<< August 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


Al-Quran -

Search Islamic Directory
Keyword:


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed




Monday, August 15, 2005
Jerebu, adakah alam mempersendakan manusia ?

Hampir dua minggu negara kita Malaysia dilanda jerebu. Menurut laporan ianya berpunca daripada kebakaran hutan di Indonesia yang mana asap kebakaran hutan tadi ditiup ke Malaysia oleh angin monsun pada ketika itu.

Sebelum jerebu melanda negara pada tahun ini tiada sebarang ramalan pun yang mengatakan bahawa Malaysia sekali lagi akan dilanda jerebu dengan kecanggihan sistem satelit negara yang dapat mengesan tompok panas di Sumatera. Malah dengan kecanggihan sistem ramalan negara juga tidak dapat meramalkan bahawa angin monsun tadi akan meniupkan asap kebarakan tadi dari Sumatera ke pantai barat Semanjung terutamanya di sekitar Lembah Kelang.

Maka mulalah pemimpin, rakyat dan media menyalahkan kerajaan dan rakyat Indonesia kerana membiarkan rakyat Malaysia menderita akibat hutan yang dibakar di Indonesia bagi tujuan pertanian dan komersial.

Sejak dua minggu sudah , hari demi hari Indeks Pencemaran Udara IPU menunjukkan peningkatan yang membawa daripada keadaan udara yang tidak sihat ke tahap yang bahaya. Kemuncaknya ialah apabila pada hari Khamis 11 Ogos 2005 kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan darurat di dua tempat di Malaysia ini iaitu di Kuala Selangor dan Port Klang. Orang ramai mula panik tertanya-tanya apa akan berlaku apabila perisytiharan darurat akibat jerebu ini, apa tindakan yang harus mereka ambil.

Lebih memburukkan berita apabila dikhabarkan pula kepada rakyat dalam semua media bahawa keadaan akan bertambah teruk lagi kerana dalam masa dua minggu akan datang pula angin monsun sekali lagi yang diramalkan akan meniupkan lebih banyak asap daripada hutan yang terbakar di Indonesia ke Malaysia.

Pelbagai cadangan yang sedang dalam pertimbangan untuk memulihkan keadaan jerebu di Malaysia ini, yang mampu dilakukan hanyalah pembenihan awam yang menelan belanja yang tinggi untuk mendatangkan hujan yang boleh menghilangkan jerebu tadi.

Satu kejadian alam yang aneh berlaku pada hari Jumaat sebelum umat Islam menunaikan solat Jumaat. Pancaran cahaya matahari mula keluar dari lilitan awan yang cerah serta dikelilingi langit yang biru. Pemandangan langit biru ini semakin lama semakin membesar setelah solat Jumaat. Sebelum ini pemandangan yang terhad akibat jerebu yang tidak sampai satu kilometer telah menampakkan langit yang biru serta awan yang tinggi yang letaknya beberapa kilometer diatas udara. Sedikit demi sedikit jerebu hilang entah kemana, tiada hujan yang turun untuk menghilangkan jerebu tadi. Ianya hilang dengan sendiri.

Ramalan dengan penggunaan satelit yang canggih seolah-olah dipersendakan oleh alam semulajadi atau “mother nature”. Ramalan yang mengatakan sebelum ini jerebu akan bertambah teruk dalam masa dua minggu tiba-tiba hilang begitu sahaja. Ramalan yang mengatakan hujanlah satu-satu faktor yang dapat meredakan jerebu, membuktikan sebaliknya apabila jerebu hilang begitu sahaja.

Apakah alam semulajadi atau “mother nature” ini sengaja hendak mempersendakan manusia dengan tiupan angin monsunnya ? Apakah kerana sebelum ini negara telah dua kali digemparkan berada dalam keadaan darurat iaitu darurat untuk membekalkan kondom kepada pesakit HIV/AIDS dan darurat untuk menghalalkan pelacuran , maka alam mempersendakan kita di Malaysia ini untuk mengisytiharkan darurat yang sebenarnya ?

Siapakah sebenarnya yang mengawal sistem alam ini atau “mother nature” ini kalau bukan Allah swt ? Maka apakah mungkin Allah mempersendakan manusia dengan jerebu, kerana manusia sering mempersendakan hukum Allah yang terdapat didalam Al Quran ?

Persoalannya hutan di Indonesia itu terbakar setiap tahun, malah mungkin setiap bulan, tetapi mengapa tiba-tiba jerebu melanda Malaysia dan tiba-tiba jerebu menghilangkan diri. Siapa yang mempersenda siapa ?

:.Rozmal

Posted at 10:41 am by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Sunday, August 14, 2005
Ketua Islam Hadhari Malu malu untuk suruh rakyat sembahyang hajat

Saya tersenyum apabila melihat berita tv dimana Ketua islam Hadhari seolah olah malu malu untuk menyuruh rakyat sembahyang hajat untuk menyelesai kes jerebu. Dollah hanya sebut satu rangkap saja seruannya supaya rakyat sembahyang hajat itu pun disebut dengan perkataan 'tuhan' bukan 'Allah' . Orang Islam hadhari ni susah nak sebut perkataan Allah kerana Allah hanya tuhan untuk orang Islam. Kalau sebut Allah takut terguris orang kafir yang juga ada tuhan , jadi bila sebut minta tolong pada 'tuhan' maka menrailah tuhan orang bukan islam.

