|
|
Saturday, August 15, 2009
Sideways face ;-)
  The sideways face used in billions of emails was invented by an IT expert in Pittsburgh, US, reports The Sun. Prof
Scott Fahlman was the first to use a colon followed by a hyphen and a
close bracket to form a smiley in a computer message. It has since
spawned dozens of similar characters, including the wink ;-) sad face
:-( yawn :-O and surprise 8-O.Prof Fahlman said he prefers :-) to the
modern computer graphic of a smiling face, adding: "It destroys the
whimsical element of the original."
Posted at 03:55 am by infojiboi
Tanda-tanda wanita tergoda kepada lelaki
Tanda-tanda wanita tergoda kepada lelaki
Dia Tidak Senang Duduk Sesetengah
wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas
dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya.
Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu
membuahkan hasil kerana 'pintu'nya telah terbuka untuk anda. Biasanya
tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di
belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling
manja. Walaupun dia sekadar mengatakan 'Maaf!', itu adalah petanda yang
perlu diberi tindakan segera.
Tunjuk Minat Sewaktu
berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah,
dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan
mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara
atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika
dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika
anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan,
dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.
Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya Bermakna
anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda
diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: 'Ini aku punya',
dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan
anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia
cemburu.
Dia Men'jual' Dirinya Jika
percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang
mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi
petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda
terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.
Bersikap Terbuka Biasanya
wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang
peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda
barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama
tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya
juga turut diceritakan.WOW!
Membayangi Anda Bukan
membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti
bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti
anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda
walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas
dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk
menunjukkan kemahuannya agar tidak 'lemas' lagi.
Anda Diajak Ke Tempat Lain... Dia
ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk
berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap
anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya.
Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya."
Posted at 03:50 am by infojiboi
Monday, September 01, 2008
AWAS ! Kepada Penggemar Nasi Lemak dan Teh Tarik
AWAS ! Kepada Penggemar Nasi Lemak dan Teh Tarik
NASI LEMAK secara tidak rasminya sudah menjadi hidangan wajib bagi orang Melayu.Tiada
yang boleh mengatasi keenakan nasi putih yang wangi baunya, dimasak
dengan santan kelapa dan dibungkus dalam daun pisang serta
diperlazatkan lagi dengan sambal ikan bilis, kacang goreng, telur dan
timun yang menyelerakan.
Setelah itu ia
disudahi dengan tegukan segelas teh tarik – teh yang manis bersusu. Teh
tarik juga secara kebetulan menjadi minuman tidak rasmi bagi rakyat
Malaysia. Tetapi
malangnya, mengambil nasi lemak dan teh tarik untuk sarapan pagi setiap
hari bukan suatu pilihan yang terbaik dari segi kesihatan. Bacalah seterusnya… Apa yang terjadi kepada nasi putih dalam badan kita? Sebaik sahaja ia dimakan, nasi putih akan ditukarkan menjadi glukosa dan akan diserap dengan cepatnya ke saluran darah. Sebarang
peningkatan gula darah akan memberi isyarat kepada pankreas untuk
mengeluar dan melepaskan insulin. Hormon ini akan mengarahkan sel-sel
untuk mengusap glukosa. Tanpa
insulin, glukosa akan hanyut terapung-apung di sekitar aliran darah,
tidak dapat memasuki ke dalam sel-sel yang memerlukannya. Diabetes akan muncul apabila badan tidak dapat mengeluarkan insulin dengan cukup atau tidak dapat menggunakannya dengan baik. Nasi
putih mengandungi apa yang dikenali sebagai Indeks Glisemik (GI) yang
