<< August 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


Al-Quran -

Search Islamic Directory
Keyword:


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed




Thursday, August 18, 2005
Lima tanda hati keras membatu

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:


1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

Posted at 04:43 pm by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Masihkah Ada Sinar Utk Gerakan Mahasiswa Islam Di Kampus ?

Assalamualaikum w.b.t

Akhirnya setelah sekian lama saya membicarakan politik diluar skop universiti, kini tergerak tangan-tangan yang kerdil ini untuk memperihalkan sedikit sebanyak politik kampus yang diakui ramai oleh para pemerhati di luar sana bahawa mahasiswa kini kian 'layu' dari perjuangannya dari sehari ke sehari.Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut, ingin saya mempersoalkan suatu tanda-tanya kepada anda sekalian, seandainya anda penyokong utama gerakan islam di peringkat kampus, bagaimanakah 'seri air muka' pemimpin-pemimpin anda diperingkat kampus? Adakah mereka begitu yakin melakukan aktiviti-aktiviti persatuan tanpa mempunyai apa-apa 'fobia'? Adakah pemimpin gerakan islam yang berada diposisi MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) bebas bersuara dan bebas untuk mengusulkan apa sahaja yang melibatkan syiar islam ?

Untuk pengetahuan umum, rata-rata persatuan yang pro-islam yang wujud secara sah diseluruh kampus di Malaysia telah di'paksa' untuk melakukan akujanji bertulis secara hitam-putih agar bersikap bebas daripada gerakan politik diluar kampus seperti yang termaktub di dalam AUKU, atau lebih jelas lagi bebas daripada politik pembangkang seperti PAS dan KEADILAN sahaja. Ini memandangkan wujud pengecualian  bahawa mahasiswa masih boleh berpolitik, tetapi dengan budi bicara NC(Naib Canselor). Inilah yang membuatkan seluruh persatuan islam di IPT selalu sahaja 'fobia' untuk bersuara lantang diperingkat kampus dalam segala hal ! Sudahlah 'fobia', segala aktiviti yang ingin dilaksanakan oleh persatuan berkenaan sentiasa sahaja di'analisa' oleh pihak HEP agar diyakini 'Halal Dari Pro-pembangkang'!

Namun disini saya ingin mengucapkan tahniah kepada pendokong gerakan islam yang masih gagah bertapak di UIAM juga kepada UM, UPM yang masih bernafsu untuk bangkit walaupun sentiasa dihalang oleh pihak 'Ahli Jawatankuasa UMNO Kampung' (HEP) anda. Nampaknya masih wujud 'kerdipan-kerdipan' sinar bulan purnama di sana ! Mereka juga dipantau,mereka juga disabotaj, senarionya sama sahaja di mana-mana, mengapa mereka masih sanggup menjaga panji mereka sedangkan yang lain 'menurut' apa sahaja acuan yang dibentuk oleh HEP ?

Baiklah kini saya menyusuri sedikit demi sedikit mengapa fenomena ini berlaku. Kebanyakan universiti lain memang masih mempunyai 'nyawa' gerakan islam, namun disedari atau tidak sekiranya seseorang itu mahu bangun untuk menegakkan panji gerakan islam di kampus, sedikit sahaja yang mahu benar-benar menyokongnya secara terang-terangan.

Antara dialog biasa kita dengar adalah, "kalau kau mahu usik atau mengkritik kumpulan aspirasi jangan libatkan nama persatuan, katakan suara-suara lantang kau tu adalah secara individu!". Cubalah anda bayangkan sanggupkah anda bergerak secara individu untuk menegakkan panji islam ! Kerana suara-suara inilah maka saya secara individu melakukan inisiatif sendiri untuk terus bersuara walaupun melalui penulisan ! Malah pengalaman telah membuktikan bahawa walaupun anda berada pada peringkat MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) sekalipun, kuasa anda masih terbatas kerana sememangnya 'Ahli Jawatankuasa UMNO Kampung' (HEP) berkuasa mutlak untuk menolak atau memulaukan anda sekiranya suara anda itu berbau pro-pembangkang yang tidak sealiran suaranya dengan kumpulan aspirasi.

Sekiranya kumpulan aspirasi dengan bebasnya mendapatkan naungan dari pihak UMNO samaada Puteri UMNO, Pemuda UMNO dan sebagainya, gerakan pro-islam yang diumpamakan seperti yatim-piatu hanya mampu terkebil-kebil sahaja melihat sepak terajang mereka untuk terus berkuasa walaupun dahulunya bilangan kumpulan aspirasi tidaklah sekuat mana di dalam MPP. Namun kerana faktor 'kelumpuhan' wakil pro-islam untuk terus bebas mengemukakan dasar di dalam ruang lingkup MPP itulah maka kebanyakan mahasiswa beranggapan pro-islam ataupun kumpulan aspirasi adalah sama sahaja. Yang berkuasa mutlak adalah HEP dan NC! Sedangkan aspirasi pula adalah 'tali barut' HEP yang dikuasai UMNO. Inilah yang merupakan politik tepu yang wujud dikebanyakan kampus.

