bertindak secara yang tepat dan bermaklumat.
"Walaupun Dato' Seri Najib kata tidak perlu, tetapi bagi kita maklumat ini sangat perlu untuk menjadi panduan kepada rakyat bertindak dengan tepat," kata Nasharudin.
Beliau yang baru turun dari kapalterbang yang membawanya dari Kota Bharu ke KLIA dan berkenderaan ke rumahnya di Cheras berkata, jerebu menyelubungi seluruh negara.
"Di Kota Bharu tadi tidak berapa tebal sangat tetapi di KLIA sangat tebal bahkan kini dalam perjalanan ke rumah saya di Cheras ini, KL penuh diselubungi jerebu," kata beliau kepada Harakahdaily.
Menurut Nasharudin, "kita tidak perlu menyalahkan sesiapa sekarang yang penting adalah mengambil langkah untuk menyelesaikannya segera dan memberikan amaran apa yang tidak patut dibuat dalam keadaan sebegini."
"Rakyat perlu tahu tahap semasa dan kerajaan perlu umumkan.
"Bagi saya sekarang, aktiviti di luar sangat tidak sesuai dan perlu dielakkan khasnya bagi kanak-kanak tetapi yang lebih tahu sepatutnya kerajaan," kata beliau lagi.
Menurut Nasharudin, dalam perjalanannya dari KLIA ke Cheras, jarak penglihatan tidak sampai satu KM dan ini sangat bahaya.
Banyak kenderaan yang memasang lampu kenderaan masing-masing.
"Saya pohon supaya semua pihak berhati-hati di jalan raya khasnya kerana keadaan sangat bahaya di luar. Memasang lampu kereta adalah perlu ketika ini," kata beliau kepada Harakah.
Sekolah tutup sessi petang
Wartawan Harakahdaily pula melaporkan, Sekolah Kebangsaan Methodist Jalan Pantai Baru, Kerinchi, Kuala Lumpur menutup sessi petangnya berikut jerebu yang semakin tebal di sekitar kawasan itu.
Seorang pelajar SMK Sri Pantai Kuala Lumpur yang berdekatan pula dibawa ke hospital kerana muntah-muntah yang dibimbangi kerana jerebu.
Kesemua pelajar lain sekolah itu telah diarahkan pulang awal iaitu kira-kira jam 12.30 tengahari.
Anjur solat Istisqa'
Sementara itu, Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan solat sunat Istisqa' (minta hujan)pada 13 Ogos ini.
Menurut Timbalan pengerusi lajnah tersebut, Hj Mohamad Nor Mohamad, solat sunat tersebut akan diadakan pada pukul 10 pagi di Darul Ummah, no 42, Jalan 1, Kg Pandan, Kuala Lumpur.
API dan AP hangatkan Kabinet hari ini
Dalam mesyuarat Kabinet hari ini, dua isu utama iaitu API dan AP dijangka akan dibahaskan oleh pemimpin negara.
Air Polutant Indeks (API) dan Appoved Permit (AP) dikatakan bakal menjadi isu hangat.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Dato' Seri Rafidah Aziz telah diminta oleh Perdana Menteri untuk menerangkan kepada Kabinet tentang isu itu.
"Banyak perkara yang dia perlu jelaskan kepada Kabinet," kata Abdullah kepada media.
-ZS
Posted at 10:05 am by infojiboi
Permalink
Isu AP: Mulut Rafidah kena ‘gam’
Isu AP: Mulut Rafidah kena ‘gam’
 |
|
"Emmmm...emmmm.emmmmm.....ooommm" |
Jawapan yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang samaada betul ke tak betul Datuk Seri Rafidah Aziz memberi penjelasan yang mengelirukan mengenai AP kepada perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini seperti yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad belum diketahui lagi setakat ini.
Satu kenyataan empat perenggan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri lewat Rabu ekoran mesyuarat kabinet dimana Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu telah memberi penjelasan terperinci mengenai isu itu antara lain memberitahu dasar pemberian AP perlu dinilai semula kerana terdapat kelemahan dalam dasar sedia ada.
Kenyataan itu berkata jemaah menteri dalam mesyuaratnya hari Rabu telah membincangkan secara terperinci isu berkaitan AP.
"Hasil daripada penilaian ini akan diambil kira dalam Dasar Automotif Nasional yang akan diumumkan bulan depan," katanya.
Kenyataan itu juga berkata buat masa ini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz tidak perlu membuat kenyataan lanjut kepada pihak media mengenai isu itu sehingga dasar tersebut dikeluarkan.
Sementara itu para wartawan dan jurugambar yang ‘berkampong’ di bangunan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Jalan Duta sejak pagi gagal mendapat apa-apa kenyataan yang lebih jelas dari Rafidah mengenai butir-butir penjelasan yang diberikannya kepada kabinet.
"Saya tak ada apa nak cakap. Tunggu Perdana Menteri keluarkan kenyataan," kata Rafidah yang tersenyum kepada para wartawan yang telah menunggunya di perkarangan MITI selama hampir tujuh jam sebelum kereta yang dinaikinya memecut dari situ.
