|
|
Tuesday, August 23, 2005
Yahudi tak pukul orang Yahudi!!!Polis Malaysia & Polis Yahudi Israel
Yahudi tak pukul orang Yahudi!!!Polis Malaysia & Polis Yahudi Israel
MASYARAKAT dunia yang peka dengan isu semasa dipercayai telah mengikuti dari stesyen TV CNN bagaimana polis Israel menangani penunjuk perasaan pelampau Yahudi yang enggan keluar dari penempatannya di Gaza, Palastin.
Tidak banyak kerenah Yahudi dari dulu dan sekarang yang dapat ditimbangkan, tetapi dunia boleh belajar dari pendekatan polisnya menangani golongan pelampau Yahudi yang akhirnya berkubu di dua buah kuil di Gaza.
Tunjuk perasaan di kawasan-kawasan penempatan Yahudi berjalan bebeapa minggu, malah ia mendapat sambutan dari masyarakat Yahudi dari luar Gaza yang datang berkhemah di tempat-tempat tunjuk perasaan itu. Mereka digalakkan menyertainya oleh penentang program mengunduran yang diptuskan oleh Sharon, Perdana Menteri Israel yang diketahui kejam oleh masyarakat dunia.
Ramai yang dating membawa isteri dan anak. Malah ada ibu membawa bayi berkhemah.
Polis yang beribu-ribu dikerah hanya diperintahkan mengawal tunjuk perasaan itu jangan sampai melanggar undang-undang. Mereka hanya berkawal dan memastikan penunjuk perasaan ke tempat-tempat dilarang. Sekalipun polis itu dicabar dan maki hamun oleh penunjuk perasaan, mereka bersabar dan tidak bertindak balas.
Ketika rundingan berjalan bagi memujuk mereka keluar, sokongan masyarakat Israel kepada tunjuk perasaan tidak pernah berkurangan.
Apabila tempoh bagi peneroka penemptan tamat, polis dikerah untuk mengeluarkan penceroboh itu keluar dari rumah dan kampung halaman haram itu yang mereka ceroboh lebih dari 30 tahun. Bas-bas disediakan untuk membawa penceroboh dan penunjuk perasaan keluar dari situ.
Tiada cara pelampau Yahudi itu bertahan di rumah masing-masing kerana polis datang menarik mereka dari rumah jika mereka enggan mematuhi arahan polis supaya keluar. Mereka diusung dari rumah dimasukkan ke dalam bas.
Apabila mereka tidak lagi berupaya memertahankan rumah masng-masing, mereka berkubu di dua buah kuil yang pintunya ditutup kemas sekeliling dinding kuil itu dibalut dengan pagar dawai berduri supaya sukar dipanjat polis.
Polis tidak bertindak sehinggalah tamat tempoh penduduk mesti mengosongkan Gaza.
Polis dipercayai membuat persiapan untuk menghadapi semua kemungkinan ketika menggempur untuk mengeluarkan pembantah dari kuil. Di samping beribu-ribu polis bekerja membuka pintu berkunci dari luar, beberapa kontena penuh komando diangkat dengan kren ke udara yang memungkinkan mereka terjun ikut suto atau bumbung kuil.
Inilah saat cemas. Jika komando itu sempat turun ke kuil, tidak dipastikan apa akan berlaku. Komando itu tidak sempat diturunkan kerana daun pintu data dibuka. Polis menggunakan alat khas untuk mencongkel daun pintu itu.
Polis yang beryuniform lengkap, tetapi tidak dilihaat membawa senjata kecuali berperisai tangan, menyerbu masuk ke kuil. Penunjuk-penunjuk perasaan membuat kubu manusia berangkai antara satu dengan lain. Polis cuba menarik dan memisahkan setiap orang. Mereka tetap melawan tetapi tiada pukul memukul. Beberapa orang polis cuba menceraikan mereka dari yang lain dan yanga berjaya dipisahkan diusung keluar dan diletakan di depan pintu bas dan dipaksa masuk bas bagi yang enggan masuk sendiri.
Polis mengambil masa yang lama untuk mengosongkan kuil.
Yang menariknya penunjuk perasaan khususnya perempaun, berpeluk-peluk dengan anggota polis wanita yang mengusung mereka dari kuil. Polis memberi mereka air minum. Polis dikira berjaya menangani dengan baik.
Cuma satu kejadian cemas di satu kuil. Polis di tingkat bawah kuil dicurah dengan air asid dari atas. Ini menyebabkan anggota polis terpaksa menanggalkan pakaian, tinggal seluar dalam dan dicurah air serta merta bagi mengelah asid itu memberi kecederaan yng lebih teruk kepada polis.
Nasib anggota polis yang mandi asid itu tidak diketahui, tetapi mereka dipercayai cedera.
Kalau ada penunjuk perasaan yang cedera atas tindakan polis boleh dibilang.
Sesiapa juga yang melihat cara polis Israel yang melihat mereka menyelesaikan suasana tegang itu sangat mengkagumkan. Saya sendiri berbangga dan puas hati dengan tindakan polis. Bukan sekadar tiada siapa kena ketuk, malah polis mengambil sikap berkawan dengan penunjuk perasaan yang diusung keluar walalupun antara mereka kasar kepada polis.
Saya juga menonton polis London bertindak mengejar orang-orang di stesyen keretapi bawah tanah. Pendek kata pukul memukul benda biasa dalam keadaan macam itu.
Saya pernah menyaksikan polis menggempur Masjid Ar Rahman di Lembah Pantai, Kuala Lumpur untuk menyuraikan penunjuk perasaan menentang kehadiran pasukan kriket Yahudi. Tidak dipastikan adakah orang dalam masjid kena pukul cotar oleh polis seperti lazim berlaku bila polis menyuraikan tunjuk perasaan, tetapi habis imam dan bilal diseret ke lokap.
Tertalalu sensitif untuk membandingkannya dengan cara polis menggempur kubu Ibrahim Libya di Mamali hampir 20 tahun dulu.
Ada baiknya rakaman polis Israel menggempur kuil Yahudi di Gaza itu diedarkan oleh polis ke setiap daerah supaya pegawai dan anggota polis boleh menontonnya. Tengok macam cara Yahudi menghadapi bangsanya sendiri.
Anggota Jawatankuasa Pembaikan Khidmat Polis yang sudah menamatkan tugasnya, juga patut menengok rakaman itu.
Masa saya banyak terbuang menontonnya melalui CNN dan BBC.
Semua orang tidak senang dengan kekejaman Israel.Tiada yang menggembirakan dengan kerenah Israel baik ia Yahudi Israel mahupun Yahudi di Amerika. Mereka adalah tidak berperi kemanusiaan.
Tetapi cara polis Israel menghadapi pelampau dari kalangannya, tidak langsung membayang sikap Yahudi yang dunia kenal. Jauh berbeza dengan polis bukan Yahudi di seluruh dunia menghadapi rakyat atau bangsa sendiri. Cara polis Malaysia menangani orang bukan pelampau seperti golongan reformasi dulu dan terhadap perhimpunan aman PAS di Terengganu dua tiga minggu ini beerbeza benar dengan sikap polis Israel menghadapi pelampau Yahudi.
Kita jangan berbicara tentang Israel menghadapi Palastin atau sesiaa saja. Tidak sama layanan mereka.
