<< August 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


Al-Quran -

Search Islamic Directory
Keyword:


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed




Wednesday, August 17, 2005
Gambar seksi, ghairah, lucah boleh menyebabkan buta, Dr David Zald

Islam telah lama menyuruh kita menjauhi sebarang perkara yang boleh mendekatkan kita kepada zina. Sekarang saintis barat membuktikan kebenaran tersebut. Kajian dilakukan oleh Dr David Zald, dari Vanderbilt University di Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat.

Akhbar, majalah, novel, televisyen, filem malah komik di Malaysia , negara yang majoritinya umat Islam dilambakkan dengan gambar seksi dan ghairah untuk menarik pelanggan yang akhirnya bukan hanya membutakan hati umat Islam , malah membutakan mata kita semua.

Berikut ialah petikan kajian Dr David Zald :

Para penyelidik akhirnya menjumpai bukti apa yang budak-budak Katolik ketahui sejak sekian lama – gambar ghairah akan membuatkan anda buta. Kesannya sementara, akan tetapi para penyelidik menggesa kepada pihak majlis keselamatan jalanraya agar mengharamkan papan tanda iklan seksi terutamanya di jalan-jalan yang sibuk, supaya kemalangan dapat dielakkan.

Penemuan terbaru oleh ahli saikologi US itu mendapati mereka yang melihat gambar ghairah/seksi akan tidak dapat melihat imej yang terpapar selepas itu.

Para penyelidik ini mendapati mereka yang buta akibat rangsangan emosi ini menyebabkan mereka tidak nampak kenderaan lain atau pejalan kaki.

Sumber : http://www.newscientist.com/article.ns?id=dn7845&feedId=online-news_rss20

Posted at 04:39 pm by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Kesal solat jenazah tanpa dokumen dilarang di masjid

Saudara Pengarang,
APA yang ingin saya laporkan di sini adalah perkara yang sungguh dikesali dan memalukan saya sebagai orang Islam.

Adik saya telah meninggal dunia pada 3 pagi, 14 Ogos 2005. Setelah kami sekeluarga menyelesaikan urusan hospital (memandikan serta mengapankan jenazah dan sembahyang jenazah di HBKL), pihak kami telah menguruskan jenazah untuk dibawa pulang ke rumah saya.

Setelah itu, jenazah telah dibawa pulang ke Kampung Datuk Keramat iaitu tempat kediaman Allahyarham.

Oleh kerana kebetulan masuk waktu subuh, kami berhenti sebentar di sebuah masjid di Keramat untuk melakukan sembahyang subuh berjemaah (bagi ahli keluarga) dan melakukan sembahyang sunat jenazah di masjid tersebut memandangkan Allahyarham merupakan penduduk di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, salah seorang ahli jawatankuasa masjid itu telah melarang jenazah adik saya dibawa masuk dan disembahyangkan dalam masjid itu kerana ketiadaan dokumen (surat mati, surat pengenalan dan dokumen yang berkaitan).

Dokumen tersebut berada dengan salah seorang ahli keluarga Allahyarham yang kebetulan berangkat untuk menguruskan urusan tanah pengkebumian.

Kami dilarang membawa masuk jenazah ke dalam masjid dengan alasan kemungkinan jenazah tersebut pendatang asing.

Setelah puas pihak kami merayu, permintaan kami tetap juga tidak diendahkan.

Memandangkan waktu sembahyang berjemaah telah bermula, pihak kami segera bersembahyang sambil jenazah disimpan di dalam van jenazah HBKL yang ditemani oleh beberapa ahli keluarga yang lain.

Apabila selesai sahaja sembahyang subuh, beberapa ahli jemaah masjid itu yang ternampak kereta jenazah telah mempersoal ahli keluarga kami kerana tidak membawa masuk jenazah dan melakukan sembahyang jenazah.

Apa yang berlaku menimbulkan persoalan:

* Masjid merupakan rumah Allah untuk umat Islam melakukan ibadat dan perkara yang baik tanpa mengenal darjat, asal-usul dan sebagainya.

* Adakah benar ada peraturan atau undang-undang yang melarang jenazah tanpa dokumen disembahyangkan di masjid, sekalipun jelas bahawa orang-orang yang membawa jenazah itu adalah orang Islam?

Tujuan surat ini ditulis adalah untuk melahirkan rasa kekecewaan terhadap apa yang saya rasa tidak sepatutnya berlaku di masjid. - MARIAH MUSA, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Posted at 02:50 pm by infojiboi
Comment (1)  

Pemimpin UMNO Perlu Bersikap Positif

Kenyataan Media

Kuala Lumpur, 16 Ogos 2005: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berasa amat kesal atas sikap tergopoh-gapah Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui kenyataan tidak demokratik beliau di dalam akhbar Utusan Malaysia yang bertajuk 'Terima Islam Hadhari sebelum bermuzakarah' semalam (15 Ogos 2005).