Beliau telah berjaya mengelak diri dari para wartawan di Putrajaya sebelum pulang ke kementeriannya pada pukul 2.35 petang untuk mesyuarat pasca Kabinet dengan pegawai-pegawai kanannya.
Sekali lagi beliau meloloskan diri daripada pemberita-pemberita yang menunggunya di pintu utama ketika beliau memasuki bangunan MITI di Jalan Duta itu melalui pintu tepi, diiringi oleh seorang pegawai wanita.
Pada kira-kira 4.20 petang, beberapa orang pegawainya dilihat meninggalkan bangunan itu tetapi enggan mengulas mengenai apa yang berlaku pada mesyuarat mereka.
Seorang pemberita yang telah menghantar pertanyaan melalui satu perkhidmatan mesej ringkas (SMS) kepada Rafidah menerima jawapan, dengan menteri itu berkata bahawa tiada sidang akhbar dan akhbar boleh pulang kerana perdana menteri akan mengeluarkan satu kenyataan.
Tetapi pemberita-pemberita itu masih enggan berganjak, kerana mengharapkan untuk melihat beliau sekilas dengan menempatkan diri mereka di pintu-pintu berlainan kompleks kerajaan Jalan Duta itu.
Hampir pukul 6.45 petang, Rafidah berhadapan dengan beberapa orang pemberita yang masih mengintai ketika beliau muncul daripada lif di lobi utama bangunan MITI.
Rafidah kemudian tersenyum tetapi berkata beliau tiada apa untuk dinyatakan.
Pemberita kemudian berebut-rebut menuju beliau tetapi beliau dibawa keluar dengan pantas oleh pegawai-pegawai keselamatan ke kereta Toyota Lexusnya yang menunggu di bawah bumbung.
Beliau terus berkata bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengeluarkan satu kenytaan.
Bila ditanya bila kenyataan itu akan dikeluarkan, beliau menjawab, "Hari ini 'kut."
Rafidah, yang kelihatan tenang kemudian mengucap terima kasih kepada media yang hadir sebelum memasuki keretanya yang memecut pergi.
Posted at 09:41 am by infojiboi
Permalink
Sdr Khairy Jamaluddin, turunlah jengok rakyat di Rembau ni
Sdr Khairy Jamaluddin, turunlah jengok rakyat di Rembau ni
Assalamualaikum Sdr Khairy,
Mungkin saudara tak mengenali saya. Tak tahu apa gelaran nak dipanggil Angah, Abang atau saudara ? Kita ni asal kampung sebelah-sebelah saja di Rembau ni. Saudara di Kg Gadong, saya di Kg Tanjung, mungkin sewaris atau bau-bau bacang. Ayah saudara saya adalah sepupu kepada arwah ayah anda Dato Jamaluddin. Emak saudara saya sering menujungi ibu anda di KL.
Cuma nak beritahu sedikit masalah orang Rembau ni sejak akhir-akhir ini, memandangkan saudara pun orang Rembau, dan parlimen Rembau ni luas, dari Kg Gadong tu sampailah kat Senawang ni.
Datanglah jengok-jengok melihat masalah rakyat kat sini. Janganlah hanya berbincang mengenai dasar DEB, polisi baru dan semuanya. Orang kampung kat Rembau dan pekerja kilang tak faham semua itu. Yang mereka tahu sekarang harga minyak dah naik, beras dah naik, telur ayam sampai dekat 30 sen sebiji, gas masak RM 19. Nak kawal inflasi macam mana lagi kalau barang yang amat diperlukan dah naik dan terpaksa beli ?
Tambah pula masalah air sekarang ni. Kejap ada kejap tak ada. Kalau ada tekanannya rendah, lepas tu bil airnya tinggi.
Pernah tak saudara pergi Terminal One Seremban atau Perhentian Teksi kat Rembau tu berborak dengan pemandu teksi di sana, tanya apa masalah mereka sekarang sejak harga minyak naik. Apakah mereka senang mendapat penumpang sekarang, adakah mereka sering diganggu oleh penguatkuasa, adakah cukup makan mereka anak bini untuk hari tersebut.
Apabila saudara balik Kg Gadong tu bila lalu Pedas tu tutuplah air cond kereta dan buka tingkap. Apa yang saudara bau kalau bukan bau busuk tapak pelupusan sampah satu Seremban yang dihumbankan di Pedas, tepi jalan, dekat kampung.
Apabila saudara lalu Chembong tu masuklah dalam kawasan perindustrian Chembong, tengok berapa banyak kilang-kilang yang telah ditutup dan dibiarkan menjadi sarang segala jenis benda buruk.
Ini hanyalah sedikit sahaja masalah yang dibentangkan untuk tatapan saudara. Dalam sibuk-sibuk membuat perancangan DEB tu, jengok-jengoklah orang Rembau ni.
Wassalam.
Posted at 09:17 am by infojiboi
Permalink
|
|
|