Tetapi yang membanggakan saya, ialah adab dan maruh polis Israel menghadapi rakyatnya tak kira pelampau atau tidak. Benarlah kata-kata rakyat Yahudi, Yahudi tak pukul orang Yahudi.
Apa yang memungkinkan warga Israel mendapat layanan yang baik dari polis Yahudi dan kerajaan Yahudi Israel? Ia tidak lain dari kedaulatan rakyat yang meeeka miliki.
Rakyat Malaysia belum dapat layanan seperti itu, mengapa? Justeru rakyatnya tidak berdaulat. Di Israel, kerajaan takut pada rakyat dan polis segan pada rakyat, tetapi di Malaysia rakyat takut pada kerajaan dan kepada polis lagi mereka takut.
Kerajaan Israel berkeras dengan orang Arab dan orang asing, tetapi berlembut dengan bangsa sendiri iaitu bangsa Yahudi. Tetapi kata Sharon, pelampau-pelampau yang mencurah asid kepada polis akan dikenakan tindakan keras.
Orang Israel sedih dengan kejadian di sekitar kuilna di Gaza beberapa hari, tetapi mereka berbangga kerana dapat berdemokrasi dengan rakyat termasuk rakyat yang pelampau.
SeTAPAK
21/08/05
Posted at 12:48 pm by infojiboi
Permalink
Tiada jalan keluar bagi Isa…
Tiada jalan keluar bagi Isa…
 |
Bila Majlis Tertinggi UMNO mengadakan mesyuaratnya Khamis ini seluruh perhatian bertumpu kepada keputusan yang bakal dibuatnya keatas rayuan Naib Presiden UMNO Tan Sri Isa Samad.
Beliau mengemukakan rayuan 6 Julai lalu keatas hukuman gantung enam tahun setelah didapati bersalah terlibat politik wang oleh Lembaga Disiplin UMNO pada 27 Jun.
Agendadaily difahamkan Lembaga Rayuan telah meneliti kesnya dan memutuskan menolak rayuan itu.
Keputusan muktamad samaada menerima atau menolak keputusan Lembaga Rayuan itu kini terletak kepada budibicara Majlis Tertinggi UMNO. |
Sumber-sumber yang layak dipercayai memberitahu mengikut amalan biasa kemungkinan Menteri Wilayah Persekutuan itu ‘lepas’ adalah amat tipis sekali.
Katanya setelah Lembaga Disiplin mendapati beliau bersalah dan Lembaga Rayuan menolak rayuannya tiada sebab mengapa Majlis Tertinggi hendak membatalkan keputusan yang sudah dibuat.
Juga difahamkan Lembaga Rayuan menolak rayuan yang dikemukakan oleh tiga ‘orang kuat’ Isa yang turut dikenakan hukuman.
Mereka ialah Setiausaha Politik beliau,Salim Shariff yang digantung tiga tahun,Exco Kerajaan Negeri Pahang Datuk Shahiruddin Ab. Moin yang juga Ketua UMNO Bahagian Raub dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pandan Jamaludin Ropa.
Isa dan Shahirudin perlu melepaskan jawatan dalam kerajaan masing-masing sejurus Majlis Tertinggi mengumumkan rayuan mereka ditolak.
Mesyuarat Majlis Tertinggi Khamis ini akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kerana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melakukan lawatan ke Arab Saudi Rabu dan Khamis ini.
Posted at 11:46 am by infojiboi
Permalink
Bagaimana Tubuh Kita Menghadapi Stress
Bagaimana Tubuh Kita Menghadapi Stress
 |
Seringkali kita mendengar tentang bagaimana cara menangani stress supaya ia tidak membarah dalam diri dan seterusnya mengakibatkan pelbagai penyakit seperti depression, tekanan darah tinggi, ulser, jantung ,impotensi dan sebagainya. Saya ingin membincangkan tentang masalah ketegangan ataupun lebih dikenali sebagi stress ini dari sudut kesihatan.
Stress ditakrifkan sebagai respons badan dalam menghadapi stressor samada secara fisiologi, mental atau fizikal. Stressor iaitu punca stress boleh mendatangi |
seseorang individu dalam pelbagai bentuk seperti stress fizikal, sosial ataupun psikologi yang menyebabkan tubuh kita perlu untuk melakukan penyesuaian untuk menghadapinya.
Stress dibahagikan kepada dua kategori iaitu eustress dan distress. Eustress adalah stress yang menghasilkan kesan positif dan kegembiraan kepada seperti perkahwinan, naik pangkat, mendapat ahli keluarga baru dan berpindah rumah. Manakala distress pula adalah stress yang mengakibatkan kesan negatif kepada mangsa seperti kematian, kemalangan jalan raya, mendapat penyakit dan beberapa musibah lain. Ini kerana setiap perubahan akan menyebabkan stress kerana individu perlu meneysuaikan diri dengan keadaan baru. Biasanya kita akan membicarakan tentang distress di mana kita perlu tenang menghadapinya.
Stress ini mampu memberi kesan buruk kepada kesihatan bergantung kepada personaliti mangsanya. Bagi mangsa yang terlalu sensitif, kemungkinan ia lebih terkesan dengan kehadiran stressor dan tahap kekecewaan yang dialaminya lebih serius berbanding dengan individu yang berjiwa kental. Stress boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular iaitu meningkatkan risiko penyakit jantung dan hipertensi, meningkatkan paras kolesterol dalam darah, mengubah ritma jantung dan meningkatkan tekanan darah yang akhirnya boleh menyebabkan kerosakan pada salur darah.
Di samping itu, stress juga boleh melemahkan sistem imun dalam badan kita di mana peningkatan hormon adrenalin boleh menjejaskan fungsi leukosit. Ia juga boleh menyebabkan gangguan kognitif iaitu melumpuhkan konsentrasi dan melemahkan daya ingatan mangsa. Mangsa juga akan mengalami kekacauan emosi seperti resah-gelisah dan ia akan mempamerkan tingkah laku yang ekstrim.
Dalam mengkaji tindak balas badan terhadap stress, seorang saintis, Hans Seyle telah mengemukakan satu teori tentang reaksi tubuh manusia terhadap stress. Teori ini dikenali sebagai General Adaptation Syndrome (GAS). Setiap individu yang berhadapan dengan stress akan mengalami reaksi yang sama, cuma tahapnya berbeza bergantung kepada jenis stressor seperti kematian vs kegagalan peperiksaan, dan juga personaliti individu.
Badan akan melalui tiga peringkat stress. Peringkat pertama dikenali sebagai ‘Alarm Phase’. Apabila berhadapan dengan stressor, bahagian serebral korteks akan meransang hipotalamus di otak. Ransangan ini menyebabkan sistem saraf simpatetik diaktifkan. Keadaan ini akan menguja kelenjar adrenal untuk menghasilkan lebih banyak hormon epinefrin atau adrenalin. Hormon ini akan bertindak serta-merta. Akibatnya jantung akan berdegup dengan lebih cepat, tekanan darah meningkat, kadar pernafasan bertambah, berlaku dilat bronkiol iaitu pembesaran anak mata untuk membantu penglihatan dan berlaku proses glikogenolisis iaitu proses pemecahan glikogen membentuk glukosa yang akan membekalkan banyak tenaga kepada mangsa. Di samping itu, hormon akan meningkatkan fungsi otot menjadikan otot lebih kuat dan bersedia untuk bertindak. Kesan sampingan turut terhasil iaitu mulut menjadi kering dan berasa mual. Cuba bayangkan anda dikejar anjing liar. Anda akan mampu berlari lebih kuat daripada biasa, tercungap-cungap, berdebar-debar dan jantung anda berdenyut dengan terlalu pantas. Inilah contoh mudah reaksi badan kita terhadap stressor.