Namun saya juga tertarik dengan artikel Harakahdaily yang menyentuh perihal kumpulan pro-islam yang didakwa mengamalkan strategi yang lapuk dan tidak relevan dengan zaman mutkhir ini. Memang diakui bahawa pendekatan yang digunapakai oleh para mahasiswa berkenaan kuno, namun disedari atau tidak, pernahkah dipupuk didalam diri pendokong gerakan islam berkenaan agar jangan terus 'fobia' dengan apa yang ingin dilakukannya agar terus bertapak. Perlulah disedari disini bahawa berbekalkan sumber kewangan yang cukup serta latihan kepimpinan yang dilakukan oleh pihak HEP terhadap kumpulan aspirasi sudah cukup menunjukkan mereka bersungguh-sungguh untuk menewaskan gerakan pro-islam, sedangkan kebanyakan kumpulan mahasiswa pro-islam yang lain terpaksa berjuang secara individu tanpa melibatkan persatuan islam, semata-mata untuk 'terus' memberikan 'kudrat' kepada persatuan islam agar terus wujud tanpa dibatalkan 'sijil halal'nya oleh pihak HEP!

Disinilah pentingnya kewujudan gerakan 'underground' untuk melatih mahasiswa yang berdaya tahan untuk mengekang asakan kumpulan aspirasi! Namun berapa kerat sangatlah kudrat yang mahu berbuat sedemikian. Mahu atau tidak, jawapan untuk memberhentikan segala penyelewengan ini adalah melalui kuasa politik yang wujud pada peringkat nasional. Kumpulan pro-islam masih boleh wujud untuk masa yang mendatang, namun untuk membetulkan segala ketidakadilan yang wujud ini secara drastik sesungguhnya memerlukan banyak jiwa yang mana sanggup untuk 'mati' didalam perjuangan ini. Nampaknya cara itu tampak mustahil untuk dijadikan realiti, ini memandangkan cara itu pasti membuatkan ramai yang akan dibuang universiti !

Jika sedemikian apa yang masih boleh kita lakukan? Disinilah kita memerlukan kreativiti untuk mengajak mahasiswa yang lain agar faham, tahu dan dapat berjuang untuk memenangkan kumpulan gerakan islam. Sekurang-kurangnya masih ada 'tangan-tangan' yang mampu untuk membantah agenda 'sumbang' yang cuba diketengahkan oleh kumpulan aspirasi. Jika HEP masih membenarkannya agenda 'sumbang itu, maka 'tangan-tangan' itulah yang boleh mencanangkan seantero Malaysia tentang ketidakadilan itu.Ini tidak kiralah melalui penulisan, internet, atau aktiviti untuk mendekatkan diri mereka dengan roh islam. Seandainya aktiviti yang kita rancangkan itu pula,cuba ditolak oleh pihak HEP,cubalah kita buat aktiviti itu diluar kampus! Paling tidakpun hidupkan kampus kita dengan kuliah-kuliah agama dibawah naungan Pusat Islam di sesebuah kampus itu. Misi utama adalah tanamkan roh islam didalam setiap diri siswa-siswi di sesebuah kampus itu. Malah cara inilah yang diaplikasikan oleh TG Nik Aziz dari dahulu sehinggalah sekarang di Kelantan melalui Kuliah Jumaat dan sebagainya.

Tambahan lagi, semua mahasiswa islam wajib untuk bangkit kerana disesetengah kampus yang melibatkan kursus kritikal seperti kejuruteraan sedang digugat oleh kumpulan cina yang kian meningkat yang mana sedang giat untuk mengambil tempat di dalam organisasi kampus! (Sekiranya cina Islam tidak mengapalah jugak!).Ini pasti akan memburukkan lagi keadaan. Sudahlah pihak aspirasi pun tidak 'bernafsu' untuk menghidupkan cahaya islam di dalam kampus, mana mungkin kita mahu mengharapkan kaum lain untuk selamatkan akhlak dan pegangan kaum melayu yang asyik dengan aktiviti yang diluar batas syariat. Inilah hasil meritokrasi yang diaplikasikan selama ini.Fikir-fikirkanlah!

Yang paling penting sekali adalah jangan menjadi 'tunggul kayu' setiap kali maksiat cuba ditanam di dalam kampus. Bersuaralah dengan apa sahaja cara sekalipun, boikotlah, tampal posterlah jika perlu, bersuaralah selagi boleh !

Sekian.

:.Amirulreza

Posted at 03:51 pm by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Banyak dasar dan perlaksanaan menyalahi Majlis Fatwa

   TIMBALAN MURSYIDUL AM, Dato' Dr Haron Din berkata, penemuan perkuburan Islam lama yang terdapat di dasar Tasek Pedu, Kedah membuktikan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak dulu lagi membelakangkan Majlis Fatwa.

