|
B.Harian hari Ahad melaporkan: “SEMINGGU sebelum Konsert Akhir, Akademi Fantasia 3 (AF3), kebanyakan wartawan hiburan menerima kiriman e-mel berupa beberapa keping gambar aksi mesra yang membabitkan pelakon dan bekas pengacara Malaysia Idol (MI), Sharifah Aleya bersama teman lelakinya, Ashraf, pemain gitar bass kumpulan Indrani.
Aleya juga adalah anak gadis guru bahasa Inggeris AF3, Fatimah Abu Bakar. Justeru, kesempatan menemui Kak Fati (Fatimah Abu Bakar) sebaik saja selesai konsert final AF3 minggu lalu, Zubir terus mendapatkan penjelasannya berhubung penyebaran gambar berkenaan “Aksi-aksi mesra yang Zubir lihat dalam e-mel tu, bagi Kak Fati perkara remeh... Kalau kita peluk dengan niat sebagai kawan, mak dengan anak, inilah yang Kak Fati namakan sebagai budaya kasih sayang. Bagi Kak Fati, mereka yang menyebarkan gambar itu, nakal. “Sebenarnya gambar itu diambil dari laman web friendster yang juga gambar peribadi mereka. Gambar itu kalau diambil dan disiarkan dalam konteks yang jahat, akan jadi jahat. Terpulang kepada niat, baik jadi baik. Kak Fati tahu dengan siapa anak-anak Kak Fati berkawan. Apa saja yang mereka lakukan, semua Kak Fati tahu. “Kak Fati dah anggap Ashraf macam anak sendiri. Cuma Kak Fati kesian dengan orang yang buat perkara ini (menyebarkan gambar) kerana mereka tak ada otak! “Sehingga hari ini antara Leya (Aleya) dan Ashraf sekadar kawan saja. Sebagai ibu, Kak Fati sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Namun, Kak Fati selalu ingatkan anak-anak, dalam pergaulan perlu ada batasan,” katanya. Justeru, Zubir harap orang di luar sana berpuas hati dengan penjelasan Fatimah. Kalau tak puas hati juga, Zubir tak mampu berkata apa-apa sebab ibu Leya sendiri yang memberi kenyataannya.” Komentar: Kalau inilah cara jawapan si ibu menjawab isu tidak berakhlak anaknya, berpelukan dengan bukan mahram, maka apalah peliknya apabila timbulnya kes mengandung sebelum kahwin atau trend serah tubuh? Adakah aksi peluk itu remeh? Melihat kecil dosa yang dibuat? Peluk dengan niat sebagai kawan dikatakan budaya kasih sayang? Pergaulan katanya ada batas, yang berpeluk itu batas apa? Alangkah jahilnya seorang ibu terhadap hukum Islam, dan alangkah kasihannya seorang anak yang memiliki ibu berfikiran demikian. |
| az February 9, 2009 02:48 PM PST salam syukur...astaqfirullah...nauzubillah..ya Allah ampunilah dosa2 mereka...sesungguhnya mereka adalah dari kalangan yang jahil tentang hukum halal dan haram di sisiMu ya rabbi....bertaubatlah sebelum menempuh sakaratulmaut dan hari kiamat.....kepada si ibu aleya, sy harap diteliti balik apa yang dikatakan..jgn menghalalkan apa yang dah temaktub haram di sisi ALLAH SWT..sebaiknya dididik anak agar bertaubat dan berusaha menjauhi perkara maksiat sperti itu..sedarlah...jgn berfikiran terlampau sekular..wallahua'lam... | ||
| carlee August 30, 2008 02:37 PM PDT aduhaiiiii, hebatnya jawaban....zaman sekarang org bukan bodoh utk terima penjelasan sehabis baik mcm 2... realitinya jawaban 2 hanya nak cover line....da nampak sangat sikap peluk2 mcm 2 membawa pada maksiat...sedar la sebelum bercakap, mereka bukan mahram..dosaaaaaa | ||
| esah January 22, 2007 10:03 AM PST Berpelukan tubuh dengan bukan mahram dianggap suatu yang remeh? Ternyata ibu Aleya memperlekehkan hukum Allah yang tegas memelihara kehormatan umat Islam seantero dunia. Pemikiran yang tidak berasas ini sememangnya amat jahil, wajib bagi ibu Aleya memahami hukum Islam semula. Jika seorang ibu bersikap amik ringan begini bagaimanalah cucu cicitnya yang akan datang? sememangnya Islam menggariskan hukum yang jelas dalam adab Islam. Ternyata ibu Aleya seorang yang jahil dalam hal ehwal hukum Islam itu sendiri. Maka tidak hairanlah anaknya menjadi tohmahan orang. | ||
| Leave a Comment: |