Dolah tidak pun menerangkan dengan panjang lebar tentang kaedah meminta doa kepada Allah samaada dengan munajat atau naik atas bukit dan minta doa. Nampak nya tak penting mana bagi Dollah semua perkara ini. Tidak juga di sebut tentang kerahan semua imam , hafiz , orang baik baik untuk berdoa . Tidak penting mana bagi Dollah, ketua islam hadhari ini.

Tambah tambah lagi arahan sembahyang hajat ini disebut apabila index jerebu sudah mencecah 500 iaitu taraf hazardous atau bahaya. Serupalah kes firaun yang sudah lemas di laut merah. Apabila sudah sampai tahap tidak boleh buat apa apa baru lah firaun berdoa.

Sebelum ini dollah tidak sebut sembahyang hajat malah tidak mengendahkan sembahyang hajat perdana pas menentang perobohan masjid bujal.Dollah sebenarnya tak takut sembahyang hajat rakyat terhadap kerajaan nya . Dollah tak memberi satu komen pun apabila gangster nya deris jusoh meroboh masjid bujal . Malah dalam jerebu pun polis Dollah badawi menembak gas pemedih mata jenis baru kepada rakyat yang ingin mendengar ceramah ugama di Mat chil , kg tanjung . Cuba bayangkan dalam keadaan jerebu boleh polis dollah badawi tembak gas pemedih mata.Saya tak tahu lah islam apa yang Dollah badawi nak bawa.

Sepatutnya dollah badawi belajar dari peristiwa tsunami acheh yang mengorban ratus ribu rakyat tapi sebaik ketakutan tsunami hilang , concert tsunami di buat. Ini diikuti dengan konsert konsert lain. Allah maha melihat dan ia melihat perangai hamba nya yang bengong , bebal dan takabbur.Salah seorang hamba nya yang bebal , dan takabbur ialah Dollah badawi.

Posted at 05:07 pm by infojiboi
Comment (1)  

Saturday, August 13, 2005
Tuan Guru Abdul Hadi beri Amaran - Agama lain Jgn Campur Tgn Kes Murtad

Oleh:Ahmad hadeed

Yang menjadi masaalah nya mengapa hakim bukan Islam mengada ngada untuk mempertahankan Kamariah Si murtad. Ia adalah pembicaraan berkaitan dengan aqeedah 'Kamariah Murtad 'mengikut hukum syariah demi untuk menjaga keimanan orang islam umum bukan berkaitan dengan aqeedah penyembah berhala atau kristian.Atau adakah Kes Kamariah Murtad akan menjadi satu kes unggul yang akan memberi 'legal right 'bahawa orng Melayu bebas untuk murtad?Adakah ini satu conspiracy orang kafir terhadap orang islam.

Ustaz Hadi Awang , seorang ulama' terkenal di Malaysia , merangkap Amir Jemaah islam PAS , memberi amaran keras kepada orang bukan Islam di Malaysia supaya tidak menolong Ayah Pin dan pengikutnya yang sedang didakwa oleh Makhamah Syariah Terengganu kerana dengan menolong Ayah Pin dan pengikutnya , ini bermakna mencampurtangan urusan Ummat Islam di Malaysia.
Amaran ini di beri apabila beliau menyampaikan ucapannya di satu ceramah umum semperna I'tifal Darul Quran Rusila di perkarangan Masjid Rusila pada Rabu 10 Ogos 2005.Beliau menegaskan bahawa orang bukan Islam boleh mengamalkan ugama mereka tetapi jangan kacau hal ehwal orang Islam khusus dalam kes pendakwaan murtad keatas Ayah Pin yang cuba memurtadkan orang islam yang lain diseluruh negara.

Ini berikutan dengan ada pihak bukan Islam yang cuba menolong kumpulan Ayah Pin yang murtad supaya mereka dibicara di makhamah sivil bagi mengelakkan dihukum di makhamah syariah. Seorang wanita pengikut ayah pin sudah diajar supaya mengaku murtad oleh pihak tertentu untuk mengelakkan dari dihukum oleh makhamah syariah.

Ustaz Hadi Awang memberi amaran bahawa PAS akan bertindak jika berlaku campurangan orang bukan Islam dalam hal ehwal orang Islam khususnya kes murtad pengikut ayah pin .

Untuk mengikuti sedutan ucapan sebenar sila ke http://ahmadhadeed.tripod.com

Dalam perkembangan terkini , Kamariah Ali, 54, kelulusan Al Azhar mesir ,yang ditahan 20 Julai lalu dan tidak dibenarkan ikat jamin dituduh mengikut Seksyen 7, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 kerana mengaku keluar daripada Islam.Beliau telah mengaku murtad di Makhamah Rendah Syriah Kg Raja sehari selepas di tangkap dalam operasi keatas perkampungan murtad Ayah Pin . Hakim Muhamad Abdullah adalah hakim yang menhakimi kes ini.

"Mohamad said the Bar Council had requested permission for her to be represented by "outside lawyers", but the law stated that she could only engage a lawyer practising in Terengganu.