Selain adrenalin, hipotalamus di otak juga akan meransang kelenjar pituitari. Kelenjar pituitari akan menghasilkan hormon Adrenokortikotrofik (ACTC) yang turut bertindak ke atas kelenjar adrenal. Hormon yang berbeza iaitu kortisol akan dirembeskan. Pengeluaran hormon ini akan membantu meningkatkan proses glikogenolisis dan jumlah glukosa akan bertambah. Badan akan dibekalkan tenaga dan bersedia untuk menghadapi stressor.
Setelah badan berhadapan dengan stressor dalam jangkamasa yang lama, berlaku perubahan dalam fisiologi badan di mana individu akan menyesuaikan diri dengan stressor . Peringkat ini dinamakan sebagai peringkat Resistance Phase. Pada fasa ini, saraf parasimpatetik yang mengatur suap balas negatif akan mengurangkan perubahan tadi dan mengawal sistem dalaman supaya kembali normal. Individu mangsa akan mampu bertoleransi dengan suasana yang menekan.
Jika stress berlarutan, tenaga dalam badan akan kehabisan menyebabkan mangsa menjadi lesu (fatigue) dan tidak mampu melakukan tugas seharian dengan baik. Dan jika stress yang datang tidak dihentikan, individu tersebut berpotensi mendapat penyakit ulser atau hipertensi.
Ogos 2005
Universiti Malaya
Posted at 09:59 am by infojiboi
Permalink
TG Nik Aziz & Mawi:Gulai Belum Siap,Kenduri Belum Bermula,UMNO Pula Dah 'Demam'
TG Nik Aziz & Mawi:Gulai Belum Siap,Kenduri Belum Bermula,UMNO Pula Dah 'Demam'
Assalamualaikum w.b.t.
Kini sudahpun masuk 2 minggu(Sejak 9 Ogos 2005) TG Nik Aziz menghantar pelawaannya kepada Mawi untuk membuat persembahan hiburan alternatif di Kelantan. Namun seluruh ceruk rantau yang wujud di Malaysia ini masih heboh untuk mengulas tentang fenomena 'kejutan' yang dibawa oleh TG Nik Aziz.
Jika dahulunya pakcik-pakcik serta makcik-makcik yang langsung tidak didedahkan dengan Astro tidak kenal siapa itu Mawi,namun kini mereka sudah kenal siapa itu Mawi.Itupun setelah hebat diperbincangkan di media cetak mahupun di 'media' kedai-kedai kopi seantero Malaysia.
Seandainya jemputan itu dikemukakan oleh Pak Lah ataupun para pendokong UMNO, mungkin ia akan dianggap biasa. Namun disebabkan oleh pelawaan itu dikeluarkan oleh MB Kelantan yang merangkap orang yang berpengaruh di dalam PAS seperti TG Nik Aziz,maka ramailah yang terus 'demam' dan tidak kebah-kebah hinggalah ke hari ini.
Pada hemat saya, Mawi telahpun membuat persembahan yang agak 'grand' juga di Danga Bay baru-baru ini sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan, tetapi tidak pula media arus perdana 'ghairah' untuk mempromosikannya! Namun lain pula halnya yang berlaku di Kelantan. Tanpa mengeluarkan duit 1 sen pun, TG Nik Aziz telah berjaya 'mengupah' media yang mempunyai pelbagai latarbelakang politik agar mempromosikan 'Konsert Mawi' yang akan diadakan pada 30 September ini.
Berbalik kepada kehangatan Konsert Mawi yang dicanangkan oleh TG Nik Aziz, rata-rata disini ramai yang masih buat-buat tidak faham dengan apa yang dilakukan oleh TG Nik Aziz. Ini terbukti apabila Astora Jabat dengan artikelnya Di sebalik Nik Aziz restu hiburan Mawi ,serta tidak kurang juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Hishamuddin di Kuala Krai yang dengan 'megahnya' mengulas bagi pihak PAS bahawa PAS kini didalam kecelaruan tentang dunia hiburan.Sudahlah datang ke Kelantan tidak dijemput,pergi pula tak disuruh, namun Hishamuddin masih tidak tahu malu untuk menjadi jurucakap untuk pihak PAS.
Yang peliknya disini,mereka mengulas dengan pendapat yang hampir senada bahawa PAS tidak mempunyai pendirian tentang prinsip hiburan yang dikelolakan oleh PAS, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan apa yang akan digariskan oleh pihak PAS apabila konsert itu berlangsung. 'Kepala Hotak' Astora Jabat dan Hishamuddin pula bersifat stereotaip. Jika disebut konsert maka mulalah mereka akan membayangkan nyanyian yang melampau dan pencampuran tanpa batasan antara lelaki dan perempuan. Inilah natijahnya apabila dilahirkan di dalam dunia sekular ! Malah saya percaya Hishamuddin juga 'syok' dengan konsert yang melampau umpama Konsert Sure Heboh!
Kenapalah 'primitif' serta stereotaipnya pemikiran golongan UMNO ini ? Wahai 'adik kakak' sekalian bukan itu yang kita mahu langsungkan. Sudah resam tetamu datang ke rumah orang, apabila datangnya Mawi ke Kelantan untuk mengadakan persembahan, mana mungkin kita juga mahu mengadakan majlis se'jahiliah' budaya AF ataupun budaya hedonisme yang diperjuangkan UMNO selama ini.
Malah ada juga para pengulas seperti DuluJahil diruangan Forum Utusan Malaysia, 22 Ogos 2005 yang musykil dengan tindakan PAS yang mempelawa Mawi yang datangnya dari dunia AF, sedangkan tidak mempelawa juara AF yang sebelumnya seperti Zahid AF ke Kelantan?
Sekiranya wujud diantara kita yang membaca artikel harakahdaily yang bertajuk Pemuda PAS tubuh jawatankuasa pantau isu hiburan, 18 Ogos 2005, ada memperihalkan bahawa 17 Ogos yang lalu, DPP bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud ada mengunjungi Mawi di Johor, malah selepas ini akan diadakan pula pertemuan dengan pelakon veteran seperti Jins Shamsuddin, Dato' Rahim Razali, Habsah Hassan bahkan dengan Siti Nurhaliza bagi mengumpulkan segala pandangan dan maklumat semata-mata untuk membetulkan kecelaruan dunia hiburan yang wujud di Malaysia.
Sudah tentulah, seandainya jawatankuasa itu berjaya di dalam misinya itu, maka saya kira dapatlah artis-artis seantero Malaysia berkunjung ke Kelantan untuk mengadakan persembahan DENGAN akta hiburan yang senada dan seirama dengan konsep islam yang syumul. Bukannya dengan akta hiburan yang mengagung-agungkan budaya hedonisme. Pokoknya disini, artis itu mahu ikut saranan dan ketentuan Allah melalui al-quran dan al-hadis ataupun, seseorang artis itu berasa dirinya lebih 'gagah' berbanding zat Allah sehinggakan mahu 'memerintahkan' hukum Allah menurut kehendak mereka!