tinggi. Ini bermakna ia akan menyebabkan peningkatan paras gula darah
dan insulin secara berlanjutan. Karbohidrat
yang tidak begitu mudah dihadamkan akan menyebabkan peningkatan gula
darah dan insulin yang lebih rendah dan lebih perlahan. Dengan
itu, ia memberi kurang tekanan terhadap jentera pembuat insulin dalam
badan kita serta membantu mencegah diabetes jenis 2. Makanan-makanan
seperti ini dikatakan mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Contohnya
termasuklah gandum asli lengkap, beras perang, lain-lain jenis bijirin
yang lengkap, dan kebanyakan kacang dan kekacang. Sel-sel
kita bergantung kepada satu gula tunggal ringkas iaitu glukosa, yang
sebahagian besar diperlukan oleh sel-sel berkenaan untuk membina
tenaga. Badan kita
mempunyai mekanisme yang rumit untuk memastikan paras glukosa dalam
aliran darah tidak menurun terlampau rendah atau melambung naik
terlampau tinggi. Glukosa
datangnya daripada pencernaan sukrosa (gula biasa) dan juga daripada
karbohidrat seperti nasi, roti, ubi kentang, roti canai, dan lain-lain. Jenis-jenis diabetes : Satu
bentuk diabetes akan berlaku apabila sistem imun menyerang dan
melumpuhkan buat selama-lamanya sel-sel pembuat insulin dalam
pankreas...Ini dikenali
sebagai diabetes 'jenis 1' yang pada suatu ketika dahulu dikenali
sebagai permulaan juvana (juvenile onset) ataupun diabetes bergantung
insulin. Satu
bentuk lagi, iaitu dari jenis yang suka menjalar dalam badan manusia,
dan ia mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang menjadi penyakit
diabetes sepenuhnya. Ia
bermula apabila otot dan sel-sel lain berhenti memberi tindak balas
terhadap isyarat buka pintu untuk glukosa yang diberikan oleh insulin. Badan
bertindak balas dengan membuat lebih banyak lagi insulin, sebenarnya ia
cuba menggasak dan memaksa gula darah ke dalam sel-sel.Akhirnya, sel-sel pembuat insulin menjadi lemah dan mengalami kegagalan. Ini dikenali sebagai diabetes 'jenis 2'. Mereka yang menghidapi
pradiabetes mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi daripada
normal tetapi tidak cukup tinggi untuk disahkan sebagai pesakit
diabetes sepenuhnya. Penghidap pradiabetes mempunyai paras glukosa 6.1 hingga kurang daripada 7mmol/l. Pada paras ini ia mengisyaratkan wujud risiko tinggi untuk menghidapi diabetes Jenis 2 dalam masa 10 tahun yang berikutnya. Sama
ada pradiabetes akan berkembang menjadi diabetes jenis 2 sepenuhnya,
sebahagian besarnya bergantung kepada individu itu sendiri yang
seharusnya mengambil perhatian terhadap berat badan dan kegiatan
senaman. Cara pemakanan bukan sahaja dapat mencegah pradiabetes
daripada menjadi diabetes, tetapi juga dapat mengembalikan semula paras
glukosa darah ke julat yang normal. Langkah-langkah pemantauan yang mudah: Dengan melakukan beberapa perubahan boleh mengurangkan secara mendadak kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2. Contoh-contohnya termasuklah: 1. Kawal berat badan anda. Berat badan berlebihan merupakan satu penyebab yang paling penting bagi diabetes jenis 2. Mempunyai berat badan berlebihan akan meningkatkan tujuh kali ganda kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2... Berbadan
gemuk akan membuatkan anda 20 hingga 40 kali lebih berkemungkinan untuk
menghidapi diabetes berbanding dengan mempunyai berat badan yang ideal
dan sihat. Mengurangkan berat badan boleh membantu sekiranya berat badan anda berada di atas paras berat badan yang sihat. Mengurangkan
7 hingga 10 peratus daripada berat badan anda sekarang dapat menurunkan
separuh kemungkinan untuk anda menghidapi diabetes jenis 2. Bertindak sekarang. Ketidakaktifan menggalakkan diabetes jenis 2. Bagi
setiap dua jam anda duduk menonton TV selain daripada melakukan
kegiatan aktif lain, akan meningkatkan kemungkinan untuk menghidapi
diabetes sebanyak 14 peratus... 2. Menggiatkan otot-otot anda
dengan kerap dan membuatkannya bekerja lebih keras akan meningkatkan
keupayaannya untuk menggunakan insulin dan menyerap glukosa. Ini akan
mengurangkan tekanan ke atas sel-sel pembuat insulin anda. 3. Perbaiki cara pemakanan anda. Perubahan terhadap cara pemakanan boleh mendatangkan kesan yang besar terhadap risiko diabetes jenis 2.. Pilihlah
produk yang berbijirin lengkap berbanding karbohidrat yang diproses
seperti nasi putih, roti putih, roti canai, kuih-muih, dan lain-lain. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Lagi banyak warna lagi baik. 4. Kurangkan pengambilan gula yang bertapis (gula putih). Apabila minum teh tarik, minta kurangkan gula atau kurangkan minum teh tarik. 5. Suplemen-suplemen nutrisi.