Kenyataan beliau itu, lebih kepada satu penolakkan dan memaksa PAS untuk menerima konsep Islam Hadhari dan Perjuangan UMNO. Ianya jelas bertentangan dengan Perlembagaan PAS yang berteraskan Islam yang Syumul.

Seandainya semua pemimpin UMNO bersikap sedangkal pemikiran beliau maka semakin lemahlah umat Melayu yang mahukan suatu perubahan murni dalam arus politik negara. UMNO dan PAS sememangnya berbeza dari segi ideologi dan bentuk perjuanganya, tetapi itu tidak bermakna UMNO dan PAS perlu untuk terus bertentangan dalam semua perkara. UMNO juga tidak berhak untuk memaksa PAS tunduk dan menuruti segala dasar yang dibawakan mereka selaku Parti yang memerintah.

DPPWP percaya bahawa pelawaan Presiden PAS baru-baru ini adalah satu ruang diskusi yang seharusnya dimanfaatkan oleh pimpinan UMNO dalam menilai dan menjana masa depan bangsa Melayu di negara ini.

Sikap ego dan keangkuhan pimpinan UMNO yang enggan menerima peluang ini secara positif haruslah diketepikan. UMNO seharusnya bersikap terbuka dan berlapang dada sebagaimana janji mereka sebelum ini yang kononnya bersedia bermuzakarah dengan pimpinan PAS pada bila-bila masa.

Pada masa kini, terlalu banyak isu yang melanda umat Melayu dan harus dibincangkan secara bersama bagi mencari satu kesepaduan dalam usaha memajukan bangsa Melayu. Bermula dari isu umat Islam seperti trademark produk halal, gejala maksiat, seterusnya kepada permasalahan ekonomi dan politik yang lebih meluas. Kesemuanya perlukan satu ruang untuk diperbincangkan.

Sampai bila UMNO ingin terus berdegil dan tidak mahu menerima pandangan orang lain. PAS sedia menerima teguran pimpinan UMNO dan memperbaiki kelemahan. Adakah UMNO berani membuat perubahan seperti itu?

DPPWP berharap agar pimpinan UMNO memikirkan semula tentang pelawaan Presiden PAS sebelum ini. Seperti kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa:

“Jika tidak diadakan perbincangan macam mana hendak ditentukan hala tujunya terutamanya perkara-perkara baru,”

DPPWP juga berharap agar pihak pimpinan UMNO melihat dunia Melayu ini secara luas dan tidak setakat dalam kantung mereka sahaja.

DPPWP juga mempelawa kepada Pimpinan PAS dan UMNO untuk mengadakan Muzakarah ini di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Putrajaya. DPPWP juga tiada masalah jika Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berminat untuk bekerjasama bagi menjayakan muzakarah.

Untuk itu DPPWP dan seluruh rakyat menanti jawapan pimpinan UMNO. Biarlah muzakarah ini berlangsung diatas meja yang penuh rasa keharmonian dan bukannya diatas kertas atau catatan media massa sahaja.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Posted at 10:43 am by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Tindakan Umno mahu PAS terima Islam Hadhari tidak masuk akal-Ustaz Nasha

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Hrkh) – Tindakan Umno mahukan PAS terlebih dahulu menerima prinsip Islam Hadhari sebelum bermuzakarah tidak masuk akal, kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Ini kerana katanya, untuk menerima sesuatu perkara, sewajarnya satu perbincangan diwujudkan kemudian baru dibezakan inti patinya.

“Jika tidak diadakan perbincangan macam mana hendak ditentukan hala tujunya terutamanya perkara-perkara baru,” katanya kepada Harakahdaily.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyuddin Yassin, hari ini dipetik sebuah akhbar tempatan sebagai berkata PAS perlu menerima prinsip Islam Hadhari sebagai pembuka jalan bagi muzakarah.

Sementara itu pada sidang media di Taman Melewar, Ahad lalu, Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS telah menghantar surat rasmi kepada Setiausaha Agung Umno, menyatakan kesediaan bermuzakarah dengan parti tersebut bagi membincangkan pelbagai isu dan masalah kepentingan rakyat.

Bagaimanapun Ustaz Abdul Hadi berkata, sehingga hari ini PAS belum menerima jawapan daripada Umno.

Dalam pada itu Ustaz Nasharudin menyifatkan pemimpin Umno kurang waras dalam memperjuangkan partinya.