Selain itu,cuba kita fikir sejenak,jika dahulunya PAS banyak mengkritik budaya hedonisme yang rakus di Malaysia mutakhir ini, malah pihak UMNO pernah mencabar PAS agar kemukakan hiburan yang sah dimata PAS sekiranya akta hiburan yang digunapakai oleh UMNO adalah salah.Kini PAS melalui TG Nik Aziz mahu mempersembahkan dunia hiburan alternatif yang bebas daripada budaya hedonisme, tetapi mengapa pula UMNO menggelabah apabila PAS ingin mengotakan janjinya? Apabila siap gulainya nanti barulah boleh dikomen samaada sedap ataupun tidak, ini gulai belum lagi siap, majlis belum lagi bermula, namun telah ada suara yang mengatakan gulai itu tidak sedap!
Akhir qalam saya sekali lagi menegaskan disini bahawa saya percaya hiburan yang dikelolakan PAS di Kelantan BUKANNYA mengikut rentak budaya hedonisme dunia kini, hiburan yang dikelolakan PAS adalah bebas dari unsur jahiliah yang diperkenalkan oleh Kerajaan UMNO,Insyaallah.Kalau benar pun mahu mengatakan PAS tiada pendirian itu dan ini, tengoklah dulu apa yang akan dirancangkan oleh pihak PAS berkenaan konsert itu.
Tunggulah dulu gulai dikawah masak dulu, tunggulah majlis 'kenduri' bermula nanti. Selepas itu jika mahu tumpang sekaki,datanglah kami tak halau, jangan nanti menggigit jari.
Sekian.
Posted at 09:26 am by infojiboi
Permalink
Tidak perlu memberi ruang dalam minda kita memikirkan fenomena Mawi
Tidak perlu memberi ruang dalam minda kita memikirkan fenomena Mawi
Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Sholehuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.
Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael gila.
Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu, 21 OGOS setiap tahun menjadi Hari Al-Quds Sedunia.
Kecaman demi kecaman dilakukan ke atas Israel dan umat Islam Palestin sentiasa menjadi wira dalam dunia Islam. Mereka dicop sebagai pengganas oleh Yahudi dan Zionis serta sekutunya di seluruh dunia. Al-Qurtubi mengisytiharkan gerakan intifdah Palestin sebagai suatu jihad, dan mati dalam gerakan Intifadah adalah mati syahid.
Demikian dua persepsi dunia terhadap perjuangan rakyat Palestin. Satu pihak yang condong kepada kuffar dan musuh Islam mengatakan ia adalah suatu perkara yang tidak bertamadun, membinasakan diri dan mati katak. Sebaliknya pada kaca mata pejuang-pejuang Islam, dan mereka yang berjuang atas landasan jihad mengimani sesungguhnya erti pengorbanan dan sanggup mati kerananya: ia adalah perjuangan suci.
Pembebasan Palestin tidak akan melalui jalan mudah, satu-satu cara yang paling baik adalah dengan memperjuangkannya melalui peperangan. Siri-siri keganasan Israel dengan memungkiri perjanjian demi perjanjian damai adalah bukti nyata. Situasi terakhir setelah pengunduran penduduk bangsa Yahudi Israel di Genting Gaza, Bukit Golan, dan Tebing Barat yang dirampas dilihat sebagai tidak ikhlas. Ia adalah retorik baru Ariel Sharon. Ariel Sharon dengan angkuh memberitahu dunia bahawa pengunduran itu tidak mengubah kuasanya dari segi demografi. Beliau menjangkakan ‘cengkaman’ akan terus dilakukan dari luar.
Betapa Mereka tidak melepaskannya begitu, walaupun penduduk Palestin meraikannya dengan penuh gembira. Mungkinkah Ariel Sharon sedang mengatur strategi baru bagi melanggar dan melenyapkan mereka tatkala mereka leka dengan ‘keamanan’ yang dibayangi Zionis itu? Mungkin juga.
Jika di Palestin setiap hari anak-anak kecil dihangatkan dengan semangat kebencian kepada Yahudi, bagaimana pula dengan Malaysia? Malaysia yang aman dan damai ini sedang juga bergolak. Bergolak dengan masalah sosial yang korup, hilang identiti dan jati diri bangsa, serta ketidakpedulian terhadap nilai agama. Ketika orang lain sibuk membuat formula menguasai kek ekonomi, mengapa kita sibuk-sibuk membahaskan fenomena Mawi? Apa sudah jadi? Aku sudah keliru dengan agenda bangsaku. Tidak perlu memberi ruang dalam minda kita memikirkan fenomena Mawi ini!
Posted at 09:17 am by infojiboi
Permalink
Monday, August 22, 2005
Gantirugi ‘Buku 50 Dalil’ untuk tabung kemiskinan, kata Anwar
Gantirugi ‘Buku 50 Dalil’ untuk tabung kemiskinan, kata Anwar
KOTA KUALA MUDA: Gantirugi berjumlah RM4.5 juta yang bakal diperolehi bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melalui saman beliau ke atas Datuk Khalid Jafri Abu Bakar Syah penulis buku “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM” akan disalurkan kepada golongan miskin di negara ini.
“Saya tidak akan sentuh walau sesen pun wang gantirugi itu, saya akan berbincang dengan para peguam saya bagi mewujudkan tabung khas untuk membantu golongan miskin dan mereka yang memerlukan.”
 |
Anwar mengumumkan perkara itu ketika berceramah selepas melawat mangsa tsunami di di sini, Jumaat.
Selain itu, kata Anwar gantirugi daripada Bekas Ketua Polis Negara, mengenai kes mata lebamnya pula akan digunakan untuk membantu keluarga mangsa tahanan ISA.
Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur, 17 Ogos lepas memerintahkan Khalid membayar gantirugi berjumlah RM4.5 juta, daripada jumlah RM6.5 juta yang dituntut Anwar.
Julai lalu Mahkamah yang sama telah menjatuhi hukuman setahun penjara terhadap Khalid kerana menulis maklumat palsu dalam buku tersebut yang membawa peristiwa pemecatan Anwar September 1998 |
Mengulas lanjut perkara itu, di Kelang Lama, Kulim kemudiannya, Anwar menyatakan tindakan saman itu dikemukakan pada Jun 1988 ketika beliau masih Timbalan Perdana Menteri, bagi menyahut cabaran Khalid supaya beliau menyamannya.
“Saya tidak ada pilihan lain ketika itu, melainkan menyaman penulis buku itu yang mencabar saya menyamannya bagi membela maruah saya,” jelasnya.
Setelah tujuh tahun, kata Anwar akhirnya mahkamah memutuskan ‘Buku 50 Dalil’ adalah buku fitnah dan mengakui ada konspirasi politik untuk menjatuhkan beliau di sebalik penerbitan buku tersebut.
Anwar selanjutnya berkata dalam penghakiman kes tersebut, hakim memutuskan “Semua tuduhan dalam buku ini keterlaluan, fitnah, jahat, cukup kotor dan jijik sekali. Ada konspirasi politik, sebab itu buku 50 Dalil diedarkan dalam Perhimpunan Agung Umno, dan memang ada pemimpin-pemimpin tertentu terlibat.”