Sekarang ini ujarnya, bila berlaku penemuan semula setelah air tasek berkenaan kering Majlis Agama Islam Kedah (Maik) kena bertindak segera mengubah perkuburan itu ke satu tempat yang sesuai.

"Ini mungkin kerja Allah untuk menunjukkan sikap BN yang nyata tidak

menghiraukan Majlis Fatwa atau membelakangkan pandangan orang alim waktu itu, " ujarnya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Komplek An-Nahdhoh di Kampung Petani, Bukit Mertajam semalam.

Dalam Islam, katanya, pengkebumian di kawasan air hendaklah dielakkan kecuali di tengah laut.

Kes di Pedu tegas beliau, satu pengajaran agar lebih berhati-hati untuk merancang pembangunan yang membabitkan perkampungan orang Islam atau kawasan yang terdapat masjid.

"Dalam Islam jika mahu kebumikan jenazah pastikan kuburnya tidak ada air. Jika ada buang air dulu kemudian baru tanam. Tambahan lagi kita tahu di Pedu ada perkuburan yang dikebumikan dalam air bila kering jangan tunggu lama sebaliknya pindahkan saja, " jelas beliau.

Menjadi kelaziman kerajaan sekarang ini mengamalkan sikap 'buat dulu baru tanya' dan bila terperangkap baru teringatkan fatwa.

Cara demikian kena ubah jelas Dr. Haron, sebaliknya utamakan pandangan ulamak kerana golongan ini lebih arif dari segi hukum hakam.

"Sepatutnya bila hendak laksanakan sesuatu perkara yang baru seperti Amanah Saham bumiputra (ASB), Sure heboh dan pemberian kondom percuma bincangkanlah dengan ilmuan Islam terlebih dahulu jangan bertindak melulu, " terangnya.

Bercakap mengenai kebimbangan Dato' Rais Yatim jika rancangan televisyen tidak memaparkan hiburan Dato' Dr. Haron Din mengatakan, itu hanya muslihat untuk terus mempergunakan remaja demi kepentingan pilihan raya.

Kesempatan itu digunapakai oleh BN untuk memburuk-burukkan PAS ekoran terlalu banyak sekatan yang perlu diambil kira.

"Para mufti telah keluarkan fatwa tentang Sureheboh tapi mereka teruskan juga kerana bimbang remaja tidak ikut mereka sekaligus memberi keuntungan pada PAS, " ujarnya.

Posted at 11:08 am by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Barang naik – penyelesaian muktamad

Surat daripada Rakyat Marhain
Baling, Kedah

Malam tadi, berenti sat di kedai runcit beli barang-barang keperluan rumah; tu dia aih susu budak yang minggu lepas harga RM21 lebih, la dah naik singgit jadi RM22 lebih.

Ambik tu ambik ni, sampai kat kaunter, bawa keluar note RM50 dua lai; dok agak dalam RM70 saja macam yg biasa-biasa dok budget sebelum ini. Sampai-sampai kat kaunter, kira-kira tengok RM90 lebih, sikit lagi nak sampai RM100. Itu baru lepas harga minyak naik; ini kalau tol naik lagi la haru.

Balik rumah, dok fikir: ish, kami suami isteri yg kerja gaji just cukup-cukup ini, mungkin la boleh absorb or adjust sikit-sikit tang mana mampu; nu adik aku hat kerja kilang di Kulim dan Abang aku hat kerja kilang di Perai nu, gaji depa dua orang sebulan tak sampai seribu, dua-dua bini tak kerja anak tiga, pat orang, macam mana la depa survive?

Lepas tu teringat pulak kat adik pompuan aku, full time house wife, laki dia kerja kilang jugak, di Sungai Petani, gaji sebulan tak sampai seribu, anak 4, ada mutu sebijik kancil sebijik; ish tolak duit kancil duit rumah duit minyak mutu etc, macam mana la depa dok kelepiaq nak sara anak-anak depa bulan-bulan?

Adik aku, Abang aku dan Adik pompuan aku tu tiga-tiga ada anak kecik. Bila aku beli susu RM22 lebih setin dan pampers satu paket RM30 lebih tu; aku teringat kat depa. Dengan gaji aku yang just cukup-cukup tu pun terpaksa berkira bila nak beli susu & pampers anak; depa macam mana la agaknya?

Kalau sebulan depa beli susu & pampers 3 kali, mau dah dekat 30% gaji bulanan depa. Mak oii, 30% gaji cuma nak cover susu dengan pamper saja, itu tak campur lagi belanja rumah, beli ikan, ayam, sayur (yang naik berkali-kali ganda dah), minyak mutu, minyak keta dan lain-lain lagi nu.

Depa sure berserabut perut punya dok fikir benda ni.

Mungkin sebab tu jugak kot, weekend baru ni adik aku mai rumah naik bas saja; selalunya dia naik mutu. Bila tanya, dia kata saja la malas nak bawak mutu, mai dengan bas saja. Sian jugak aku kat dia; aku tau la bagi dia kalau boh minyak mutu RM5 pon dah banyak dah. Daripada dia perabih duit boh minyak mutu, baik dia simpan duit tu beli susu anak.