"Section 57(6) of the Terengganu Syariah Administration Enactment 2001 prevents you from engaging outside lawyers to represent you in the Syariah High Court," he said. "


"Hakim Makhamah Tinggi Shariah Mohamad Abdullah telah berkata bahawa Bar Council( yang mempunyai ramai ahli dari ugama kafir )telah meminta kebenaran untuk mewakili Kamariah yang murtad ini dengan menggunakan peguam luar tetapi ditolak keran Kamariah al murtad ini mengikut undang undang shariah terenggany hanya boleh di bela oleh peguam sharie yang berdaftar dengan makhamah syariah sahaja dan tiada peguam yang mahu membela Kamariah al murtad ini."

Oleh kerana kes murtad adalah kes aqeedah maka hanya peguam syarie saja memahami dan dapat mengambil bahagian dalam perbicara hal aqeedah ummat islam.

"Section 57(6) of the Terengganu Syariah Administration Enactment 2001 melarang awak mengambil peguam luar untuk mewakili kamu " kata hakim Muhammad dalam perbicaraan.

Yang menjadi masaalah nya mengapa hakim orang bukan Islam mengada ngada untuk mempertahankan Kamariah Si murtad. Ia adalah pembicaraan berkaitan dengan aqeedah Kamariah al murtad mengikut hukum syariah demi untuk menjaga keimanan orang islam umum.Ia nya bukan berkait dengan penyembah berhala atau kristian .Atau adakah Kes Kamariah Murtad akan menjadi satu kes unggul yang akan memberi kebebasan dari segi 'legal right ' supaya orng Melayu bebasmurtad?Adakah ini satu conspiracy orang kafir terhadap orang islam.


Pada 11 ogos 2005 , Pengerusi Bar Council (i Kafir) Yeo Yang Poh telah membuat statement bahawa 'menjadi tugas seluruh peguam di SELURUH DUNIA untuk memberi perkhidmatan professional tanpa di halang oleh ketidak popular pelanggan. atau kerana perbezaan , walau bagaimana besar dalam ideology atau KEPERCAYAAN antara pelangan dan peguam atau antara pelangan dengan masyarakat . "The Bar Council today in a press statement issued by its Chairman, Yeo Yang Poh said the duty to prosecute a client’s case or to defend a client’s action to the fullest is as sacred as the duty of doctors to treat their patients without regard to their personal beliefs
Referring to reports that 45 alleged followers of Ayah Pin charged in the Syariah Court last Wednesday were having difficulty in getting Syariah lawyers to represent them, Yeo said it is a hallmark and a responsibility of lawyers all over the world to provide their professional services without being inhibited by any unpopularity of the client’s cause; or by any difference, no matter how great, in ideology or belief between the client and the lawyer or between the client and the society at large.

Sekarang nampaknya si Yeo Yang Poh ini ingin meng-internationalise-kan kes murtad kamariah supaya Ummat Islam mendapat tekanan politik dari puak kafir antarabangsa, america dan zionist.

Ummat Islam tidak perlu gentar menghadapi tikus tikus kafir ini yang sentiasa mengerit dan menggigit untuk mengurai ikatan akhir ummat islam iaitu undang undang murtad. Dengan terurai nya saki baki undang undang murtad ini maka berbondong bondong lah mubaligh kristian ,hindu dan bahai menerkam untuk memurtadkan orang melayu.

Memang lah orang kafir sekarang sudah menjadi angkuh kerana dilayan manja oleh UMNO . Mereka sudah mula tidak menghormati the sovereignity of syariah law atau kedaulatan undang undang shariah malaysia. Saya merasakan , Malaysia wajar di perjuangkan oleh semua ummat islam untuk menjadikan nya Negara Islam sepenuhnya supaya hak mutlak dipulangkan kepada Allah dan Bar Council boleh hanya menggigit kuku untuk campurtangan dalam hal ehwal ummat islam. Ameen.

Posted at 12:45 pm by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Malu dan segan rasanya nak Solat Hajat minta hujan, hapus jerebu

Kalaulah kita hendak jumpa pemimpin negeri katakan Menteri Besar, kita berhajat hendak dapatkan projek, atau meminta sokongan permohonan biasiswa anak, atau hendak minta didirikan balairaya di kampung kita, atau hendak minta dibuat padang bola untuk remaja di taman kita bermain, malu tak rasanya kita pergi dengan pakaian compang-camping, rambut kusut-masai, badan bau hapak?

Lepas tu kita hendak minta sokongan biasiswa untuk anak kita, anak kita tidak hadir bersama, lebih teruk lagi anak kita yang nakal itu mencalarkan kereta MB, berlumba motosikal depan rumah MB dan sebagainya? Pasti malu dan segan rasanya. Sudah pasti kita akan berpakaian segak, pastikan rambut kita kemas, kalau perlu digunting kita gunting dahulu. Lepas tu kita nasihatkan anak-anak kita supaya bersopan apabila jumpa MB, anak-anak muda yang hendak minta padang bola juga hendaklah bersopan apabila jumpa MB dan tidak lagi berlumba motosikal di hadapan rumah MB dan sebagainya.

Apatah lagi kita dengan Allah. Tidak malukah kita minta diadakan solat hajat akan seluruh rakyat jelata, sedangkan mereka yang sering ingkar melanggar perintah Allah dan meninggalkan suruhan Allah ini tidak disuruh dahulu berbuat baik dan meninggalkan segala maksiat.