Sehubungan itu, kata Anwar, kini telah ada pemimpin-pemimpin Umno yang tampil memohon maaf kepada beliau.
“Ada pemimpin-permimpin Umno yang datang berjumpa saya baru-baru ini, memohon maaf dan menceritakan bagaimana selepas saya dipecat mereka telah diarahkan oleh Tun Dr Mahathir, supaya berusaha menghancurkan karier politik saya walau dengan apa cara sekalipun,” jelas Anwar.
Tapi kata Anwar walau sehebat mana sekalipun perancangan manusia, tidak mungkin dapat mengatasi perancangan Allah s.w.t.
“Kali ini kita akan lawan, kita akan bangun semula, membujur lalu melintang patah,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh ribuan hadirin. |
 |
Sementara itu, Presiden Keadilan, YB Datin Seri Azizah yang ditemui Malaysia Today tidak menolak kemungkinan, Anwar akan mengambil tindakan susulan terhadap para konspirator yang terlibat dalam penerbitan buku ‘50 Dalil’.
Dalam perkembangan berkaitan, diberitakan Khalid Jafri masih tenat setelah pehanya dipotong akibat penyakit kencing manis. Beliau telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Columbia Asia, Seremban, 2 Ogos sebelum dipindahkan ke Hospital Selayang 14 Ogos lalu.
Posted at 05:04 pm by infojiboi
Permalink
Malaysia menghadapi krisis air
Malaysia menghadapi krisis air
Catuan air mungkin dibuat berikutan musim panas yang teruk menyebabkan paras air di empangan seluruh negara jatuh mendadak
Krisis air Malaysia, dengan Johor menjadi antara negeri yang paling teruk terjejas berikutan musim kemarau yang panjang.
Dua daripada tiga empangan utama di Johor berada di bawah paras kritikal dan musim panas ini, yang terburuk pernah melanda negara dalam masa sepuluh tahun ini, mungkin berlarutan sehingga Oktober, kata pihak berkenaan.
Paras air di tujuh daripada 14 empangan dan tasik di seluruh negara berada pada atau di atas sedikit daripada paras berjaga-jaga, kata Jabatan Pengairan dan Saliran dalam laman webnya.
Empangan-empangan yang terjejas adalah yang terletak di bahagian pantai barat semenanjung, daripada Kuala Lumpur hingga ke Perlis.
Catuan air telah pun dibuat di kawasan tengah Negeri Sembilan dan juga di daerah Kluang, Johor.
Pihak berkenaan berkata, mereka tidak menolak kemungkinan catuan air dibuat di kawasan lain di seluruh negara kecuali jika hujan lebat turun di kawasan tadahan air dalam masa beberapa minggu ini.
“Kita sedang menghadapi satu musim kering yang panjang, terutamanya di Johor,” seorang pegawai kanan Jabatan Pengairan dan Saliran memberitahu The Straits Times.
“Jika kemarau berpanjangan dan hujan tidak turun, catuan mungkin sekali lagi akan dibuat.”
Catuan air akan menjadi tamparan kedua bagi rakyat Malaysia yang dilanda krisis jerebu pada minggu lepas, yang paling teruk dalam tempoh lapan tahun. Pada 1997, penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor juga terpaksa menghadapi catuan air selepas dilanda krisis jerebu.
Tetapi pihak berkuasa keberatan untuk memperkatakan soal catuan air kerana ia akan memberi kesan kepada banyak pihak, daripada suri rumah ke kilang-kilang, daripada kedai mamak hinggalah ke kompleks-kompleks yang mewah.
Data di dalam jabatan pengairan itu menunjukkan dua empangan di Johor dan satu di Perak berada di bawah paras kritikal. Paras air di empangan lain seluruh negara juga hampir jatuh di bawah paras kritikal, dan pihak berkuasa harus bertindak untuk mengelakkan paras air daripada terus jatuh.
Langkah-langkah yang perlu diambil termasuklah membuat pembenihan awan bagi membentuk hujan, dan juga memberitahu rakyat supaya berjimat dalam menggunakan air.
Pembenihan awan bermula semalam berdekatan empangan Sembrong di Johor dan akan diteruskan pada hari ini dan esok, kata Tan Kok Hong, pegawai yang bertanggungjawab ke atas tenaga, air dan komunikasi di Johor.
Paras air di empangan Sembrok dan Bekok di Johor jatuh di bawah paras kritikal beberapa minggu lalu.
Tetapi Tan berkata orang ramai tidak perlu terlalu bimbang keran masih terdapat ‘sedikit’ bekalan air di Johor.
“Tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai Singapura kerana bekalan airnya datang daripada empangan Linggui. Kita juga masih mempunyai bekalan air di Johor,” katanya.
Tetapi apa yang membimbangkan adalah kekeringan yang berlaku hingga ke dasar tasik.
Di Taiping – bandar yang paling ‘basah’ di Malaysia – sebuah lopak air yang dikelilingi oleh lumpur kering merupakan satu-satunya bukti kewujudan Jungle Lake, satu daripada 10 buah tasik yang teruk dilanda kemarau.
Di Tasik Pedu Kedah, jumlah air yang banyak digunakan bagi tujuan pengairan dan bekalan air, menyebabkan sukan air dihentikan selama setahun.
“Paras air kini terlalu cetek sehingga anda boleh nampak akar pokok terkeluar daripada dasar tasik di sesetengah tempat,” kata Roslan Abdul Karim, pengurus Desa Utara Lake Pedu Resort.
Walaupun terdapat hujan di beberapa tempat di seluruh negara, namun ia tidak berlaku berdekatan kawasan tadahan air di empangan, tasik dan sungai yang membekalkan air minuman.
Posted at 04:54 pm by infojiboi
Permalink
MAWI: SUASANA SAMBUTAN BILA PULANG KE KAMPUNG
MAWI: SUASANA SAMBUTAN BILA PULANG KE KAMPUNG
 |
SUASANA bersesak-sesak ketika hampir lima ribu peminat menyambut kepulangan Mawi ke Felda Taib Andak.
``Bertenang, bertenang, ingat. Ini rumah Allah, kita kena hormat. Tolong jaga. Bertenang semua.'' Permintaan ini lahir daripada seorang imam di Masjid Nurul Saadah, Felda Taib Andak ketika malam menjelma di Felda Taib Andak petang Isnin lalu.<
Kata-kata imam itu ada kaitannya dengan keadaan yang dilihat semakin tidak terkawal dan sesak yang ditimbulkan oleh peminat juara Akademi Fantasia 3, Asmawi Ani. |
Ia juga serba sedikit menjadi penyelamat kepada kesesakan yang berlaku ketika orang ramai berasak-asak, berhimpit-himpit.
Mereka sanggup bersesak-sesak semata-mata mahu bertemu mata dengan pemuda yang dianggap sebagai `wira' baru dalam industri hiburan tempatan yang mesra dengan panggilan Mawi ini.
Petang itu, Felda Taib Andak menerima tetamu luar biasa, berduyun-duyun. Satu negeri Johor turun, malah tidak mustahil jika ada juga peminat dari negara jiran, Singapura yang bertandang untuk melihat rupa paras Mawi dari dekat.