Malah katanya, banyak hal yang diputarbelitkan Umno contohnya dalam pengurusan ekonomi, politik, pembangunan, dan termasuk juga dalam konteks kefahaman Islam.

Bagaimanapun katanya, PAS sentiasa bersikap terbuka dalam menangani sesuatu masalah khasnya yang membabit kepentingan agama dan negara.

“Sebab itu kita bersedia untuk berdialog dengan semua pihak dan mesej yang dibawa kita buka seluas-luasnya,” katanya.
- lanh

Posted at 10:32 am by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Ya Allah selamatkanlah bumi Aceh

   BERDAMAI AKHIRNYA...Menteri Keadilan Indonesia Hamid Awaluddin dan pemimpin Gerakan Aceh Merdeka (GAM) Malik Mahmood bersalaman sebagai tanda perdamaian selepas belasan tahun bertempur antara satu sama lain. Memorendum Persefahaman (MoU) itu ditandatangani di depan bekas Presiden Finland, Martti Ahtisaari di Helsinki semalam. Perdamaian yang digerakkan selepas bencana tsunami membunuh puluhan ribu rakyat Aceh itu disambut dengan penuh kegembiraan oleh rakyat Aceh yang sudah lama menderita akibat peperangan.

Akhirnya dengan izin Allah swt termetrailah perjanjian damai antara kerajaan Republik Indonesia dan gerakan pembebasan Gerakan Aceh Merdeka ataupun GAM di Helsinki Isnin lalu.

Dengan perjanjian damai ini bermakna berakhirlah sengketa perang saudara antara kerajaan Indonesia dan GAM yang telah berlarutan selama lebih 30 tahun dengan mengorbankan lebih 15,000 nyawa.

   

Melalui perjanjian damai ini kesemua anggota GAM bersetuju meletakkan senjata dan akan diberikan pegampunan oleh kerajaan Indonesia. Semua tahanan GAM dalam penjara Indonesia akan dibebaskan dalam tempoh 2 minggu dan anggota GAM akan dibenarkan mengambil bahagian dalam arus politik perdana di Indonesia

Selain itu Aceh sendiri akan diberikan otonomi dengan diberikan hak dan kebebasan menguruskan hasil mahsulnya sendiri. Malah 70 peratus dari hasil buminya akan diurus sendiri oleh wilayah ini kelak.

Aceh sebelum ini merupakan satu-satunya wilayah yang diberikan status daerah istimewa oleh kerajaan Indonesia. Melaui perjanjian ini Aceh akan terus dibenarkan melaksanakan syariat dan undang-undang Islam sebagai hukum amalannya.

Mudah-mudahan tiada lagi berlaku pertumpahan darah di bumi Serambi Mekah ini yang telah melahirkan puluhan para ulamak terkenal dan tersohor. Mudah-mudahan rakyat Aceh akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan warga dunia yang lain, yang bebas dan merdeka. Mudah-mudahan Islam terus subur di bumi bertuah ini.

Sementara itu Aceh dijangka mengadakan pilihanraya ataupun pemilu disemua peringkat pada bulan Oktober kelak. Menurut Drs. Almuzammil Yusuf dari PKS ataupun Partai Keadilan Sejahtera (blok parti Islam yang popular dewasa ini di Indonesia) rakyat Aceh dijangka akan memberikan kemenangan besar kepada PKS lantaran identiti Islam yang dibawa PKS yang secocok dengan tradisi dan amalan Islam yang masyhur di Aceh.

Semoga Serambi Mekah di Indonesia dan Serambi Mekah di Malaysia bergema membangkitkan semangat dan kesedaran rakyat di rantau sebelah sini untuk kembali menghayati Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw, insyallah.

Posted at 10:21 am by infojiboi
Comment (1)  

Tuesday, August 16, 2005
USM did it again : cut throat photos -no $$$$ no photos !

  USM did it again : they gave a crony photo studio from UKM the right to take all Convocation photos for the current batch of graduates. This monopoly studio was quick to hike the price to about RM100.00/set of photo -on excuse that they supply the picture frame. When the graduates refused to be extorted -causing the photos without the frames to be cut to about RM50.00/set the photo studio company refused to sort out the photos for the graduates ! The result was what you see in the photo.