Jerebu, kekurangan air, tiada hujan, kenaikan harga barangan semua ini adalah masalah besar yang melanda semua rakyat di Malaysia ini. Sudah pasti hendaklah diarahkan dahulu umat Islam di negara ini berbuat baik dan meninggalkan kejahatan, sebelum kita memohon satu hajat yang begitu besar daripada yang Maha Esa, kerana ini adalah solat hajat untuk seluruh negara, bukannya solat hajat untuk anak kita lulus cemerlang dalam UPSR. Sedangkan jika kita mengadakan solat hajat untuk anak kita lulus cemerlang dalam UPSR pun kita ajak anak kita melakukan solat hajat dan membaca Yasin secara berjemaah.

Memang benar jerebu adalah disebabkan kebakaran hutan di Sumatera, tetapi mengapa angin meniup jerebu tadi ke Malaysia, mengapa tidak ke Lautan Hindi? Jika jawapannya ialah monsun, mengapa pula ada monsun dan seterusnya. Sesungguhnya kebakaran hutan tadi adalah penyebabnya sahaja, seperti mana kalau kita makan kenyang ada juga orang makan yang tak kenyang-kenyang, kerana semua ini adalah ketentuan Allah.

Posted at 12:41 pm by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Jerebu mendekatkan manusia kepada Allah

Suasana jerebu terus melanda sebahagian besar Selangor dan Kuala Lumpur. Setakat jam 11 pagi tadi laman web Jabatan Alamsekitar (update terlalu lembab dalam laman ini) mecatatkan indek pencemaran udara ataupun API bagi Shah Alam pada 412 (berbahaya) Kuala Lumpur 365 (berbahaya) dan Pelabuhan Kelang 314 (berbahaya).

Dari pandangan fizikal nampaknya kawasan di sekitar Subang jaya dan Shah Alam semakin buruk petang ini berbanding dengan sbelah pagi dan tengahari tadi.

Jelas suasana jerebu ini banyak melembabkan aktiviti harian. Sekolah-sekolah terpaksa ditutup manakala aktiviti luar termasuk bagi mereka yang berniaga dan menjaja banyak yang terjejas. Rata-rata jerebu ini membawa nestapa kepada rakyat yang terlibat.

Walaubagaimanapun jerebu turut menganggu beberapa aktiviti hiburan yang dicadang dianjurkan oleh beberapa pihak tertentu. Contohnya menurut MALAY MAIL hari ini, acara Explorace 2005 anjuran Media Hiburan TV3 yang dijadualkan pada 13 Ogos di 1 Utama terpaksa dibatalkan. Begitu juga Bazaar Bersamamu anjuran TV3 yang sepatutnya diadakan di KL Sentral Ahad ini turut dibatalkan. Kesemua acara-acara ini dijadual diselang-seli dengan acara hiburan dengan penyertaan para artis dan penghibur.

Senario seumpama ini mengingatkan kita dengan dengan keadaan sejurus selepas bencana Tsunami menjelang perayaan tahun baru yang lalu. Habis semua acara sambutan dan hiburan dibatalkan. Manusia bergegas-gegas dan berbondong-bondong ke masjid dan surau.

Barangkali manusia ini hanya boleh diajar melalui bencana alam. Hanya apabila berlaku bencana seumpama ini barulah masjid dan surau dipenuhi (walaupun taklah banyak berbeza angkara jerebu ini). Dan para pemimpin negara pun kedengaran menyuarakan agar diadakan majlis solat hajat dan seumpamanya. Sebagaimana dilaporkan oleh Reuters:

As the call to prayers echoed from mosques around the mainly Muslim country, the premier called for Muslims, Christians, Buddhists and Hindus to seek divine intervention to wash the skies of a week-long haze that has threatened public health.

Sejurus kedengaran laungan azan dari corong masjid-masjid dalam negara umat Islam ini, Perdana Menterinya menyeru penganut Islam, Kristian, Buddha dan Hindu agar memohon menurut kepercayaan masing-masing agar suasana kelam yang menganggu kesihatam rakyat ini kembali pulih.


Tak tahulah apa akan jadi kalau API beransur baik, pakat lupa kembalilah agaknya, wallahualam.

Posted at 12:18 pm by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Friday, August 12, 2005
Pengetahuan mengenai bahaya jerebu

  Ramai tidak faham apa dia jerebu dan kesannya kepada kepada kesihatan. Tulisan ini cuba menjelaskannya" Disusun oleh Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali  

Jerebu adalah satu keadaan di mana mutu udara persekitaran sudah tercemar. Udara yang dihirup dipenuhi dengan pelbagai debu, habuk,gas dan juga bahan-bahan kimia. Antara gas-gas yang ada dalam jerebu adalah CO, O3, PM10, SOx dan NOx.
Apa kaitan jerebu dengan manusia? Segala debu,habuk dan gas-gas dalam jerebu membentuk sebatian kimia yang membahayakan kesihatan manusia, juga kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan

Apa yang menyumbang kepada jerebu?

1. Pembakaran secara terbuka
2. Penggunaan bahan bakar yang 'kotor'
3. Penggunaan minyak mengandungi plumbum untuk kenderaan
4. Kawalan pencemaran yang tidak berkesan
5. Pelbagai semburan atau aerosol
6. Pelbagai pembakaran yang menyumbang kepada penghasilan asap
7. Mungkin juga pembakaran rokok !!!