Membekalkan pesakit diabetes dan pradiabetes dengan nutrien-nutrien
penting terbukti dapat memperbaiki pengawalan gula di samping mencegah
atau mengurangkan perkembangan komplikasi-komplikasi diabetes. Contoh
khusus nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh pesakit diabetes
dan pradiabetes dengan jumlah yang lebih tinggi daripada yang terdapat
dalam formula multivitamin dan mineral harian biasa – Vanadil Sulfat,
Kromium, Biotin, vitamin B1, B6, B12, Niacinamide, vitamin C, vitamin
E, Mangan, Zink dan Selenium. Asid Alfa Lipoik (ALA) juga telah pun
terbukti dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes, demikian juga
kepada pesakit pradiabetes. ALA telah digunakan lebih 30 tahun di
Jerman untuk menentang kerosakan saraf termasuk retinopati (kerosakan
retina) bagi mereka yang menderita diabetes (jenis 1 dan 2). Kajian-kajian
baru-baru ini menunjukkan bahawa ALA mencegah diabetes bagi mereka yang
berbadan gemuk dengan mengurangkan pengumpulan lipid dalam tisu lemak. "
Semoga artikel ini dapat memberi manafa'at dan informasi berguna kepada
semua kawan-kawan dan ahli keluarga di atas nama sumbangan ilmu. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
menyampaikannya meskipun dia sudah mati..
Posted at 11:01 am by infojiboi
Thursday, August 21, 2008
Why women are so special
Mengapa WANITA sangat
Istimewa......
Mama dan
Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat
ni, i nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur,
nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice
cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun
pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak
tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak
nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara
tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la
gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade
lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la
kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah
ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah... tik...bunyi air dah
masak...salin air dalam flusk...ok settle...
baru teringat tak
semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak
beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel
kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4
keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok
settle...
ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg
polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg
coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh
pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai
nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg
baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni
die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok
settle...
Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi
kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang
jap..."
masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2
jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai
treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti
orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu.
..
bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok
kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik
belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade
lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok
baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa
yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..
dgr suara
papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh.
..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram
jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni
kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak
lampu luar..
ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan
budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok
dah ...
ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si
comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la
pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g
Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la
bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet
dreams...
aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu
kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan
alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade
meeting.. ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah
la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk
rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun
tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak
best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara
papa berkeruh...dah agak dah....
So?....apa yang
peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB
ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat
tu...
Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda
disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women
better... foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak,
isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...
Tak kira la wanita
berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara
mereka sendiri...
Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat
dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk
berdikari...
Posted at 01:49 am by infojiboi
Akta DNA dibentang cubaan perangkap Anwar Ibrahim
Akta DNA dibentang cubaan perangkap Anwar Ibrahim
KOTA BHARU, 20 Ogos (Hrkh) - Kerajaan Barisan Nasional (BN)
kini terpaksa bergantung kepada parlimen bagi memerangkap Dato' Seri
Anwar Ibrahim dengan membentang Rang Undang-Undang DNA kelmarin
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, semua orang nampak rang
undang-undang itu dibawa secara tergesa-gesa dengan mengambil kira
dakwaan liwat membabitkan mantan Timbalan Perdana Menteri.
"Kenapa setelah tujuh tahun baru nak dibentangkan. Kenapa tak
dibentangkan tahun hadapan biar pun akta tersebut sudah dirancang sejak
2001.
"Ini menjelaskan kerajaan yang ada ini begitu buruk sehingga
terpaksa menggunakan parlimen untuk mengenakan musuh politik mereka,"
katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
Dua hari lalu Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar
membentang Rang Undang-Undang DNA bagi mewajibkan suspek kes jenayah
memberi sampel DNA kepada pihak berkuasa.
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pula menganggap
pembentangan Rang Undang-Undang tersebut secara kebetulan dan meminta
orang ramai tidak mempolitikkan akta terbabit.
Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, pada
asasnya memang diakui DNA mustahak khususnya bagi menyelesaikan masalah
jenayah untuk dijadikan bahan bukti.
Namun menurutnya mengapa ia dibentangkan dalam keadaan serta-merta.
"Oleh itu rakyat perlu memberi mandat kepada kerajaan baru bagi memastikan
undang-undang negara tidak dipermainkan bagi kepentingan politik," ujarnya.
Beliau juga berkata, isu bersumpah bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful
Bukhari Azlan memperlihatkan undang-undang di negara ini menjadi
semakin kalut.
Menurutnya selepas kes itu disebut di mahkamah sivil, pengadu pula mahu membawa kes tersebut ke mahkamah syariah.
Katanya, tidak sepadan dengan tindakan tersebut pengadu pula bersumpah
sehingga ia mempamerkan wajah buruk negara pada pandangan umum.
"Masyarakat cukup keliru dengan tindakan itu. Ini secara tidak langsung
menggambarkan terdapat tiga mahkamah bagi menyelesaikan kes liwat iaitu
mahkamah sivil, mahkamah syariah dan mahkamah sumpah.
"Keadaan ini cukup bercelaru kerana kes itu sudah disebut di mahkamah
sivil dan sekarang mahu diheretkan pula ke mahkamah syariah. Di
mahkamah syariah penuduh dan yang kena tuduh boleh bersumpah jika
sekiranya tiada bahan bukti atau saksi," katanya.
Katanya, apabila penuduh sudah bersumpah dia dengan sendirinya boleh dikenakan qazaf.
"Yang menjadi persoalannya adakah Saiful sanggup menerima hukuman
tersebut. Untuk itu saya berharap kerajaan perlu memperhalusinya dengan
baik dan jangan mempermainkan syariat Islam bagi tujuan politik,"
ujarnya.
Kata beliau sekiranya perkara itu tidak dipedulikan ia akan
mengakibatkan kesan yang buruk, di samping imej Islam menjadi rosak.
Beliau juga menyifatkan tindakan bersumpah yang dilakukan Saiful lebih bercirikan kemelayuan dan tidak berlandaskan Islam.
Menurutnya prosiding sumpah tidak boleh dilakukan di tepi jalan, di
rumah atau di mana sahaja kerana kes berkenaan masih dalam perbicaraan
di mahkamah.
Kata beliau, dalam Islam tidak ada butiran di mana penuduh bersumpah, apa lagi ia dilakukan di luar mahkamah. - mj
_
Posted at 01:37 am by infojiboi
Tuesday, March 11, 2008
Rahsia Kelantan Menang Lagi....Renungkan sejenak..
Rahsia Kelantan Menang Lagi....Renungkan sejenak..
Posted at 03:43 pm by infojiboi
Friday, March 07, 2008
Mafrel: Undi pos tidak rahsia
Mafrel: Undi pos tidak rahsia
Dalam pemerhatiannya, penyelaras Mafrel bagi wilayah utara, BK Ong
mendapati semua anggota tentera dan polis dikehendaki mengisi satu
borang pengisytiharan berasingan yang mengandungi butiran nama, kad
pengenalan dan nombor siri kertas undi, sebelum mereka membuang undi.  Setiap
pengundi diperlu memasukkan kertas undi dan borang pengisytiharan
tersebut ke dalam sampul surat undi pos, sebelum memasukkannya ke dalam
beg undi. Bila memeriksa sampul surat tersebut, borang
pengisytiharan tersebut akan jelas menunjukkan identiti pengundi dan
siapa yang mereka undi. "Kerahsian undi adalah antara prinsip asasi dalam proses demokrasi. Ia tidak boleh dikompromi," kata Ong. Mafrel
mendapati 'pencemaran' proses pengundian itu ketika memantau pengundian
undi pos di kem tentera Bukit Gedung di Bayan Lepas dan di ibupejabat
polis daerah Timur Laut di Georgetown. Bagi pertamakalinya,
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memberi akreditasi kepada Mafrel untuk
menjadi pemerhati pilihanraya umum ke-12.  Suruhanjaya
tersebut membenarkan hanya 333 sukarelawan Mafrel menjadi pemerhati
rasmi di pusat pengundian kali ini. Akreditasi itu membuahkan hasil
apabila sepasukan empat sukarelawan yang diketuai oleh Ong, membuat
penemuan tersebut. "Kita tidak tahu sama ada SPR, pegawai pois
atau tentera di belakang pengenalan borang pengisytihran tersebut.
