|
Abdul Hadi berkata, kerajaan Barisan Nasional dan Umno yang kononnya melaungkan demokrasi bagaimanapun proses tersebut semakin dihakis oleh mereka sendiri. Katanya, aktiviti ceramah yang dianjurkan PAS selalunya dihadiri beratus-ratus penyokongnya dan dalam masa yang sama pihak polis diperintah untuk mengganggu ceramah tersebut. Jelas beliau, pihak polis akan menggempur ceramah PAS dengan pelbagai cara termasuklah menggunakan gas pemedih mata dan 'water cannon' walaupun aktiviti tersebut diadakan di kawasan parti. "Ataupun polis ini akan berkumpul di kawasan ceramah PAS untuk menakut-nakutkan orang ramai," katanya. Tegasnya, keadaan ini menyempitkan lagi ruang demokrasi di dalam negara ini. Bahkan katanya, semua media pada hari ini diboloti oleh kerajaan, dan yang membimbangkan kerajaan dikatakan demokrasi tetapi bukan demokrasi. "Di Arab pun sudah ada reformasi ke arah demokrasi, tetapi kerajaan demokrasi kita pula mundur ke belakang, begitu juga dengan demokrasi di kampus turut menjadi mangsa kerajaan," katanya. Umno tak mahu muzakarah Abdul Hadi juga berkata, PAS sudah menghantar surat rasmi kepada Setiausaha Agung Umno untuk bermuzakarah mengenai masalah rakyat tetapi sehingga kini masih tidak ada jawapan dari mereka. Abdul Hadi berkata, di dalam surat berkenaan pelbagai isu untuk kepentingan rakyat cuba dijelaskan untuk dibawa bermuzakarah. "Kita melihat Umno lebih pentingkan parti daripada menjaga kepentingan rakyat dan negara," katanya. Isu DEB untuk tenggelam isu lain Isu DEB adalah satu isu untuk menenggelamkan masalah yang sedang dihadapi Umno daripada diketahui oleh rakyat, kata beliau. "Sedangkan mereka sendiri gagal menghadapi masalah, kegagalan berpunca daripada mereka sendiri, daripada DEB yang tidak betul tidak adil kepada bukan sahaja kaum lain bahkan orang melayu sendiri. Beliau berkata, sepatutnya Umno menilai kegagalan dan kelemahan mereka sendiri iaitu dasar yang tidak jelas. Katanya sudah lebih 15 tahun PAS menegur kelemahan pelaksanaan DEB sebagaimana dalam laporan yang diserahkan kepada MTEN. "Kita bukan memandang negatif dalam pembangunan ekonomi tetapi tidak yakin dengan umno dan BN untuk menguruskan dasar yang benar-benar memberi kebajikan saksama kepada rakyat," katanya. |
| Leave a Comment: |