Alam sekitar adalah merupakan salah satu 'amanah' yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia untuk diurus tadbir dengan jujur dan baik. Alam sekitar tidak boleh dibiarkan saja, apalagi dicemari kerana ini bukan saja menodai `amanah' yang diberikan, tetapi akan menyebabkan berbagai kesulitan kepada kehidupan seharian serta semua makhluk.

Golongan yang berisiko tinggi -menurut Bahagian Kawalan Penyakit (1998):

· Kanak-kanak dan bayi
· Orang tua
· Golongan berpenyakit seperti:
+ Asma
+ Bronkitis
+ Radang paru-paru
+ Penyakit paru-paru yang kronik
+ Penyakit jantung
+ Alahan

· Perokok
· Mereka yang sentiasa berkerja di luar rumah

Apakah kesan kesihatan kepada manusia

1 Gangguan saluran pernafasan dan paru-paru seperti asma atau lelah, sesak nafas dan radang paru-paru
2 Mata terasa pedih-pedih,berair dan rengsa serta menyebabkan konjuntivitisbr> 3 Kepala berasa berat dan sakit
4 Dada ketat dan terasa sesak
5 Letih yang berlebihan dari biasa
6 Ketidak stabilan emosi
7 Gangguan kepada hormone terutama wanita
8 Kesan kepada ibu yang mengandung dan juga kepada janin
9 Mungkin menyebabkan maut jika gangguan pernafasan menyebabkan serangan asma atau bronchitis yang teruk

*partikel terampai ini boleh menyebabkan kesan kepada:

· Kematian bayi dalam kandungan
· Masalah pernafasan
· Asma yang kritikel
· Bronkitis yang kronik
· Kerosakan paru-paru
* Menurut EPA ( Unit Pencemaran Udara USA ) (1992)

Indeks Pencemar Udara (IPU) di Malaysia

0-50 -----Sihat
51-100 ----sederhana
101-200 -------tidak sihat
201-300 ------sangat tidak sihat
> 300 --------Berbahaya

Sumber: JAS 1997

Apa yang perlu anda lakukan

· Menutup hidung dan mulut semasa berada di luar
· Memakai kaca mata yang boleh melindungi mata
· Meminum air yang banyak untuk melegakan rongga pernafasan, khususnya tekak
· Memasukkan air dalam hidung bagi membersihkan saluran hidung yang menapis kotoran
· Kerap mencuci muka dan badan bagi menghilangkan kotoran
Selain itu, anda boleh lakukan perkara berikut

Kerap mengambil wuduk bagi orang Islam
· Ambil makan seimbang yang berkhasiat terutama sayuran dan buah-buahan
· Kurangkan masa berada diluar rumah atau bangunan
· Mungkin pengambilan vitamin serta makanan kesihatan dapat meningkatkan imuniti dan tahap kesihatan
· Mungkin juga penggunaan alat pembersih udara dalam tempat tertutup boleh membantu mengekalkan udara dalaman yang bersih
· Kurangkan aktiviti yang menggunakan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti: menyembur, mengecat
· Menggunakan air semburan untuk menggurangkan habuk
· Mengurangkan penggunaan alat yang boleh menghasilkan bahan pencemaran
· Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor
· Mengalakkan penggunaan kenderaan awam
· Menasihati orang awan menjauhi tempat berjerebu
· Pengharaman pembakaran secara terbuka
· Kawalan lebih ketat kepada industri.
· Mengurangkan waktu persekolahan .
· Mengurangkan masa bekerja
· Penggunaan kenderaan awam secara percuma atau diskaun
· Pesakit mengidapi penyakit pernafasan dinasihati meninggalkan kawasan yang terlibat
· Mengurangkan aktiviti kemungkaran dan kemaksiatan kerana setiap yang berlaku didunia ini pasti ada kaitannya dengan dosa, kerosakan dan kezaliman yang dibuat manusia itu sendiri
· Bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan agar diturunkan hujan bagi membersihkan kembali udara

---------------------

Penulis adalah Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hal Ehwal Luar Dewan Muslimat PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat. Beliau boleh dihubungi melalui email docpearl@doctor.com, docpearl@hotmail.com dan Tel: 0341068466, Fax: 0341068469 , Tel/fax: 0342565548

Posted at 12:17 pm by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Banyak Menteri Bakal Digugurkan?

"MENGIKUT laporan agensi Reuters 1 Ogos lalu, rombakan Kabinet kali ini yang dijangka berlaku bulan Oktober ini merupakan “biggest cabinet reshuffle in two decades.” Baik berita Reuters mahupun berita lain dalam dunia internet meramalkan rombakan kali ini merupakan tsunami baru untuk memperlihatkan barisan sebenar Kabinet Pak Lah.

Sesungguhnya, khabar angin sudah bertiup sejak April tahun ini tetapi nampaknya ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu yang tentunya mengikut kebijaksanaan Perdana Menteri.

Apakah beliau menunggu sehingga selesai isu Tan Sri Isa Samad yang dijatuhi hukuman enam tahun (tertakluk kepada rayuan yang keputusannya dijangka beberapa hari lagi) atau menunggu sehingga selesai pemilihan parti komponen Barisan Nasional, iaitu MCA pada 20 Ogos dan Gerakan pada 28 Ogos ini?