Tetapi isu yang paling penting ialah pengundian dan kerahsian undi
telah dikompromi. Ini adalah satu kesalahan pilihanraya," tegasnya. Kekurangan
penguatkuasaan undang-undang pilihanraya oleh SPR, telah mengkompromi
kerahsian undi seseorang itu dan mempermainkan proses demokrasi di
negara ini, kata Ong. Timbul kebimbangan Di
bawah peruntukan mengikut Seksyen 5 Bahagian 11 Akta Kesalahan
Pilihanraya 1954, seseorang itu dilarang mendapatkan atau mendedahkan
identiti pengundi dan undi mereka, seperti nama, kad pengenalan dan
nombor siri kertas undi.  "Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman setahun penjara atau didenda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali. Selama ini, sering timbul keraguan mengenai proses pengundian pos untuk anggota polis dan tentera. Negara ini mempunyai 220,000 undi pos. Pendedahan
Mafrel hari ini nampaknya telah mengesahkan kebimbangan bahawa undi
polis telah dimanipulasikan dan kerahsian undi telah dikompromi. "Borang
pengisytiharan identiti itu menimbulkan kebimbangan di kalangan anggota
polis dan tentera yang mahu mengundi calon pilihan mereka," kata Ong. Di samping itu, proses pengundian bagi anggota tentera dan polis pula dikendalikan sendiri oleh pegawai mereka. Walaupun
pegawai SPR dan ejen yang dilantik yang mesti mengendalikan proses
pengundian, Ong terkejut kerana mereka tidak ada sewaktu pengundian pos
diadakan di balai polis dan pangkalan tentera. "Tidak ada pegawai SPR dan para ejen," dakwanya.
Posted at 12:09 am by infojiboi
Wednesday, March 05, 2008
Anwar rocks Perak, Pak Lah no-show
Anwar rocks Perak, Pak Lah no-show
As campaigning entered the crucial final lap, PKR de facto leader Anwar Ibrahim blazed through Perak yesterday to rally voters. At
every stop, large crowds waited for hours to greet the former deputy
premier, who started his tour in Tanjung Malim in the morning before
making his way up north through Bota, Bidor, Tapah, Gopeng, Sungai
Siput and finally Bagan Serai. The
crowds were wooed by his populist messages which included reducing fuel
prices, providing free education and the release of the five Hindu
Rights Action Force (Hindraf) leaders detained under the Internal
Security Act (ISA).
By about 7pm, Anwar had arrived at Simpang
Pulai, Gopeng, where he was greeted with a hero’s welcome and rapturous
chants of reformasi from a racially mixed crowd of more than 2,000. Despite
spending the entire day on the road, Anwar showed no signs of fatigue
and rallied Gopeng voters to back PKR candidates Lee Boon Chye
(Gopeng), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Chang Lih Kang (Teja) and PAS
candidate Radzi Zainon (Sungai Rapat).
He also launched a
scathing attack on the Election Commission for aborting the use of
indelible ink at the eleventh hour. He lamented that "phantoms" would
now roam on polling day. "Barisan Nasional (BN) is scared of
losing. That’s why they aborted the use of indelible ink," said Anwar
to loud cries of "betul (correct)!" from the crowd. What's wrong with helping Indians? An
hour later, Anwar arrived at a small Malay village in Batang Kulim near
Kuala Kangsar where he urged supporters to step up efforts to dethrone
Sungai Siput incumbent S Samy Vellu.
"This is the focal point
for Malaysians because the Indian community wants to see Samy out. The
only ones supporting Samy is Umno Sungai Siput (division)," he told the
crowd of more than 1,000. Anwar
even addressed the Hindraf issue and explained to the Malay majority
crowd that Hindraf was not anti-Malay but merely fighting for better
economic conditions and education.
