|
Pengerusi Pemantau Pilihan Raya Kampus, Mohamad Sabu, membantah keras cara pilihan raya kali ini diadakan kerana pelajar-pelajar tidak lagi bebas memilih calon atau wakil mereka. Menurut beliau, melalui pemerhatiannya pelajar-pelajar diugut dengan pelbagai tekanan baik secara fizikal ataupun psikologi supaya mereka hanya memilih calon pro Aspirasi sahaja. Katanya, di mana sahaja di dunia ini pelajar mempunyai hak kebebasan sendiri untuk menentukan nasib dan kedudukan mereka di kampus bukannya dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Tegasnya, pimpinan Abdullah Badawi pada hari ini lebih bersifat tidak demokrasi dan kuku besi berbanding menteri sebelum ini. "Semakin hari mahasiswa semakin tidak bebas, mahasiswa nak pilihan raya di kalangan mereka kerajaan pun masuk campur, biarlah mereka yang menentukan masa depan mereka sendiri dan janganlah mempolitikan mereka," katanya semasa ditemui di Pejabat PAS Taman Melewar, Kuala Lumpur hari ini. Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, PAS mengambil berat perkara ini kerana ia melibatkan ketidakadilan dan hak asasi mereka sebagai mahasiswa. "Pelajar-pelajar ini merupakan agen kepada perubahan masyarakat. Sekiranya mereka diugut dan dikongkong kerajaan semasa di kampus, ia akan memberi akibat buruk kepada masa depan negara," jelasnya. - SH/mns |
| salfarina September 9, 2005 12:53 PM PDT Assalamualaikum. .. . saya hanya nak komen berkenaan dengan kes anak si gatal Fatimah Abu Bakar. kalaulah semua ibu-ibu di dunia ini sependapat dengan ibu yang gatal macam Fatimah nie saya tak tau apa nak jadi pada dunia sekarang apatah lagi negara kita nie yang kononya Islam hadari. Saya nak tanya pak lah kita .... 1. Adakah anak perempuan dan isteri yang mendedahkan aurat dikatakan Islam Hadari? 2. Adakah tak solat 5 waktu di katakan Islam Hadari. 3. Adakah merasmikan konsert bodoh dari artis bodoh dikatakan Islam hadari? 4. Dan Adakah tidak mengamalkan hukum Allah itu Islam Hadari? Saya bukan lah parti pembangkan atau perti kerajaan tapi yang pastinya saya amat terkilan dengan Islam Hadari yang diperkenalkan oleh Pak LLLLLAAAAAHHHHHHH kita yang terlalu moden. | ||
| Leave a Comment: |