Setakat ini nampaknya tiada orang yang menjangkakan Isa boleh diselamatkan lagi. Tiga Menteri Kabinet lain yang kalah Majlis Tertinggi juga dijangka dalam keadaan "telur dihujung tanduk" apa lagi bagi Menteri yang tidak "perform" atau menyumbang kepada masalah kepada Perdana Menteri (baca: negara).


Datuk Seri Rafidah Aziz iaitu anggota Kabinet paling lama yang ada sekarang juga seperti berada di ambang senja. Hak prerogatif Perdana Menteri turut merangkumi Menteri Besar atau Ketua Menteri, dan apakah beliau juga mahukan melakukan perubahan yang sama? Mungkinkah rakyat Kedah, Johor dan Selangor akan dapat menikmati Menteri Besar yang baru?


Selain Isa yang dikenakan tindakan disiplin parti kerana terbabit dalam politik wang yang mempunyai saksi, tentunya Pak Lah mempunyai maklumat yang sahih walaupun tidak boleh didakwa oleh Lembaga Disiplin. Sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri, beliau tentunya dapat akses maklumat "sianu-sianu" yang berada dalam Kabinet sekarang ini yang terbabit dalam politik wang.


Ramai berpendapat rasuah politik baru-baru ini bukan sahaja dilakukan oleh Naib Presiden tetapi anggota yang memenangi Majlis Tertinggi juga banyak yang mengeluarkan wang. Tentu ada 'jin-jin’ Pak Lah yang menyiasat perkara ini dan melihat ada sesetengah calon menjalakan currency Singapore sehingga 1,000 dolar bagi perwakilan.


Jika Badan Disiplin tidak mampu mendakwa mereka, apakah Pak Lah akan membiarkan sahaja mereka bersama dengan `dosa’ berkenaan, walhal amaran keras sudah diberikan.


Malangnya, laporan Reuters tidak menyatakan rasional mengapa rombakan perlu berlaku Oktober! Apakah semata-mata nak menjadikan "tragedi Oktober"! Dari segi bulan, ada juga berpendapat perkara besar wajar berlaku pada September seperti krisis kewangan dulu yang dikenali sebagai Black September.


Tetapi, Negarawan membuat keputusan menjangkaui ramalan-ramalan seperti ini dan jika berlaku, ialah hanya kebetulan. Rasionalnya berbeza dengan rasional seorang peramal.


Saya pula menjangkakan rombakan Kabinet, jika berlaku, akan berlaku pada penghujung Ogos ini atau awal September. Negarawan selalunya melihat prinsip-prinsip yang lebih tinggi, sebelum membuat keputusan-keputusan besar. Apakah prinsip yang dipakai Pak Lah dalam membuat keputusan?


Soalan ini hanya mampu dijawab oleh Pak Lah dan orang ramai hanya boleh `meneka’ prinsip itu dan cuba meramalkan `paten’ pemikirannya. Misalnya, dalam pemilihan ahli majlis tertinggi baru-baru ini, Pak Lah menggunakan prinsip. Calon yang kalah dalam mertebut jawatan Naib Presiden dan nampak ada sokongan akar umbi, dilantik sebagai ahli majlis tertinggi.


Inilah sebabnya Datuk Shahrir Samad terus dilantik, Muhammad Taib turut dibawa ke dalam majlis tertinggi.


Prinsip lain – Menteri yang tak bertanding MT akan dilantik menjadi ahli MT tetapi Menteri yang kalah MT tidak akan dilantik. Maka, dari prinsip ini, Datuk Rais Yatim dibawa masuk, manakala ketika-tiga Menteri yang Kalah Datuk Kadir Sheikh Fadhir, Datuk Azmi dan Datuk Dr Shafie Mohd Salleh tidak dilantik.


Kita seakan boleh menjangkakan bahawa ketiga-tiga Menteri ini akan digugurkan dalam Barisan Kabinet Pak Lah, kecuali mereka memperlihatkan prestasi sebagai seorang Menteri yang bagus, bijak dan membantu kepada pembangunan negara.


Meminjam sedikit ilmu nujum untuk meramalkan perubahan baru ini, saya menjangkakan (berasaskan prinsip seperti dinyatakan dalam kurungan): 1. Rafidah akan digantikan olehTimbalannya, Datuk Husni Hanazlah (kebetulan kedua-dua dari Perak, jadi memenuhi kuota Perak)


2. Kadir Sheikh Fadhir akan digantikan oleh timbalannya Datuk Zam atau Zainuddin Maidin (sekali lagi memenuhi kuota Kedah)


3. Datuk Azmi Khalid akan digantikan oleh Noh Omar (untuk meletakkan seorang Menteri dari Selangor)


4. Datuk Dr Shafie Mohd Salleh digantikan Datuk Dr Rais Yatim atau calon standby Datuk Dr Awang Adek kerana Awang Adek kini Setiausaha Biro Pendidikan UMNO serta ada sedikit pengalaman bersama akademia (Ini penting untuk merapatkan kembali hubungan akademia dengan kerajaan kerana dikatakan Menteri berkenaan bergaduh dengan akademia seperti VC UPM dan VC UTM).


5. Senator Datuk Nor Mohamed Yaakob digantikan oleh Datuk Mustapa Mohamad. MTEN dan EPU boleh diserapkan kembali dalam Kementerian Kewangan.