Abang aku pulak kerja kilang di Perai, gaji tak sampai seribu, dok rumah flat di Perda Bukit Mertajam; bini tak kerja anak 4. Sian kat dia, sabtu ahad cuti, nanti dia pederas balik kg kami di Baling sana nu dengan mutu dia; balik kg cari sayur-sayur kg, pucuk paku, pucuk janggus, umbut tepuh, pucuk kantan, ulam raja dan lain-lain lagi; bawak mai ke Penang jual di pasar malam dan pasar tani. Tiap-tiap weekend macam tu la rutin dia; ikut kata dia dapat la bersih dalam RM60-70 seminggu.

Teruk sungguh aih depa nak survive dalam negara Malaysia negara Islam Hadhari yang tak berhati perut ini.

Nasib baik arwah ayah aku dah meninggal lama dah, kalau tidak sure dia meleleh air mata punya tengok betapa teruknya anak-anak dia dok struggle nak meneruskan sisa-sisa hidup di bumi merdeka ini.

Walaupun anak-anak dia semua dok di Taman, dah tak duduk di kampung macam kecik-kecik dulu, api tak dak, air pakai air sungai, berak ikut pandai-pandai; tapi realitinya 2x5 saja macam zaman anak-anak dia kecik-kecik dulu; rumah mungkin sudah selesa, api pakai petik di tepi tengah menyala, air masuk ke rumah ikut paip besi, nak melepas tak payah nak rush pi tepi tebing sungai or belakang pokok rumbia; tapi makan dan minum serta keperluan seharian 2x5 saja.

Kalau masa zaman kami kecik-kecik, arwah ayah struggle nak menyediakan makan minum kami dengan pendapatan menoreh getah yg tak seberapa tu, zaman la ni pun 5x2 saja; aku mungkin okey lagi, tapi Abang, Adik dan Adik Pompuan aku serta mereka-mereka yg hidup dalam satu orbit kemiskinan hadhari seperti mereka ini, nampak gayanya kedatangan musim PESTA NAIK HARGA ini menjadikan kemiskinan hadhari mereka bertambah hadhari lagi!!!

Sejak minyak naik harga diikuti dengan barang-barang keperluan naik harga, dan disusuli pula dengan berita dari Tok Sami yg mengatakan bahawa Subsidi Tol akan ditarik balik tak lama lagi, aku naik resah sungguh. Nak tidur malam pun dok terfikir, tengah dok drive nak mai kerja pun dok teringat, apa la yang boleh aku buat untuk settle benda ini.

Dekat 3 hari kot aku dok fikir apa yang aku boleh buat.

Nak komplen kat Pak Lah, apalah sangat yang Pak Lah boleh buat; kalau Pak Lah boleh buat dah lama dah Pak Lah buat. Kalau Pak Lah boleh tolong, sure awal-awal lagi Pak Lah dah tolong; tolong tahan tak bagi depa tarik balik subsidi minyak. Nak buat macam mana, tak macam Dr Mahathir dulu, Pak Lah tak berapa ada power sangat walaupun dia memegang jawatan yang paling power di Malaysia. Kalau Pak Lah betul-betul ada power, dah lama dah Pak Lah suruh depa-depa di Petronas nu allocate sikit sebahagian daripada keuntungan tahunan Petronas yang Berbillion-Billion tu pi cover balik subsidi minyak untuk rakyat jelata, dan seterusnya dapat mempastikan barang-barang tak naik harga dek kerana subsidi minyak ditarik balik ini.

Tapi, Pak Lah tak mampu nak buat semua tu; Pak Lah tak mampu nak bantu rakyat-rakyat marhain macam adik aku, abang aku, adik-beradik aku - yang lari dari kemiskinan di Baling sana nu dengan harapan dapat mengecap kemewahan di kotaraya ini, tapi end up nya mereka tercampak masuk pulak ke satu lagi orbit kemiskinan hadhari yang bertapak di kawasan-kawasan industri Kulim, Perai, Penang dan lain-lain tempat yang sama waktu dengannya.

Nak komplen kat Persatuan Pengguna? Pak Lah pun tak mampu buat apa, inikan pula Persatuan Pengguna yg hanya menjadi kuda tunggangan untuk orang dapatkan gelaran dan darjah kebesaran tu, hampeh!!

Nak komplen kat parti pembangkang, apalah sangat yang parti pembangkang mampu lakukan, paling kuat menyalak dalam parlimen, lepas tu terserahlah kepada Pak Lah nak buat atau pun tidak. Nak buat macam mana, nama pun pembangkang. Lainlah kalau pembangkang yang memerintah, bolehlah kot mereka lakukan sesuatu yg drastik macam depa hapuskan tol jalan dan mansuhkan cukai pintu di Terengganu hari tu.

So, cam na?

3 hari aku dok fikir apa yang boleh kita lakukan. Tiba-tiba dia mai satu lintasan idea.