Persoalannya, apakah si empunya diri, Mawi sendiri menginginkan dia disambut dan diraikan sedemikian rupa?
Benar, dia telah diangkat sebagai juara oleh tangan-tangan yang mengundinya melalui SMS, tetapi apakah terjemahan kepada `minat' itu sehingga ke tahap Mawi tidak lagi mampu memperoleh privacynya sendiri?
Paling menyedihkan apabila sebahagian daripada peminat yang hadir ke rumah Allah itu tidak mengendahkan penampilan diri mereka. Difahamkan kerana Mawi, ada peminat perempuan yang hanya memakai skirt singkat, tidak menutup aurat sanggup menunggu dan mengejar Mawi hingga ke dalam masjid untuk bersalam.
Belum lagi bersesak-sesak perempuan dan lelaki di ruang sekitar masjid, untuk menyaksikan Mawi. Sehingga Mawi sendiri, saya percaya serba sedikit melayang terbang segala kekhusyukan ketika tangan mengangkat takbir menunaikan solat maghrib di masjid berkenaan.
``Hati saya terusik, bila tengok ada yang tak hirau adab ketika di rumah Allah. Ikutkan hati saya mahu bersuara juga, sebab keadaan sampai jadi macam itu.
``Tetapi apa yang saya boleh buat, saya hanya mampu senyum saja, tak boleh cakap apa-apa.
``Nasib baik ada anggota keselamatan. Kalau tidak saya mungkin boleh `mati' sebab ditolak dan ditarik,'' kata Mawi kepada saya, lewat perbualan kami.
Seperti yang saya kata, Mawi sendiri kurang senang dengan situasi berkenaan. Terutamanya apabila ada peminat yang bagaikan terlebih-lebih memberi penghormatan kepadanya, padahal dia sedar dia hanyalah manusia biasa sahaja.
Itulah keadaannya bila manusia semakin hilang kewarasan dan dikuasai oleh keinginan untuk berseronok semata-mata.
Sebelum itu di Padang Astaka, Kampung Bahagia, Felda yang sama, hampir 5,000 peminat menyerbu Mawi. Ketika kereta Naza Ria yang membawa Mawi menjalar masuk ke kawasan berkenaan, ribuan peminat terpekik dan bersorak kegembiraan.
Tetapi Mawi sempat `lari' sekejap ke rumahnya, tempat di mana ibu dan keluarganya yang lain sedang menunggu. Bubur pulut merah dan pulut putih menanti kepulangannya ke rumah setelah lebih tiga bulan `merantau' ke Kuala Lumpur.
Balik ke rumah kata Mawi dia fikir mungkin boleh santai lepak depan televisyen, borak-borak dengan keluarga, tapi keadaan di sebaliknya. Rupa-rupanya di rumah pun penuh dengan peminat yang menyerbu, mahu bersalam dan bergambar.
``Lepas saya salam semua orang di rumah, suap emak bubur dan emak suapkan saya, abah ajak pergi padang sebab orang sudah tunggu. (Padang Astaka).
``Di situ lagi ramai, buat saya berdebar-debar. Dahsyat sangat kak,'' katanya.
Ketika itu kata Mawi dia semakin takut. Bimbang kalau-kalau sesuatu terjadi kepadanya dan anak-anak kecil yang berasak-asak.
Nasib baik ada anggota keselamatan yang cekap menjalankan tugas dan Mawi dibawa ke pentas yang disediakan khas bagi menyambut kepulangannya.
Peminat yang berkumpul semenjak pukul 4.30 petang terpaksa berpuas hati apabila Mawi hanya muncul kira-kira pukul 6.30 petang.
Dalam jangka masa setengah jam muncul di khalayak, Mawi hanya seketika di pentas dan sempat memberi ucapan sekitar lima minit.
Laungan Hidup Melayu bergema sebanyak tiga kali, selain perkataan yang menjadi trade marknya, world. Selain itu, Mawi juga mengajak peminatnya sama-sama berselawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w., sesuatu yang mencetuskan lagi kasih sayang peminat kepada ketokohan Mawi sebagai idola baru mereka.
Ini adalah kepulangan pertama Mawi ke kampung tempat dia dibesarkan setelah diangkat sebagai juara baru Akademi Fantasia.
Saya percaya sambutan yang diberikan kepada Mawi jauh berkali ganda lebih meriah jika dibandingkan dengan sambutan yang diberikan penduduk di Durian Mentangau kepada Nazmizan Mohamad ketika dia memenangi pingat emas di Sukan Sea pada tahun 2003.
Tetapi masyarakat nampak macam seolah-olah berlebih-lebih pula dalam soal mengangkat Mawi. Kenapa ya? Mawi sendiri sebagai manusia biasa tidak mahu dirinya diangkat sehingga ke tahap berkenaan.
Mawi menghargai mereka yang menyokongnya selama ini, tetapi jauh di sudut hatinya saya percaya dia mahukan kesederhanaan dalam segala segi.
``Saya tak harap orang minat saya sampai macam itu sekali. Sikit-sikit cukuplah, yang penting jangan keterlaluan sebab saya pun manusia biasa, macam orang lain.
``*****a sekarang orang kenal saya, tetapi jangan terlebih-lebih,'' kata Mawi menyatakan perasaan hatinya.
Malah paling disedihkan apabila terdapat di kalangan peminat yang berkumpul di masjid berkenaan tidak mengendahkan tatatertib sebagai Muslim dan Muslimah.
Tempat suci, kata Mawi sepatutnya dihormati, bukan dicemari.
``Bayangkan, ada yang datang pakai skirt. Tak bolehlah macam itu, saya sedih sebab ini tempat ibadat kita. Saya sedih sebab sepatutnya kita sama-samalah jaga. Saya pun ngeri juga tengok bila lebih-lebih sangat,'' katanya.
Menurut Mawi, dia menghargai sokongan yang diberikan. Tanpa penyokong yang digelar `sahabat Mawi' dia tahu dia tidak mungkin dipandang oleh sesiapa.
Bagai yang dikatanya ``hanya Tuhan yang mampu membalas segala jasa-jasa itu.'' Menghargai sokongan itu, cadang Mawi awalnya setelah bersembahyang di Masjid Nurul Saadah bersama dengan orang ramai, dia mahu bertemu dengan semua tetamu di rumah Allah itu dan berjabat salam.
``Tetapi keadaan bersesak sangat, bising, semua tak selesa. Jadi saya kena keluar cepat. Hasrat untuk bersalam dengan semua yang ada di masjid tu pun tak sampai dan saya terus dibawa ke hotel,'' katanya.
Kerana keadaan yang tidak terkawal juga, Mawi tidak berpeluang menghadirkan diri ke majlis tahlil salah seorang saudaranya, yang kebetulan pulang ke rahmatullah pada hari yang sama.
Juga dia terpaksa melupakan hasrat untuk bersua muka dengan tunangnya, Nordiana Mohd. Naim (Ina) walaupun terpaksa memendam rindu semenjak sekian lama.
``Saya pesan kepada Ina, jangan datang. Nanti dia pun kena serbu. Nasib baik dia tak datang. Tak jumpa pun tak apalah, kami boleh cakap di telefon saja,'' katanya, jujur bila soal tunangnya itu dibangkitkan.