(Pix: FLOORED: Graduates, some with their parents' help, searching for their convocation photos strewn all over the USM chancellery ground on Saturday.)
So USM : why take advantage of your graduates and leave a bad impression of you on the last day your students -and their parents, are with you ?
Apparently some photos had been removed from USM and the campus authotity, while denying a brawl with the photo studio, promised to bring back the photos for the affected students

Monday August 15, 2005

A picture of chaos at USM
BY EMMELINE TAN

PENANG: They wanted mementoes of their being proudly capped as Universiti Sains Ma-laysia(USM) graduates. But they found only chaos, missing photographs, and no explanation. They had to sort through thousands of unmarked photos in boxes to find their own. The graduates, who turned up on Friday and Saturday at the USM chancellery, found themselves going on their knees to sort through the photos scattered all over the floor

The problem started after they were asked to buy the entire set of three photo-graphs together with frames for RM95. When many of them complained about not needing the frames, the price was reduced to as low as RM55.

Applied Science graduate Cheryl Kok expressed her dismay when she had to search for her own pho- tos from boxes just placed there. In previous years, small photos would be numbered and pinned on a notice board according to your convocation session. You would look for your face and jot down your number. Photo studio staff would then hand you the correct plastic bag with all your photos and negatives and you just pay your money and leave, said Kok, 24.

The situation turned chao-tic when scores of graduates turned up to collect their photographs on Friday.Kok said people just took out batches of photos from the boxes to sort through them and none of the photo studio staff offered to help. A father who wanted to be known as L.K. Yong, 52, said his family went there on Saturday to get his daughter and they took two hours before they could locate them.

These are precious photos. It&rsquo;s frustrating such a thing could happen in a univer- sity. It was a free-for-all with some leaving without pay- ing for their photos and others crying when they couldn&rsquo;t find theirs,&rdquo; said Yong, whose daughter is a Translation and Interpre-tation graduate

USM principal registrar Mohamad Abdullah said the university would resolve the problem with the photo studio. The studio did not have a system in selling the photographs and they said we were not helping them when the situation blew up The photos are now with the independent studio at its base in Universiti Kebang-saan Malaysia, Bangi said Mohamad, adding that it was the first time this studio was chosen for the USM convocation. Mohamad said USM would do its best to get the photos for the graduates. Graduates who have any enquiries or complaints could e-mail him at
pro@notes
. usm.my

Posted at 05:24 pm by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Aksi mesra Aleya & Ashraf: Jawapan Ibunya Kak Fati, guru AF

"Artis, selebriti, staf Akademi Fantasia adalah sebahagian masyarakat yang masih perlukan bimbingan dalam memahami Islam dan hukumnya, agama mereka sendiri.

B.Harian hari Ahad melaporkan:

“SEMINGGU sebelum Konsert Akhir, Akademi Fantasia 3 (AF3), kebanyakan wartawan hiburan menerima kiriman e-mel berupa beberapa keping gambar aksi mesra yang membabitkan pelakon dan bekas pengacara Malaysia Idol (MI), Sharifah Aleya bersama teman lelakinya, Ashraf, pemain gitar bass kumpulan Indrani.
   

Aleya juga adalah anak gadis guru bahasa Inggeris AF3, Fatimah Abu Bakar.

Justeru, kesempatan menemui Kak Fati (Fatimah Abu Bakar) sebaik saja selesai konsert final AF3 minggu lalu, Zubir terus mendapatkan penjelasannya berhubung penyebaran gambar berkenaan “Aksi-aksi mesra yang Zubir lihat dalam e-mel tu, bagi Kak Fati perkara remeh... Kalau kita peluk dengan niat sebagai kawan, mak dengan anak, inilah yang Kak Fati namakan sebagai budaya kasih sayang. Bagi Kak Fati, mereka yang menyebarkan gambar itu, nakal.

“Sebenarnya gambar itu diambil dari laman web friendster yang juga gambar peribadi mereka. Gambar itu kalau diambil dan disiarkan dalam konteks yang jahat, akan jadi jahat. Terpulang kepada niat, baik jadi baik. Kak Fati tahu dengan siapa anak-anak Kak Fati berkawan. Apa saja yang mereka lakukan, semua Kak Fati tahu.

“Kak Fati dah anggap Ashraf macam anak sendiri. Cuma Kak Fati kesian dengan orang yang buat perkara ini (menyebarkan gambar) kerana mereka tak ada otak!

“Sehingga hari ini antara Leya (Aleya) dan Ashraf sekadar kawan saja. Sebagai ibu, Kak Fati sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Namun, Kak Fati selalu ingatkan anak-anak, dalam pergaulan perlu ada batasan,” katanya.

Justeru, Zubir harap orang di luar sana berpuas hati dengan penjelasan Fatimah. Kalau tak puas hati juga, Zubir tak mampu berkata apa-apa sebab ibu Leya sendiri yang memberi kenyataannya.”

Komentar:
Kalau inilah cara jawapan si ibu menjawab isu tidak berakhlak anaknya, berpelukan dengan bukan mahram, maka apalah peliknya apabila timbulnya kes mengandung sebelum kahwin atau trend serah tubuh?