Dengan perubahan-perubahan terhadap Menteri, tidak boleh tidak jawatan Timbalan Menteri dan Setiausaha Partlimen akan menyaksikan perubahan yang agak besar. Apa lagi dengan perubahan kerana beberapa Timbalan Menteri terpaksa digugurkan atau sebab-sebab kesihatan seperti Datuk Mahathir Mohd Khir yang dikatakan masih lagi dalam proses rawatan.


Begitupun Pak Lah sahaja yang mengerti untuk menyusun Barisan Kabinetnya kerana beliau bertanggungjawab terhadap susunan baru ini.

Posted at 11:05 am by infojiboi
Comment (1)  

Serangan Polis : Gas pemedih mata: Penduduk buat laporan polis

KUALA TERENGGANU, 11 Ogos (Hrkh) – Seorang penduduk Kampung Tanjung, Batu Rakit, Rosmawati Mohamad Yasin telah membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu, di sini petang semalam berhubung dengan kejadian serangan polis terhadap perhimpunan yang diadakan di surau kampung itu pada 8 Ogos lalu

“Saya sesungguhnya percaya bahawa serangan tersebut adalah menyalahi undang-undang kerana ianya dibuat secara membabi buta dan penuh kekerasan di mana berpuluh-puluh gas pemedih mata telah dilepaskan dan sebahagian daripada gas itu telah masuk ke dalam rumah-rumah penduduk yang berdekatan,” katanya dalam laporan itu.

 

Turut berada di balai polis semasa laporan itu dibuat ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Abu Bakar Chik, ketua penerangan, Haji Muhyiddin Abdul Rashid dan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat negeri, Ng Chai Hing.

(Rosmawati menunjukkan laporan polis yang beliau buat berikutan tindakan polis menyemburkan gas pemedih mata kepada satu perhimpunan di surau kampungnya)

Menurutnya, pihak polis juga telah gagal memberikan masa yang secukup kepada orang ramai untuk bersurai bahkan terus melepaskan tembakan gas tanpa mematuhi Akta Polis yang menghendaki amaran hendaklah diberi terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan.


Beliau menambah, akibat daripada gas yang masuk ke dalam rumah-rumah penduduk, terdapat penghuninya yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah telah sesak nafas dan mengalami kepanasan anggota badan. 

“Saya juga percaya pihak polis telah tidak menunjuk sifat menahan diri restraint dalam mengambil tindakan terhadap orang ramai yang kononnya telah melakukan kesalahan,” ujarnya lagi.

Ini, katanya telah menimbulkan cakap-cakap bahawa itu adalah satu lagi contoh keganasan polis terhadap masyarakat yang perlu secara segera diperjelaskan dan disiasat oleh pihak polis.

Beliau juga mempunyai kekhuatiran tentang kemungkinan kejadian yang berlaku itu didorong oleh sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan bahkan cuba juga melaga-lagakan orang awam dengan pihak polis.

“Oleh kerana itu, kami dengan rendah diri meminta supaya pihak polis dapat menyiasat perkara ini dengan secara terperinci tanpa mengira kedudukan atau status mereka dalam kerajaan atau perkhidmatan polis itu sendiri,” katanya.

Minta polis siasat laporan

Sementara itu, Jawatankuasa Bertindak Prihatin Masyarakat Batu Rakit (JBPMBR) menggesa supaya laporan yang dibuat oleh penduduk kampung yang terlibat dalam kejadian itu dapat membantu pihak polis untuk memulakan siasatan terhadap kejadian serangan terhadap penduduk kampung itu.

JBPMBR dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, petang semalam percaya bahawa serangan tersebut adalah bertentangan dengan undang-undang dan juga hak asasi manusia kerana perhimpunan tersebut yang telah diminta kebenaran daripada pihak polis dengan mematuhi syarat-syarat sebagaimana yang terkandung di dalam Akta Polis.

   Walau bagaimanapun, pihak polis dengan rakusnya tidak membenarkan majlis tersebut dengan memberi notis pada saat-saat akhir pada petang 8 Ogos 2005 atas alasan keselamatan.

(Abu Bakar Chik dan lain-lain turut berada di balai polis ketika laporan dibuat)

Notis tersebut tidak memberikan butiran lanjut apakah yang dikatakan merbahaya kepada keselamatan. Kerakusan ini lebih terserlah apabila hak-hak pengajur merayu dalam tempoh 48 jam tidak diberikan.

Apabila majlis itu diadakan pada malamnya, pihak polis telah datang menggempur dengan full force seperti lori penyembur air kimia, trak tunda, trak pengangkut anggota, bas dan lain-lain, bahkan ada anggota Unit Simpanan Pesekutuan (FRU) yang bersenjatakan rifel M16.

Apabila polis sampai di Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, mereka langsung tidak memberikan masa untuk majlis itu bersurai, bahkan terus menembak gas pemedih mata di mana berpuluh-puluh gas pemedih mata yang masuk ke dalam rumah yang berdekatan sehingga ada menyebabkan wanita dan kanak-kanak lemas dan sesak nafas.

Kejadian pada itu menunjukkan dengan jelas sikap pihak polis yang menggunakan taktik high handed approach ketika mengendalikan kes berkait dengan penduduk yang langsung tidak bersenjata.