"What wrong with helping the
Indians? They are opposing government oppression and the demolition of
their temples. Shouldn’t we help them?" he asked to which the more than
1,000 people replied with a resounding ‘Yes’. The crowd also welcomed Anwar’s call for the five Hindraf leaders to be released from ISA. Pak Lah not coming? Unlike
Anwar, Umno president Abdullah Ahmad Badawi and his deputy Najib Abdul
Razak have not set foot in Perak since nomination day. However,
rumours have been circulating among journalists that the duo would be
visiting the area to rally support for BN candidates in various
"dangerous" seats. The seats include Taiping, Beruas, Gopeng, Sungai Siput, Tapah, Ipoh Barat and Bagan Serai. In
the Kinta Valley, it was also observed that posters featuring Abdullah,
which normally accompanied the posters of BN candidates in the last
general election, were hard to come by in the Chinese-majority area
this time around.
Such posters are more visible in areas which have a substantial Malay voter base such as Sungai Siput. Asked
about the absence of posters featuring Abdullah in the Kinta Valley,
MCA’s Ipoh Timor candidate Liew Mun Hon did not provide a direct
answer. "The posters were provided by the national party
headquarters. I’m sure they have their reasons. As a BN candidate, we
work as a team. We have a manisfesto that is drawn up by the prime
minister," he said. Opposition parties in the Kinta Valley have
been attacking Abdullah’s credibility as a leader and his alleged
inability to keep corruption and inflation in check.
Posted at 04:14 pm by infojiboi
Tak Celup Pun Kita Menang!
Tak Celup Pun Kita Menang!
Saudara-saudara
saya, rayuan Dato’ Husam supaya semua rakyat Malaysia bertenang dan
mengawal emosi masing-masing di dalam menelan hakikat penarikan balik
dakwat celup harus diambil serius.
Bertenang tidak bererti kita
bersetuju dengan tindakan SPR. Meluahkan kemarahan kita dengan cara
lain selain dari di kertas undi hanya akan membahayakan rakyat. Biarlah
BN dan sekutunya membahayakan rakyat. Kita tidak akan buat begitu.
Saudara-saudara
saya, kita hanya tinggal dua hari sahaja lagi. Bersabarlah. Cuahlah
kemarahan itu dikertas undi bukan dengan melemparkan kata-kata yang
boleh diputar belit dan kemudiannya menakutkan rakan-rakan kita di atas
pagar. Jika
kita marah. Jika kita mengamuk. Jika kita lemparkan kata-kata keji dan
jika kita merusuh, kita hanya akan terperangkap dalam permainan BN.
Tolonglah bersabar. Lebih kita rasa ditindas, lebih afdal doa kita. Saudara-saudara saya, bertenang. Ini
adalah provokasi BN. BN sudah bersedia dengan pemuda-pemuda berbaju
kuning yang dicetak mereka di Klang untuk pergi ke jalan-jalan merusuh
dan membakar bendera. Mereka hanya menanti isyarat. Isyarat itu adalah
apabila kita melenting marah dengan tindakan mereka membatalkan
penggunaan dakwat celup. Di
dalam saat-saat begini, saya merayu bagi pihak anak-anak saya dan
keluarga saya, saya merayu kepada para pemimpin-pemimpin pembangkang,
agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan sesuatu yang
merugikan kita. Please! Pembatalan
dakwat celup adalah kemenangan moral terbesar buat kita. Ia adalah
kemenangan saraf buat kita. Kini dunia tahu BN sudah mengaku kalah.
Kini dunia tahu BN akan menipu. Setakat
mana BN boleh menipu. Sehebat mana pun tipu daya dan muslihat BN, tidak
mungkin mereka dapat membohongi dunia. Mereka hanya akan dapat
membohongi diri mereka sendiri. Kita sudah menang saudara-saudara saya. Kita sudah menang. Dua hari lagi, kita akan halalkan kemenangan itu di kotak undi. Jika kita bulat. Jika kita terus tabah, tidak ada penipuan yang dapat menutupi kebangkitan rakyat. Sekali lagi saya mohon, jangan kita jadi jaguh kampung, jangan kita menang sorak kampung tergadai. Mereka
boleh menipu di dalam pilihanraya ini, tetapi selepas pilihanraya
nanti, mereka tidak mungkin dapat mengawal gelombang kebangkitan rakyat
yang ditipu mereka. Hanya 70 jam sahaja lagi. Bertenang dan bersabar
Posted at 03:15 pm by infojiboi
Tuesday, March 04, 2008
Awasi penipuan BN dan SPR pada hari mengundi 8 Mac ini
Awasi penipuan BN dan SPR pada hari mengundi 8 Mac ini
Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
dipercayai sedang merancang penipuan besar-besaran bagi merampas
Kelantan daripada PAS dalam pilihan raya pada 8 Mac ini.