Adakah aksi peluk itu remeh? Melihat kecil dosa yang dibuat? Peluk dengan niat sebagai kawan dikatakan budaya kasih sayang? Pergaulan katanya ada batas, yang berpeluk itu batas apa? Alangkah jahilnya seorang ibu terhadap hukum Islam, dan alangkah kasihannya seorang anak yang memiliki ibu berfikiran demikian.

Posted at 12:41 pm by infojiboi
Comments (3)  

Tamadun harga minyak

Saya adalah di antara orang-orang yang percaya bahawa pada ketika ini minyak mentah di dunia ini telah habis. Sepuluh tahun dahulu memang tidak ramai orang yang mahu percaya bahawa telaga minyak petroleum akan kering. Tetapi hari ini semakin ramai orang yang mula percaya bahawa minyak mentah telah semakin susut. Kemungkinan telaga-telaga minyak akan menjadi kering dalam masa terdekat semakin dilihat sebagai satu kenyataan.

Untuk saya apa yang kita nantikan hari ini bukan betulkah minyak akan kering, tetapi apa akan terjadi apabila telaga minyak kering?

Mari kita melihat kembali apa yang berlaku pada tahun 1973/74, sesudah meletusnya Perang Arab/Isreali pada bulan Ramadzan 1973. Sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin menentang Zionis Isreal, Raja Saudi Al-Malik Faizal telah menutup semua loji dan telaga minyak di Saudi Arabia. Dunia menjadi gempar. Ekonomi dunia kapitalis menjadi kelam kabut. Pengaliran minyak mentah telah ditutup selama dua minggu.

Bayangkan bentuk krisis yang berlaku jika minyak telah kering. Hari ini permintaan semakin bertambah. Harga terus melonjak naik. Pengeluaran terus tidak mencukupi. Untuk saya semua ini adalah tanda-tanda krisis yang maha besar yang akan melanda dunia. Ledakan krisis yang tidak lama lagi akan datang ini belum pernah kita saksikan berlaku dalam dunia ini.

Pada tahun 1973 dahulu, untuk pertama kalinya negara-negara pengeluar minyak (Opec) merasakan bahawa mereka juga memiliki kuasa untuk menentukan harga bahan mentah hasil bumi mereka. Negara-negara seperti Arab Saudi, Iran, Iraq, Nigeria, Indonesia, Venuezula dan negara Teluk telah menjadi pemain penting dalam perkembangan ekonomi dunia. Semenjak dari tahun 1974, Opec telah juga memainkan peranan penting untuk mengendalikan dan mengawal turun naik harga minyak.

Ekonomi dunia kapitalis distabilkan oleh negara-negara Opec. Jika terlalu banyak minyak di pasaran, maka Opec akan mengarahkan ahli-ahlinya mengurangkan pengeluran. Jika minyak kurang di pasaran maka negara-negara Opec akan menambah pengeluaran minyak. Semua ini berjalan dengan agak selesa di antara pengeluar dengan pembeli
dan pengguna selama 30 tahun ini.

Tetapi hari ini semunya telah berubah. Hari ini permintaan bahan mentah ini telah melebihi pengeluaran. Negara Opec tidak lagi memiliki keupayaan untuk menambah pengeluaran. Indonesia negara Opec yang dulu pengekspot kini telah menjadi negara pengimpot. Nigeria, Algeria dan Malaysia sendiri tidak lama lagi akan menjadi negara pengimpot minyak.

Semua ini membuktikan bahawa bahan bakar minyak mentah telah susut. Kesusutan imbangan pengeluaran dan permintaan bahan bakar ini semakin disulitkan dengan kehadiran negara China dan India. Tanah besar China dan India adalah dua negara yang sedang agresif 'membangun'. Kedua-dua negara ini sedang memerlukan bahan bakar yang banyak.

Hari ini di tanah besar China telah sedia bergerak 10 juta buah kereta di atas jalan raya. Sepuluh tahun yang akan datang jika dasar pengangkutan China tidak berubah maka akan muncul 150 juta lagi kereta. Tahun lepas sahaja China memerlukan 5.8 million tong minyak sehari. Permintaan China terus meningkat. China kini telah disenaraikan sebagai negara kedua sesudah Amerika Syarikat, pengimpot bahan bakar petroleum yang terbesar. Amerika memerlukan 20 juta tong sehari.

Tamadun yang sedang kita alami hari ini adalah tamadun yang berasaskan bahan bakar petroleum. Lihatlah di kiri dan kanan kita - semua produk dihasilkan oleh petrol. Tenaga leterik, kereta, bahan perabut, bahan perumahan, plastik dalam pelbagai bentuk dan paling penting makanan yang terletak di atas meja makan kita juga adalah hasil dari bahan bakar petroleum.