Pihak polis juga langsung tidak menunjukkan sifat menahan diri restraint bahkan bertindak membabi buta terhadap kononnya ancaman yang mungkin mereka hadapi.

Soalnya, adakah risiko ancaman itu munasabah dengan tindakan pihak polis? Adakah mereka yang berhimpun itu mempunyai senjata? Ataupun mereka penjenayah yang lepas lari?

Kami meminta pihak polis dapat menunjukkan sikap profesionalisme dalam menyiasat unsur-unsur jenayah yang mungkin ada dan menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka adalah pelindung kepada rakyat dan bukannya ancaman kepada masyarakat.

Sebagaimana Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia, persepsi masyarakat terhadap polis adalah rendah.

Sehubungan itu, jawatankuasa itu melahirkan kebimbangan sekiranya perkara itu tidak ditangani sebaik-baiknya, persepsi masyarakat terhadap polis akan terus menjunam dan tidak boleh ditingkat balik.
– KAM/ayu

Posted at 10:56 am by infojiboi
Comment (1)  

NAZA MOTOR di perintah mahkamah membayar gantu rugi jual kereta CURI

   "NAZA MOTOR TRADING SDN BHD telah di perintah oleh mahkamah membayar ganti rugi, kepada pembeli yang tertipu.

Mr S. Lokanathan dari sitiawan semalam telah mendapat satu kemenangan setelah tertipu membeli se buah kereta mercedes dari NAZA MOTOR pada 1991.


Kad pendaftaran kereta ketika beliau membeli kereta menunjukkan sebagai
kereta mercedes 230E, walau pun sebenar nya kereta tersebut ialah dari model 200E. Ini jelas satu penipuan. Alasan sebagai ignorant telah di tolak oleh mahkamah.

Lebeh memburukkan keadaan kereta itu sebenar nya adalah sebuah kereta yang telah di curi dari London dan di seludup masuk ke Malaysia, sebagai kereta impot menggunakan AP. Lagi2 AP.

Persoalan nya sekarang, bagaimana AP boleh di salah guna membawa masok kereta curi. Dan agak nya berapa banyak kereta di atas jalan sekarang yang di impot menggunakan AP, berkemungkinan merupakan kereta curi?"

Posted at 10:00 am by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Isu AP : Kabinet gam Rafidah, Naza jual kereta curi

Sepanjang pengetahuan saya tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia merdeka seorang anggota kabinet tidak dibenarkan bercakap atau mengeluarkan kenyataan kepada media berkenaan hal ehwal kementeriannya.

Semalam sebagaimana dilaporkan oleh BULETIN UTAMA TV3 kabinet telah mengarahkan agar Rafidah Aziz Menteri Perdagangan Antarabangsa tidak lagi membuat sebarang ulasan ataupun kenyataan berhubung isu AP. Menurut maklumat mesyuarat kabinet semalam tegang apabila Rafidah para menteri kabinet tidak berpuas hati dengan penjelasan Rafidah.

   Menurut THE STAR ramai anggota telah mempertikaikan penjelasan Rafidah, yang tidak banyak berbeza dari penjelasannya sebelum ini khusus semasa Persidangan Agung Umno yang lalu. Akhbar tersebut melaporkan:

She appeared to be combative and defensive. At some points during the meeting, there were exchange of words between her and some cabinet ministers.

Beliau kelihatan begitu bengis dan banyak bertahan. Dibeberapa ketika ketika semasa mesyuarat, berlaku pertikaman lidah antara beliau dan beberapa menteri kabinet.

Menurut NST beberapa anggota kabinet merakamkan kekesalan di atas sikap Rafidah. Selama 2 jam kabinet menumpukan perhatian atas isu ini semata-mata. Akhbar tersebut melaporkan seorang anggota kabinet sebagai berkata:
We were just not convinced by her explanation. And the worst thing was, she didnt seem to care whether we were convinced or not. It is as though she was right and all of us were wrong. That none of us know anything. This is sad.

Kami tidak yakin dengan penjelasan beliau. Dan yang paling malang sekali, beliau tidak peduli samada kami yakin ataupun tidak. Ianya seolah-olah beliau sahaja yang betul dan kami yang lain semua salah. Kami semua seolah-olah tak tahu apa-apa. Ini sungguh memilukan.

Solanya disini mengapa kabinet perlu menutup mulut Rafidah? Apakah bimbang barangkali mulut Rafidah akan memuntahkan banyak lagi isu-isu lain, laksana seorang yang hampir lemas, maka akan digagau apa sahaja disekelilingnya yang boleh dicapai untuk selamat. Akhirnya semua yang menggagau dan digagau akan turut lemas.

Sementara itu akhbar THE SUN hari ini melaporkan mahkamah sesyen Kuala Lumpur telah memerintahkan agar syarikat Raja AP, Naza Motor membayar balik (refund) seorang pembeli sebanyak RM165,000 kerana Naza telah menjual kepada beliau sebuah kereta Mercedes yang dilaporkan dicuri di England!

Semasa pembicaraan peguam Naza mengatakan mereka tidak tahu-menahu yang kereta tersebut dicuri.

Banyak lagi yang perlu diperjelaskan oleh Rafidah nampaknya.

:.Roslan

Posted at 09:55 am by infojiboi
Comment (1)  

Previous Page Next Page