Entah macam mana aku teringatkan arwah ayah aku, entah macam mana aku teringatkan masa aku kecik-kecik dulu, masa aku dok temankan ayah aku menoreh getah pagi pagi buta waktu subuh kelam tu. Entah macam mana aku teringatkan semula zaman kami miskin masa aku kecik-kecik dulu; dan entah macam mana juga aku teringatkan perbualan aku dengan arwah ayah dekat-dekat dia nak tak dak dulu.

Antara ingat, aku teringat arwah ayah pernah cerita pasal kisah MOGOK LAPAR PETANI/PENOREH GETAH di Baling tahun 1974 dulu. Masa tu, aku baru berusia 6 tahun kalau tak silap, aku tak tau apa-apa lagi masa tu. Aku tau kisah MOGOK LAPAR di Baling itu pun bila aku sudah besar panjang melalui pembacaan buku-buku politik dan kisah perjuangan tokoh-tokoh yang terlibat dalam mogok berkenaan.

Hampir seluruh rakyat Baling tanpa mengira perbezaan pegangan politik turun beramai-ramai menyertai mogok berkenaan; kerana apa mereka sanggup berbuat demikian hingga mengenepikan persengkataan politik antara mereka buat seketika? Kerana itu adalah isu yang sama yang mereka tanggung dan mereka rasa, kata omputih "common ground". Rupa2nya, manusia ini bila mereka ada common ground, mereka boleh bersama-sama walaupun buat seketika.

Hari ini, common ground kita adalah isu penarikan balik subsidi minyak dan mungkin tak lama lagi penarikan balik subsidi tol yang kesan akhirnya ialah kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang membebankan. Lalu, tak bolehkah kita di atas common ground yang satu itu, kita lakukan sesuatu seperti apa yang pernah arwah ayah saya dan rakan-rakannya di Baling lakukan suatu waktu dahulu?

Boleh, tapi siapakah yang nak lead?

3 hari saya dok fikir: inilah jawapannya?

Orang yang nak lead dan insyaAllah mampu membantu kita semua insyaAllah adalah orang yang sama yang pernah menyinsing lengan turun dari puncak menara gading
menjengah kami di pedalaman Baling pada tahun 1974 dulu, iaitu tak lain tak bukan saudara Anwar Ibrahim. Itu pun jika saudara Anwar masih punya jiwa kental seperti Anwar di tahun 1974 dulu.

Saudara Anwar,

Tahun 1974 dulu saudara pernah membantu arwah ayah dan rakan-rakan seperjuangannya. Hari ini anak-anak beliau sekali lagi perlukan bantuan saudara. Bantulah mereka untuk meloncat keluar dari orbit kemiskinan yang menggila di tengah kota ini. Penarikan subsidi yang memberi kesan kpd kenaikan harga barang amat menjejaskan kehidupan mereka dan juga rakyat jelata di seluruh pelusuk negara.

Suka atau tidak suka, rakyat berbagai bangsa melihat hanya saudara sahaja yang mampu melakukan sesuatu, menjadi pencetus kepada api pembakar yang sedang memercik di dalam dada setiap rakyat jelata di segenap pelusuk kota dan ceruk desa ini. Tidak ada sesiapa lagi di Malaysia ini yang mampu melakukannya melainkan saudara.

Dan suka atau pun tidak suka, mungkin ini sudah tercatit dalam buku catatan saudara sejak azali lagi bahawa saudara dilahirkan ke dunia ini untuk menjadi pembela kepada mereka yang lemah dan teraniaya. Rakyat jelata khususnya golongan marhaen seperti adik dan abang saya itu pernah bersama-sama dengan arus gelombang reformasi membela saudara; kini giliran saudara pula membantu mereka.

Sesungguhnya api kemarahan sedang menjalar dalam setiap dada rakyat jelata di segenap pelusuk negara; cuma mereka tidak tahu bagaimanakah cara terbaik untuk menyalakannya keluar.

Bro Anwar,
Bantulah Mereka!!

Posted at 10:26 am by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Wednesday, August 17, 2005
Gambar seksi, ghairah, lucah boleh menyebabkan buta, Dr David Zald

Islam telah lama menyuruh kita menjauhi sebarang perkara yang boleh mendekatkan kita kepada zina. Sekarang saintis barat membuktikan kebenaran tersebut. Kajian dilakukan oleh Dr David Zald, dari Vanderbilt University di Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat.

Akhbar, majalah, novel, televisyen, filem malah komik di Malaysia , negara yang majoritinya umat Islam dilambakkan dengan gambar seksi dan ghairah untuk menarik pelanggan yang akhirnya bukan hanya membutakan hati umat Islam , malah membutakan mata kita semua.

Berikut ialah petikan kajian Dr David Zald :

Para penyelidik akhirnya menjumpai bukti apa yang budak-budak Katolik ketahui sejak sekian lama – gambar ghairah akan membuatkan anda buta. Kesannya sementara, akan tetapi para penyelidik menggesa kepada pihak majlis keselamatan jalanraya agar mengharamkan papan tanda iklan seksi terutamanya di jalan-jalan yang sibuk, supaya kemalangan dapat dielakkan.