Saya berani berkata, melalui data-data yang baru muncul bahawa tamadun petroleum ini telah sampai ke zaman akhir. Sama seperti tamadun zaman batu dan tamadun di zaman besi ianya akan juga berakhir. Tamadun zaman arang batu dan tamadun kuasa wap - semuanya berlangsung tidak lebih dari 200 tahun. Bahan bakar petroleum - yang menjadi asas tamadun kita ini - telah bersama kita selama 150 tahun lebih. Riak-riak untuk berakhir telah muncul.

Kenaikkan harga minyak untuk para pengguna buat kali kedua dua tahun ini tidak memeranjatkan saya. Malah saya terus meramalkan bahawa harga bahan bakar ini akan terus melonjak dari 66 dollar satu tong hingga ke 100 atau 250 dollar satu tong. Malah akan tiba masanya apabila harga ini akan terus melonjak lagi. Ini bukan hanya kerana ada spekulasi dalam pasaran tetapi kerana bahan bakar minyak petroleum ini telah tiada lagi dalam perut bumi ini.

Saya juga sedar bahawa tidak semua orang akan sependapat dengan saya. Kerana itu agenda kekeringan minyak ini masih lagi tidak dibincangkan secara terbuka. Ianya masih tidak dijadikan wacana oleh media arus perdana antarabangsa. Ini dapat saya fahami kerana bahan bakar ini adalah bahan strategik. Negara-negara Opec sendiri pun tidak pernah memberikan data dan angka-angka yang jelas tentang berapa banyak lagi minyak yang masih tersimpan dalam perut bumi mereka.

Dalam masa yang sama negara-negara Opec sering membesar-besarkan jumlah simpanan mereka. Ini dilakukan kerana dengan jumlah angka simpanan yang besar maka negara ini akan diberi kouta yang besar untuk memasarkan bahan mentah mereka. Negara Arab Saudi - pengekspot terbesar dunia - tidak pernah mengeluarkan data dan statistik untuk diketahui umum. Apa yang sering kita dengar hanyalah kenyataan bahawa minyak masih banyak tersimpan dalam perut bumi Arab Saudi. Bukti-bukti melalui data tidak pernah dilihat. Jika data wujud, kesahehannya sering dipertikaikan.

Untuk saya, hakikat yang wajib kita terima ialah bahan bakar petroleum telah semakin susut dan dalam masa yang paling terdekat dunia akan kerkeringan minyak. Hakikat ini wajib kita terima untuk kita kongsi bersama. Jika kita dapat menerima hakikat ini maka barulah ada kemungkinan kita dapat mengambil langkah-langkah seterusnya.

Cakap-cakap tentang alat hawa dingin terlampau sejuk dan membazir atau lampu-lampu pejabat terpasang terus sebagai satu pembaziran adalah cakap-cakap dari mulut yang tidak berilmu. Menutup satu dua punat lampu atau punat penghawa dingin tidak menyelamatkan apa-apa. Ini hanyalah cakap-cakap orang politik yang masih kurang kesedaran untuk menerima hakikat bahawa bahan bakar minyak telah susut.

Apa yang wajib kita sama-sama lakukan ialah mengubah seluruh cara hidup kita yang bersandarkan bahan bakar petrol. Kita wajib melakukan peralihan cara dan struktur berfikir. Ini bererti dasar, rancangan dan apa sahaja projek yang akan kita sama-sama bangunkan wajib berasaskan dan berlatar belakangkan senario kekeringan minyak.

Jika semua ini dapat kita lakukan, saya masih lagi merasa pesimis. Apakah kita memiliki masa untuk berubah? Jika pada tahun 1973/74 dahulu kita (rakyat dunia) telah melakukan anjakan pemikiran, besar kemungkinan secara perlahan-lahan kita boleh mengubah gaya hidup kita. Hari ini kita telah terperangkap dalam budaya konsumer kapitalis yang berasaskan bahan bakar petroleum. Contoh yang amat senang difahami ialah bangunan-bangunan terbaru yang kita dirikan. Bukan sahaja tinggi malah bangunan-bangunan ini dibina tanpa memiliki tingkap. Lif-lif wajib digunakan dan ini memerlukan tenaga bahan bakar minyak. Bilik bangunan tanpa tingkap memerlukan alat penghawa dingin.