PAS dalam sidang media hariannya di Pejabat Agung PAS, dekat sini hari
ini, mendedahkan perancangan jahat tersebut berasaskan kepada
tindak-tanduk jentera BN dan fakta-fakta yang diperolehi.
Menurut Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Dato'
Mohd Shahir, PAS percaya BN akan menggunakan sepenuhnya kepincangan
dalam daftar pemilih selain mendapat kerjasama daripada egensi-egensi
kerajaan tertentu bagi membolehkan mereka melaksanakan operasinya.
Katanya, perkara tersebut dapat dilihat melalui modus operandi yang
telah, sedang dan akan dilaksanakan BN.
Pertamanya beliau mendakwa, sepanjang tempoh pendaftaran daftar
pemilih, BN dengan kerjasama SPR membuat operasi bagi memboleh wujudnya
'pengundi terancang' di Kelantan.
Antaranya beliau berkata ialah kategori pengundi tentera dan polis yang
berdaftar sebagai pengundi tentera dan polis yang berdaftar sebagai
pengundi pos dan diwujudkan dalam pendaftaran pengundi awam menggunakan
kad pengenalan awam.
"PAS bersedia mengemukakan bukti wujudnya pengundi yang mempunyai
pendaftaran sebagai pengundi pos dan pengundi awam dalam masa yang sama,"
katanya sambil disokong Setiausaha Pemuda PAS, Sabki Yusof.
Selain itu katanya, pengundi yang dipindahkan ke Kelantan tanpa
pengetahuan atau didaftarkan tanpa pengetahuan pemilik kad pengenalannya di
Kelantan.
Katanya, kebiasaannya pengundi kategori ini biasanya tidak bersedia
untuk mengundi kerana mereka berada di luar Kelantan.
Seterusnya beliau mendakwa, semasa musim pilihan raya, BN akan
menggerakkan jenteranya untuk mengumpulkan 'pengundi-pengundi upahan' dari luar
Kelantan dikerahkan ke Kelantan.
"Untuk menggerakkan usaha ini, BN biasanya berselindung di sebalik
operasi kempen balik mengundi seperti yang dijalankan sekarang iaitu 'pakat
kelik ngundi'.
Malah dakwanya, PAS difahamkan BN sanggup membayar upah sebanyak RM300
sehingga RM600 setiap orang yang turun mengundi ke Kelantan.
Tawaran tersebut katanya, dikemukakan kepada sesiapa saja yang berminta
tanpa perlu memastikan sama ada orang itu pengundi kelantan atau
tidak.
Operasi seperti itu dakwanya, dilaksanakan BN untuk menjatuhkan
kerajaan PAS di Terengganu pada tahun 2004 lalu.
Umpamanya beliau berkata, berlakunya pertambahan jumlah pengundi dalam
daftar pemilih Terengganu yang luar biasa sejak tahun 2000 hingga 2004.
Bahkan katanya, PAS menerima maklumat perjalanan-perjalanan yang akan
membawa pengundi-pengundi upahan (pengundi hantu) di seluruh negara
termasuk daripada beberapa universiti tempatan.
Katanya, di atas semangat pertahankan demokrasi, PAS akan melakukan
apa saja tindakan bagi menghalang pengundi-pengundi hantu daripada masuk
ke Kelantan dan Terengganu.
Sehubungan itu katanya, PAS mencabar SPR, BN dan semua pihak yang
dikaitkan di dalam dakwaan tersebut untuk mengakui atau menafikan dakwaan
tersebut dan PAS bersedia untuk mengemukakan mana-mana bukti seperti yang
dinyatakan dan bersedia untuk memberi pendedahan.
"PAS akan menghantar sesalinan aduan dan pendedahan ini kepada SPR
serta pihak-pihak terbabit dan PAS akan mengulangi pendedahan itu sepanjang
baki kempen pilihan raya sehingga pihak-pihak yang terbabit
menjelaskan kedudukan masing-masing," tegasnya. - mr Cetak
Posted at 01:56 am by infojiboi
|
|
|