Penemuan terbaru oleh ahli saikologi US itu mendapati mereka yang melihat gambar ghairah/seksi akan tidak dapat melihat imej yang terpapar selepas itu.

Para penyelidik ini mendapati mereka yang buta akibat rangsangan emosi ini menyebabkan mereka tidak nampak kenderaan lain atau pejalan kaki.

Sumber : http://www.newscientist.com/article.ns?id=dn7845&feedId=online-news_rss20

Posted at 04:39 pm by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Kesal solat jenazah tanpa dokumen dilarang di masjid

Saudara Pengarang,
APA yang ingin saya laporkan di sini adalah perkara yang sungguh dikesali dan memalukan saya sebagai orang Islam.

Adik saya telah meninggal dunia pada 3 pagi, 14 Ogos 2005. Setelah kami sekeluarga menyelesaikan urusan hospital (memandikan serta mengapankan jenazah dan sembahyang jenazah di HBKL), pihak kami telah menguruskan jenazah untuk dibawa pulang ke rumah saya.

Setelah itu, jenazah telah dibawa pulang ke Kampung Datuk Keramat iaitu tempat kediaman Allahyarham.

Oleh kerana kebetulan masuk waktu subuh, kami berhenti sebentar di sebuah masjid di Keramat untuk melakukan sembahyang subuh berjemaah (bagi ahli keluarga) dan melakukan sembahyang sunat jenazah di masjid tersebut memandangkan Allahyarham merupakan penduduk di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, salah seorang ahli jawatankuasa masjid itu telah melarang jenazah adik saya dibawa masuk dan disembahyangkan dalam masjid itu kerana ketiadaan dokumen (surat mati, surat pengenalan dan dokumen yang berkaitan).

Dokumen tersebut berada dengan salah seorang ahli keluarga Allahyarham yang kebetulan berangkat untuk menguruskan urusan tanah pengkebumian.

Kami dilarang membawa masuk jenazah ke dalam masjid dengan alasan kemungkinan jenazah tersebut pendatang asing.

Setelah puas pihak kami merayu, permintaan kami tetap juga tidak diendahkan.

Memandangkan waktu sembahyang berjemaah telah bermula, pihak kami segera bersembahyang sambil jenazah disimpan di dalam van jenazah HBKL yang ditemani oleh beberapa ahli keluarga yang lain.

Apabila selesai sahaja sembahyang subuh, beberapa ahli jemaah masjid itu yang ternampak kereta jenazah telah mempersoal ahli keluarga kami kerana tidak membawa masuk jenazah dan melakukan sembahyang jenazah.

Apa yang berlaku menimbulkan persoalan:

* Masjid merupakan rumah Allah untuk umat Islam melakukan ibadat dan perkara yang baik tanpa mengenal darjat, asal-usul dan sebagainya.

* Adakah benar ada peraturan atau undang-undang yang melarang jenazah tanpa dokumen disembahyangkan di masjid, sekalipun jelas bahawa orang-orang yang membawa jenazah itu adalah orang Islam?

Tujuan surat ini ditulis adalah untuk melahirkan rasa kekecewaan terhadap apa yang saya rasa tidak sepatutnya berlaku di masjid. - MARIAH MUSA, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Posted at 02:50 pm by infojiboi
Comment (1)  

Pemimpin UMNO Perlu Bersikap Positif

Kenyataan Media

Kuala Lumpur, 16 Ogos 2005: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berasa amat kesal atas sikap tergopoh-gapah Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui kenyataan tidak demokratik beliau di dalam akhbar Utusan Malaysia yang bertajuk 'Terima Islam Hadhari sebelum bermuzakarah' semalam (15 Ogos 2005).

Kenyataan beliau itu, lebih kepada satu penolakkan dan memaksa PAS untuk menerima konsep Islam Hadhari dan Perjuangan UMNO. Ianya jelas bertentangan dengan Perlembagaan PAS yang berteraskan Islam yang Syumul.

Seandainya semua pemimpin UMNO bersikap sedangkal pemikiran beliau maka semakin lemahlah umat Melayu yang mahukan suatu perubahan murni dalam arus politik negara. UMNO dan PAS sememangnya berbeza dari segi ideologi dan bentuk perjuanganya, tetapi itu tidak bermakna UMNO dan PAS perlu untuk terus bertentangan dalam semua perkara. UMNO juga tidak berhak untuk memaksa PAS tunduk dan menuruti segala dasar yang dibawakan mereka selaku Parti yang memerintah.

DPPWP percaya bahawa pelawaan Presiden PAS baru-baru ini adalah satu ruang diskusi yang seharusnya dimanfaatkan oleh pimpinan UMNO dalam menilai dan menjana masa depan bangsa Melayu di negara ini.