Dalam masa yang sama kita juga terus memiliki obsesi terhadap kereta. Obsesi ini dicanangkan sebagai tanda kejayaan. Tidak berapa lama lagi berahi obsesi kita ini akan berhadapan dengan satu realiti seperti yang pernah terjadi pada tahun 1973/74 dahulu. Cuma bezanya pada tahun 1974 dahulu rakyat Amerika dinafikan minyak kerana kerajaan mereka menyokong Isreal. Mereka keputusan minyak untuk sementara waktu. Dua minggu dunia tanpa minyak telah menyebabkan ekonomi dunia kacau bilau. Bayangkan tidak lama lagi apabila semua stesen minyak tutup. Stesen jual minyak ditutup bukan kerana apa-apa bantahan politik atau satu protes tetapi untuk selama-lamanya.

:.Hishamuddin Rais

Posted at 10:02 am by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Kebencian terhadap Islam memuncak di UK

Serangan yang didorong oleh kebencian agama telah meningkat sebanyak enam kali ganda di London sejak serangan 7 Julai lalu, mengikut statistik polis.

“Anjing Islam yang kotor! Kamu akan dibakar Jumaat ini. Banyak babi Islam yang akan dipanggang,” tulis sebuah nota tulisan tangan.

Di sebuah masjid yang telah dirosakkan baru-baru ini di timur ibu kota Britain, Siddique Ali, 65, memegang satu contoh surat ancaman yang ditujukan kepada orang Islam Britain selepas serangan bom ke atas sistem pengangkutan London pada 7 Julai lalu.

“Kami takut,” kata Ali, salah seorang ahli jawatankuasa yang menguruskan masjid tersebut.

“Mereka memberi amaran kepada kami. Tetapi jika mereka datang bersemuka kami boleh memberi jawapan atau setidak-tidaknya cuba memahami mereka, tetapi mereka tidak datang.”

Minoriti orang Islam

Britain merupakan tempat tinggal bagi 1.6 juta orang Islam, kurang 3% daripada jumlah penduduknya.

Majoriti daripada penduduk Islam itu berasal daripada benua kecil India, bukannya daripada Timur Tengah.

Hubungan antara kaum dalam masyarakat berbilang kaum di Britain secara amnya adalah aman, walaupun ketegangan antara kumpulan etnik yang berlainan kadang kala bertukar ganas seperti rusuhan kaum pada 2001 di bandar Bradford, Oldham dan Burnley di wilayah utara.

Orang Islam Britain berkata mereka mengalami penganiayaan yang bertambah selepas serangan ke atas New York pada 11 September pada tahun itu, tetapi ketegangan tersebut boleh dikatakan telah beransur hilang sehingga sebelum letupan di London itu.

Serangan

Bagaimanapun, dua hari selepas pengeboman 7 Julai, perosak telah memecahkan 20 buah tingkap di hadapan Mazahirul Uloom Education and Cultural Institution, sebuah masjid biru cerah di daerah Stepney Green, timur London.

Seorang jemaah, Saleh Ahmed melihat kerosakan tersebut di samping Ali.

“Saya sedang tidur di tingkat atas dan pada tengah malam, lebih kurang pada pukul tiga, saya dengar bunyi dentuman,” kata Ahmed. “Saya turun ke bawah dan mendapati tingkap pecah dan kaca bertaburan di atas lantai.”

Pakar jenayah berkata angka 269 jenayah kebencian kaum sejak 7 Julai merupakan anggaran yang sedikit kerana banyak kesalahan yang tidak dilaporkan.

Anggaran tidak rasmi dikatakan 20 kali lebih tinggi.

Muslim Safety Forum menyenaraikan pembunuhan, pembakaran sengaja, serangan dan ancaman bom antara insiden-insiden yang berlaku.

Dalam satu kes yang dilaporkan berlaku di selatan London, seorang imam telah diserang dan dipukul sehingga tidak sedarkan diri semasa dia sedang berbasikal untuk sembahyang di masjid.

Diskriminasi

Kejadian-kejadian yang kurang ganas yang dilaporkan termasuklah keengganan pemandu bas membenarkan wanita Islam yang memaki hijab atau tudung menaiki bas mereka, grafiti berbentuk perkauman dan bacon dipalitkan pada pintu masuk sebuah masjid di Wales.

Kebimbangan mengenai masyarakat Islam di sana telah menyebabkan pengerusi Council of Mosques and Imams, Zaki Badawi mencadangkan supaya wanita Islam berhenti memakai hijab bagi mengelakkan penganiayaan.

Tetapi Assembly for the Protection of the Hijab, sebuah kumpulan wanita Islam, menolak idea tersebut dan mengatakan bahawa memakai hijab itu adalah satu kewajipan.

Muslim Safety Forum bimbang bahawa serangan Julai lalu akan meningkatkan diskriminasi meluas ke atas orang Islam di Britain.