Itulah Mawi. Dia akan berhadapan dengan episod yang sama untuk sekurang-kurangnya dalam masa beberapa bulan selepas ini.
Fenomena ini bagaimanapun akan terhenti apabila AF4 memunculkan wira baru dan pada ketika itu barulah Mawi boleh bernafas dengan lega.
Sementara itu, kepulangan empat pelajar AF3, Marsha, Felix, Yazer dan Haider disambut oleh kira-kira 500 peminat. Tidak seperti di Felda Taib Andak, peminat yang membanjiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah lebih terkawal dengan jumlah khalayak yang berbeza.
Kehadiran empat bintang ini disambut oleh kakitangan lapangan terbang berkenaan sendiri, di samping kakitangan Jabatan Imigresen yang berebut untuk bergambar dan mendapatkan tandatangan.
Sudah tentu tidak terkecuali yang menyambut mereka adalah ahli keluarga terdekat setelah sekian lama dipisahkan.
Bagai yang dikatakan oleh Marsha dia amat menghargai sokongan yang diberikan peminat, sanggup bersusah payah mengundi dan meletakkan namanya di atas.
Felix pula memberitahu yang dia sudah bersedia untuk berubah, daripada seorang jejaka biasa tidak dikenali, kepada jejaka yang mempunyai nama dan peminat.
Dan di tanah Mahsuri, Langkawi, kira-kira 500 peminat menyambut kepulangan pemenang tempat ketiga AF3, Amylea Azizan. Setibanya gadis genit ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, majlis meraikan Amylea diadakan di kompleks pelancongan Kota Mahsuri.
Amylea ceria dengan baju kurung kuning dan mengenakan tudung di kepala nampak sangat gembira kerana pertama kali pulang ke tanah tempat dia mencari rezeki selama ini.
Inilah dunia baru mereka. Apa-apa pun, kita mengharapkan agar khalayak berfikir dengan lebih matang dan tidak terlalu mudah memberi harapan dan membiarkan `wira-wira' baru ini menggalas cabaran berat di bahu mereka.
Mereka hanya orang biasa, yang punya sedikit bakat dan rezeki yang dipermudahkan oleh Tuhan. Itu sahaja, tidak banyak keistimewaannya. Jadi, kalau hendak memberi sokongan dan menunjukkan minat, biarlah berpada-pada.
Jangan terlalu taksub dengan seseorang manusia biasa hanya kerana mereka popular.
Posted at 12:04 pm by infojiboi
Permalink
Mahathir tamatkan persaraan untuk pertahankan peninggalannya
Mahathir tamatkan persaraan untuk pertahankan peninggalannya
Enam bulan lalu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dia patut dibenarkan bersara tanpa gangguan.
Komennya dibuat ketika apa yang disebutnya sebagai kempen memburuk-burukkannya, menuduhnya memufliskan kerajaan dengan projek mega dan menyebabkan masalah-masalah kepada penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
“Bagi saya bersara. Jangan ganggu saya atau saya akan terpaksa mempertahankan diri saya,” kata Tun Dr Mahathir dalam satu temubual Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno, Februari lepas.
Ia merupakan temubual pertama yang utama selepas dia bersara, sebelum ini dia tiada dalam berita.
Tetapi Tun Dr Mahathir berusia 80 tahun nampak sudah keluar dari persaraannya untuk mempertahankan peninggalan 22 tahunnya sebagai perdana menteri paling lama berkhidmat.
Ahli-ahli perniagaan dan politik yang telah berjumpa dengannya baru-baru ini berkata dia masih merasakan terdapat ‘usaha yang bersungguh’ untuk menyalahkannya atas masalah-masalah lalu
“Mahathir sedang melihat usaha peninggalannya terungkai dan sudah tentunya ia akan mempertahankannya,” kata seorang diplomat.
Sejak mengambilalih pada Oktober 2003, Datuk Seri Abdullah telah mempertingkatkan usaha membanteras rasuah, memberhentikan projek-projek infrastruktur yang megah dan mengikat perbelanjaan kerajaan bagi mengimbangi belanjawan yang defisit.
“Apa yang dilakukan oleh perdana menteri Abdullah seolah-olah memperbaiki setengah masalah-masalah yang Tun Dr Mahathir telah tinggalkan, tetapi saya tidak fikir dia mahu menghapuskan semua peninggalan Mahathir.”
“Ia tidak masuk akal baginya menghapuskan apa yang baik untuk negara,” kata Yang Razali Kassim, seorang fellow kanan di Institute of Defence and Strategic Studies, Nanyang Technological University.
Dalam sidang-sidang akhbarnya baru-baru ini, Tun Dr Mahathir berkata dia hanya bercakap mengenai Proton dan kontroversi lesen mengimport kereta-kereta mewah atau Approved Permit (AP).
Tetapi kenyataannya yang lain menunjukkan yang dia bersedia mempertahankan peninggalannya, dengan ciri-ciri sinisnya yang masih seperti selalu. Dalam sidang media bulan Februari, dia menafikan cerita dalam Asian Wall Street Journal, bahawa dia memeningkan kepala pentadbiran Abdullah.
Hujung Mei, dia memanggil satu lagi sidang akhbar untuk menjawab penulis sebuah akhbar yang mengatakan tidak banyak yang dilakukan olehnya untuk mengurangkan korupsi semasa pentadbirannya.
Dua lagi sidang akhbar menyusul bulan lalu mengenai Proton dan isu AP.
Sibuk dengan mengurus pentadbiran baru, Datuk Seri Abdullah nampak seperti tidak menghiraukan isu Proton pada ketika itu apabila ia menghadapi cubaan yang getir disebabkan pembukaan pasaran kenderaan Asean.
Tetapi ia sebenarnya, bagaimana tindakan-tindakan Datuk Seri Abdullah dipertahankan, kata pemerhati, yang membuatkan Tun Dr Mahathir mempertahankan tindakannya.
Salah satu, dakwaan bahawa Tun Dr Mahathir tidak lakukan secukupnya untuk memerangi rasuah, telah membuatkannya begitu marah.
Dia sering mengingatkan orang ramai bahawa dalam ucapan tahunannya di perhimpunan parti, dia terpaksa menangis di atas pentas untuk meminta ahli-ahli berhenti dari amalan-amalan korup.
Dan walaupun dituduh membina projek-projek megah dengan menggunakan wang rakyat – para pengkritik sering merujuk pada pusat pentadbiran Putrajaya yang bernilai RM10 bilion – defisit Belanjawan yang wujud dalam tahun 1998 di bawah pengawasan Tun Dr Mahathir mempunyai alasan yang sah.
Dia dipaksa mengepam ekonomi negara dengan perbelanjaan lebih sejak tahun itu apabila ekonomi menjadi lembab atau tidak berubah disebabkan beberapa masalah utama – krisis ekonomi Asia dalam tahun 1997-98, kesan dari serangan 11 September dan perang Afghanistan dalam tahun 2001, dan perang Iraq serta ditambah dengan wabak Sars serantau dalam tahun 2003.
Malah, Tun Dr Mahathir sendiri yang telah mulakan langkah mengawal perbelanjaan kerajaan, mengumumkan langkah tersebut dalam ucapan Bajet terakhirnya pada September 2003.