Sikap ego dan keangkuhan pimpinan UMNO yang enggan menerima peluang ini secara positif haruslah diketepikan. UMNO seharusnya bersikap terbuka dan berlapang dada sebagaimana janji mereka sebelum ini yang kononnya bersedia bermuzakarah dengan pimpinan PAS pada bila-bila masa.

Pada masa kini, terlalu banyak isu yang melanda umat Melayu dan harus dibincangkan secara bersama bagi mencari satu kesepaduan dalam usaha memajukan bangsa Melayu. Bermula dari isu umat Islam seperti trademark produk halal, gejala maksiat, seterusnya kepada permasalahan ekonomi dan politik yang lebih meluas. Kesemuanya perlukan satu ruang untuk diperbincangkan.

Sampai bila UMNO ingin terus berdegil dan tidak mahu menerima pandangan orang lain. PAS sedia menerima teguran pimpinan UMNO dan memperbaiki kelemahan. Adakah UMNO berani membuat perubahan seperti itu?

DPPWP berharap agar pimpinan UMNO memikirkan semula tentang pelawaan Presiden PAS sebelum ini. Seperti kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa:

“Jika tidak diadakan perbincangan macam mana hendak ditentukan hala tujunya terutamanya perkara-perkara baru,”

DPPWP juga berharap agar pihak pimpinan UMNO melihat dunia Melayu ini secara luas dan tidak setakat dalam kantung mereka sahaja.

DPPWP juga mempelawa kepada Pimpinan PAS dan UMNO untuk mengadakan Muzakarah ini di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Putrajaya. DPPWP juga tiada masalah jika Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berminat untuk bekerjasama bagi menjayakan muzakarah.

Untuk itu DPPWP dan seluruh rakyat menanti jawapan pimpinan UMNO. Biarlah muzakarah ini berlangsung diatas meja yang penuh rasa keharmonian dan bukannya diatas kertas atau catatan media massa sahaja.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Posted at 10:43 am by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Tindakan Umno mahu PAS terima Islam Hadhari tidak masuk akal-Ustaz Nasha

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Hrkh) – Tindakan Umno mahukan PAS terlebih dahulu menerima prinsip Islam Hadhari sebelum bermuzakarah tidak masuk akal, kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Ini kerana katanya, untuk menerima sesuatu perkara, sewajarnya satu perbincangan diwujudkan kemudian baru dibezakan inti patinya.

“Jika tidak diadakan perbincangan macam mana hendak ditentukan hala tujunya terutamanya perkara-perkara baru,” katanya kepada Harakahdaily.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyuddin Yassin, hari ini dipetik sebuah akhbar tempatan sebagai berkata PAS perlu menerima prinsip Islam Hadhari sebagai pembuka jalan bagi muzakarah.

Sementara itu pada sidang media di Taman Melewar, Ahad lalu, Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS telah menghantar surat rasmi kepada Setiausaha Agung Umno, menyatakan kesediaan bermuzakarah dengan parti tersebut bagi membincangkan pelbagai isu dan masalah kepentingan rakyat.

Bagaimanapun Ustaz Abdul Hadi berkata, sehingga hari ini PAS belum menerima jawapan daripada Umno.

Dalam pada itu Ustaz Nasharudin menyifatkan pemimpin Umno kurang waras dalam memperjuangkan partinya.

Malah katanya, banyak hal yang diputarbelitkan Umno contohnya dalam pengurusan ekonomi, politik, pembangunan, dan termasuk juga dalam konteks kefahaman Islam.

Bagaimanapun katanya, PAS sentiasa bersikap terbuka dalam menangani sesuatu masalah khasnya yang membabit kepentingan agama dan negara.

“Sebab itu kita bersedia untuk berdialog dengan semua pihak dan mesej yang dibawa kita buka seluas-luasnya,” katanya.
- lanh

Posted at 10:32 am by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Ya Allah selamatkanlah bumi Aceh

   BERDAMAI AKHIRNYA...Menteri Keadilan Indonesia Hamid Awaluddin dan pemimpin Gerakan Aceh Merdeka (GAM) Malik Mahmood bersalaman sebagai tanda perdamaian selepas belasan tahun bertempur antara satu sama lain. Memorendum Persefahaman (MoU) itu ditandatangani di depan bekas Presiden Finland, Martti Ahtisaari di Helsinki semalam. Perdamaian yang digerakkan selepas bencana tsunami membunuh puluhan ribu rakyat Aceh itu disambut dengan penuh kegembiraan oleh rakyat Aceh yang sudah lama menderita akibat peperangan.

Akhirnya dengan izin Allah swt termetrailah perjanjian damai antara kerajaan Republik Indonesia dan gerakan pembebasan Gerakan Aceh Merdeka ataupun GAM di Helsinki Isnin lalu.

Dengan perjanjian damai ini bermakna berakhirlah sengketa perang saudara antara kerajaan Indonesia dan GAM yang telah berlarutan selama lebih 30 tahun dengan mengorbankan lebih 15,000 nyawa.