Tetapi di Brixton, kawasan kejiranan pelbagai kaum di London, beberapa minit perjalanan kaki daripada tempat polis tersilap menembak seorang lelaki Brazil yang disangkakan suspek dalam kejadian bom itu, wanita Islam di sana berkata mereka belum lagi merasai didiskriminasikan berikutan kejadian serangan bom itu.

“Mungkin keadaan lebih bermasalah di tempat yang lebih ramai orang kulit putih,” kata seorang pekedai, Makka Adams, 29. “Terdapat banyak kaum yang bercampur di sini sehingga saya tidak merasakan perbezaannya.”

“Tetapi saya tidak tahu apa yang akan terjadi esok.”

:.Al Jazeera

Posted at 09:51 am by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Demokrasi Umno mundur ke belakang - Presiden PAS

   "Negara-negara Arab sudah reformasikan demokrasi, tetapi demokrasi BN mundur ke belakang termasuk dalam kampus"

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Hrkh) -Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan demokrasi semakin mundur dalam Barisan Nasional (BN) apabila PAS dihalang terus menerus untuk berkomunikasi dengan rakyat.

Yang terakhir adalah tindakan menghalang ceramah PAS oleh polis secara terus menerus di Terengganu sejak kebelakangan ini sehingga menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.

Katanya, penghakisan demokrasi oleh pemerintahan Barisan Nasional semakin ketara, apabila aktiviti parti politik yang berdaftar seperti PAS dihalang seperti tindakan yang digunakan dalam beberapa siri ceramah PAS baru-baru ini.

Bercakap pada wartawan dalam satu sidang media sebaik sahaja selesai mesyuarat Ahli Jawatankuasa Harian di Markas PAS Taman Melewar semalam,
Abdul Hadi berkata, kerajaan Barisan Nasional dan Umno yang kononnya melaungkan demokrasi bagaimanapun proses tersebut semakin dihakis oleh mereka sendiri.

Katanya, aktiviti ceramah yang dianjurkan PAS selalunya dihadiri beratus-ratus penyokongnya dan dalam masa yang sama pihak polis diperintah untuk mengganggu ceramah tersebut.

Jelas beliau, pihak polis akan menggempur ceramah PAS dengan pelbagai cara termasuklah menggunakan gas pemedih mata dan 'water cannon' walaupun aktiviti tersebut diadakan di kawasan parti.

"Ataupun polis ini akan berkumpul di kawasan ceramah PAS untuk menakut-nakutkan orang ramai," katanya.

Tegasnya, keadaan ini menyempitkan lagi ruang demokrasi di dalam negara ini.

Bahkan katanya, semua media pada hari ini diboloti oleh kerajaan, dan yang membimbangkan kerajaan dikatakan demokrasi tetapi bukan demokrasi.

"Di Arab pun sudah ada reformasi ke arah demokrasi, tetapi kerajaan demokrasi kita pula mundur ke belakang, begitu juga dengan demokrasi di kampus turut menjadi mangsa kerajaan," katanya.

Umno tak mahu muzakarah

Abdul Hadi juga berkata, PAS sudah menghantar surat rasmi kepada Setiausaha Agung Umno untuk bermuzakarah mengenai masalah rakyat tetapi sehingga kini masih tidak ada jawapan dari mereka.

Abdul Hadi berkata, di dalam surat berkenaan pelbagai isu untuk kepentingan rakyat cuba dijelaskan untuk dibawa bermuzakarah.

"Kita melihat Umno lebih pentingkan parti daripada menjaga kepentingan rakyat dan negara," katanya.

Isu DEB untuk tenggelam isu lain

Isu DEB adalah satu isu untuk menenggelamkan masalah yang sedang dihadapi Umno daripada diketahui oleh rakyat, kata beliau.

"Sedangkan mereka sendiri gagal menghadapi masalah, kegagalan berpunca daripada mereka sendiri, daripada DEB yang tidak betul tidak adil kepada bukan sahaja kaum lain bahkan orang melayu sendiri.

Beliau berkata, sepatutnya Umno menilai kegagalan dan kelemahan mereka sendiri iaitu dasar yang tidak jelas.

Katanya sudah lebih 15 tahun PAS menegur kelemahan pelaksanaan DEB sebagaimana dalam laporan yang diserahkan kepada MTEN.

"Kita bukan memandang negatif dalam pembangunan ekonomi tetapi tidak yakin dengan umno dan BN untuk menguruskan dasar yang benar-benar memberi kebajikan saksama kepada rakyat," katanya.
-mks/zs

Posted at 09:44 am by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Next Page