Ini tidak mengatakan era Mahathir tidak mempunyai pembaziran, projek-projek yang rendah mutunya dan penswastaan yang merugikan atau menyebabkan masalah yang penggantinya terpaksa mewarisinya.
Tetapi bagi mereka yang mahu menuding jari terhadap peninggalannya wajar bersedia. Seperti Menteri Perdagangan Antarabangsa Rafidah Aziz sudah belajar, bekas pemimpin berusia 80 tahun ini masih menyengat.
KENYATAAN-KENYATAAN PEDAS
Media cenderung memfokus pada kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai projek kesayangannya – pembuat kereta nasional Proton, yang dia telah mulakan dalam tahun 1980an.
Tetapi komen-komennya yang lain telah menunjukkan dia tidak gembira dengan pentadbiran yang ada sekarang, para pemerhati berkata.
“Seorang dapat merasakan kekecewaan beliau. Tetapi anda tahu yang ini boleh berlaku kerana pentadbiran baru telah beralih dari beberapa polisi lama,” kata bekas setiausaha politik seorang menteri kanan.
Lihat kenyataan-kenyataan oleh Tun Dr Mahathir dalam sidang media yang lalu:
#Dalam memperkatakan tentang ketua eksekutif Proton Tengku Mahaleel Ariff wajar dibayar gaji yang lebih, dia menambah bahawa ia tidak seperti itu bagi dirinya: “Bagi saya, saya tidak berharap (mendapat gaji lebih besar). Lihat saja kerosakan yang saya tinggalkan bila saya bersara menjadi perdana menteri. Kini kerajaan tidak ada duit. Saya sudah belanjakan segalanya.”
#Apabila ditanya tentang kenyataan Perdana Menteri Abdullah Badawi tentang sukarnya mengurangkan defisit, Tun Dr Mahathir berkata: ”Mereka kata kerajaan tiada wang. Saya rasa saya bertanggungjawab jika ada berlaku penyelewengan oleh pegawai-pegawai saya. Saya perlu menjawabnya. Tetapi saya bukanlah orang Jepun. Di Jepun, bila juruterbang jatuh terhempas, menterinya lakukan hara-kiri. Saya hampir-hampir seperti itu sekarang.”
#Kepada mereka yang menuduh anaknya juga mendapat manfaat dari lesen mengimport kereta mewah, dia menjawab balik: “Jangan buat seperti sebelum ini, mengaitkan keluarga saya apabila ada sesuatu yang tidak patut dilakukan, berlaku.”
#Ditanya jika Proton mungkin mempunyai warga asing sebagai CEO: “Kita sudah lihat orang asing mengurus Nissan dan menunjukkan prestasi yang baik. Sebenarnya, orang Malaysia tidak berapa mampu dan kita patut ambil orang asing untuk mentadbir negara kita. Maksud saya, kita boleh ambil orang asing sebagai perdana menteri, apa salahnya jika dia bijak.”
Posted at 11:20 am by infojiboi
Permalink
Bahana TV
Adalah penting untuk difahami bahawa kini media telah menjadi satu makhluk yang dipatuhi, dikasihi bahkan dilindungi. Sebarang cacian ke atas media misalnya akan membibitkan respon yang kritikal semula. Ini berlaku kerana media amat rapat dengan manusa, menjadi teman setia, memberi rasa tenteram dan senang, memberikan berita terkini dan hiburan yang sensasi. Proses perorangan ke atas media ini khususnya media elektronik telah diakui oleh ramai tokoh futuris dalam karya-karya mereka.
Kajian Byron Reeves dan Clifford Nass dari Stanford University membuktikan menerusi satu set kajian dan penyelidikan bahawa manusia kini melayani peti televisyen dan komputer sebagai entiti sosial dan ini dilakukan penuh natural. Kini ramai bercakap dengan televisyen, bersahabat dan percaya hanya televisyen memahami mereka .John Naisbitt mengakui trend ini dan mngatakan inilah prinsip asas kemajuan teknologi iaitu high tech=high touch. di mana kesan kejayaan teknologi telah mempengaruhi hubungan manusiawi .
Apakah yang dilatih tubikan oleh televisyen hari ini? Apakah yang disogokkan oleh media elektronik mahupun cetak kepada masyarakat sebagai pusingan appetite behaviour? Dan bagaimana masyarakat menerima dan terlazim malah terasuh serta terbina jati diri dan keperibadian mereka dengan apa yang disalurkan oleh televisyen itu?
Terdapat sekurang-kurangnya tiga implikasi buruk ke atas manusia oleh kemunculan institusi media yang berkuasa ini:
Buta budaya.
Buta budaya bermaksud keterasingan dari artifak budaya bangsa. Kemunculan media elektronik khususnya menjauhkan masyarakat dari budaya besar bangsa . Masyarakat misalnya tidak lagi mengenali karya sastera klasik. Atau mereka tidak memahami atau tidak berusaha memahami seni persembahan tradisional bangsa. Buta budaya langsung menghasilkan fragmentasi yang memisahkan individu dari masyarakat kerana kurangnya hubungan dua hala (hubungan yang dikemukakan oleh media adalah hubungan sehala dan jika adapun dua hala adalah hubungan tanpa jiwa yang tidak real) .
Kitsch
Istilah kitsch dipelopori oleh tokoh sosiologis Dwight Macdonald yang menggambarkan kelahiran budaya popular (produk media elektronik dan cetak) sebagai produk sampah . Secara mudahnya kitsch adalah budaya pop yang tidak berjejak oleh satu peradaban dan jati diri yang berwibawa. Kehadiran program realiti tv atau rancangan telenovela sebagai contoh adalah hasil kitsch. Dalam industri buku, kitsch menyebabkan kelahiran ‘chapbooks’ atau buku untuk kesenangan pembaca. Karya dengan nilai sastera dan estetika tidak lagi dibaca sebaliknya tumpuan diberikan kepada buku masakan, buku ramalan astrologi termasuklah bahan lucah. Kehadiran majalah yang memainkan persoalan tahyul, lucah dan misteri adalah sebahagian dari kitsch. Ini malah boleh dihadirkan menerusi media elektronik. Di sini jugalah muncul karya picisan yang hanya mementingkan selera rendah pembaca.
Kelewahan kepenggunaan atau perbelanjaan.
Kelahiran media sebagai institusi juga melahirkan budaya kelewahan kepenggunaan atau perbelanjaan. Thorstein Veblen mendebatkan budaya conspicuous consumption, atau kelewahan perbelanjaan untuk mencapai prestij sosial. Budaya ini telah menjadi nilai yang dominan dalam masyarakat moden . Antara muatan media ialah ragam pengiklanan moden. Para pengiklan ini mengenalpasti ahli masyarakat sebagai individu dan memainkan kehendak dan kepuasan pengguna dengan penerimaan sosial. Pertumbuhan budaya materialisme (meraikan kebendaan), hedonisme (pengejaran kepada keseronokan) dan narcissism (penurutan hawa nafsu) Fenomena kelewahan dan pembaziran ini menjadi lebih sengit dengan kemunculan saluran membeli-belah dan latih tubi iklan yang mengasak dengan nilai-nilai yang ditentukan oleh pengiklan dengan perintah kapitalis.
Posted at 09:49 am by infojiboi
Permalink
|
|
|