   

Melalui perjanjian damai ini kesemua anggota GAM bersetuju meletakkan senjata dan akan diberikan pegampunan oleh kerajaan Indonesia. Semua tahanan GAM dalam penjara Indonesia akan dibebaskan dalam tempoh 2 minggu dan anggota GAM akan dibenarkan mengambil bahagian dalam arus politik perdana di Indonesia

Selain itu Aceh sendiri akan diberikan otonomi dengan diberikan hak dan kebebasan menguruskan hasil mahsulnya sendiri. Malah 70 peratus dari hasil buminya akan diurus sendiri oleh wilayah ini kelak.

Aceh sebelum ini merupakan satu-satunya wilayah yang diberikan status daerah istimewa oleh kerajaan Indonesia. Melaui perjanjian ini Aceh akan terus dibenarkan melaksanakan syariat dan undang-undang Islam sebagai hukum amalannya.

Mudah-mudahan tiada lagi berlaku pertumpahan darah di bumi Serambi Mekah ini yang telah melahirkan puluhan para ulamak terkenal dan tersohor. Mudah-mudahan rakyat Aceh akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan warga dunia yang lain, yang bebas dan merdeka. Mudah-mudahan Islam terus subur di bumi bertuah ini.

Sementara itu Aceh dijangka mengadakan pilihanraya ataupun pemilu disemua peringkat pada bulan Oktober kelak. Menurut Drs. Almuzammil Yusuf dari PKS ataupun Partai Keadilan Sejahtera (blok parti Islam yang popular dewasa ini di Indonesia) rakyat Aceh dijangka akan memberikan kemenangan besar kepada PKS lantaran identiti Islam yang dibawa PKS yang secocok dengan tradisi dan amalan Islam yang masyhur di Aceh.

Semoga Serambi Mekah di Indonesia dan Serambi Mekah di Malaysia bergema membangkitkan semangat dan kesedaran rakyat di rantau sebelah sini untuk kembali menghayati Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw, insyallah.

Posted at 10:21 am by infojiboi
Comment (1)  

Tuesday, August 16, 2005
USM did it again : cut throat photos -no $$$$ no photos !

  USM did it again : they gave a crony photo studio from UKM the right to take all Convocation photos for the current batch of graduates. This monopoly studio was quick to hike the price to about RM100.00/set of photo -on excuse that they supply the picture frame. When the graduates refused to be extorted -causing the photos without the frames to be cut to about RM50.00/set the photo studio company refused to sort out the photos for the graduates ! The result was what you see in the photo.

(Pix: FLOORED: Graduates, some with their parents' help, searching for their convocation photos strewn all over the USM chancellery ground on Saturday.)
So USM : why take advantage of your graduates and leave a bad impression of you on the last day your students -and their parents, are with you ?
Apparently some photos had been removed from USM and the campus authotity, while denying a brawl with the photo studio, promised to bring back the photos for the affected students

Monday August 15, 2005

A picture of chaos at USM
BY EMMELINE TAN

PENANG: They wanted mementoes of their being proudly capped as Universiti Sains Ma-laysia(USM) graduates. But they found only chaos, missing photographs, and no explanation. They had to sort through thousands of unmarked photos in boxes to find their own. The graduates, who turned up on Friday and Saturday at the USM chancellery, found themselves going on their knees to sort through the photos scattered all over the floor

The problem started after they were asked to buy the entire set of three photo-graphs together with frames for RM95. When many of them complained about not needing the frames, the price was reduced to as low as RM55.

Applied Science graduate Cheryl Kok expressed her dismay when she had to search for her own pho- tos from boxes just placed there. In previous years, small photos would be numbered and pinned on a notice board according to your convocation session. You would look for your face and jot down your number. Photo studio staff would then hand you the correct plastic bag with all your photos and negatives and you just pay your money and leave, said Kok, 24.

The situation turned chao-tic when scores of graduates turned up to collect their photographs on Friday.Kok said people just took out batches of photos from the boxes to sort through them and none of the photo studio staff offered to help. A father who wanted to be known as L.K. Yong, 52, said his family went there on Saturday to get his daughter and they took two hours before they could locate them.

These are precious photos. It&rsquo;s frustrating such a thing could happen in a univer- sity. It was a free-for-all with some leaving without pay- ing for their photos and others crying when they couldn&rsquo;t find theirs,&rdquo; said Yong, whose daughter is a Translation and Interpre-tation graduate

USM principal registrar Mohamad Abdullah said the university would resolve the problem with the photo studio. The studio did not have a system in selling the photographs and they said we were not helping them when the situation blew up The photos are now with the independent studio at its base in Universiti Kebang-saan Malaysia, Bangi said Mohamad, adding that it was the first time this studio was chosen for the USM convocation. Mohamad said USM would do its best to get the photos for the graduates. Graduates who have any enquiries or complaints could e-mail him at
pro@notes
. usm.my

Posted at 05:24 pm by infojiboi
Klik Untuk Komen  

Next Page